Ahad, 18 Disember 2011

IMPIAN?!

hai.
selamat hari Ahad...hujung2 minggu nih tak tahu nak buat aper..
walhal asg masih ada yg perlu di buat.. aku relax jer bgn lambat hari nih.sbb topup tdo yg smlm baktisiswa..penat giler kot.. lps balik smlm, aku tak tdo sbb tak boleh tdo kalau penat sgt... hurm, lps subuh td, terus aku smbung tdo smpai termimpi2 mcm2.. huhu bkn nak cerita pasal mimpi.. post kali nih sbnarnya nak cerita pasal impian.. semua org ada impian..impian ialah motif knp kita hidup atau apa yg kita nak jd nanti.. ia spt rancangan kehidupan, yg boleh kita jdkan rujukan supaya tak tersasar dari landasan.. org yg tak der impian spt merancang kegagalan.. tp jgn lah pulak kita berimpian smpai jd mcm mat jenin.. hihi impian aku? pertama, tgk kan minat aku yg suka berdebat ni, nak jugak aku menang apa2 event debat.. utk capai kejayaan itu, usaha pelu dilipatgandakan.. Insya'Allah.. kedua, aku nak belajar smpai PHD!haha katakau!tinggi giler impian aku ni.. hurm jika di pk, mmg imposibble sbb tgk aku skunk pun dah la hbis degree di umur 25 thn,bi pun tak bpe nak fasih.. ada peluang ker tak ek.. hurm.. don't think -ve.. ok!bykkan usaha dan berdoa..pasti berjaya.. hurm.. ke3,impian aku, aku nak kahwin! haha ni bkn sbb gatal ker apa.. mmg naluri semua insan pasti lah nak mendirikan rumah tangga.. errr.. ada jgk yg tanya aku ni single ker bercouple?itu semua tak penting.. yg penting, smpai masanya,sampai jodohnya, sampai lah kad kahwin kat rumah kwn2!haha impian aku yg k4, nak peg mekah satu family!!! huhu itu lah impian yg sgt2 aku nak buat.. Ya Allah..pjgkan umur umie,ayah dan adik beradik ku.. semoga ada rezeki utk kami berumrah disana.. impian dah besar, cuma skrg, usaha ke arah mencapainya... harapnya aku tidak cpt berputus asa walau pelbagai ujian dtg melanda.. sekian,hari ahad..

Sabtu, 10 Disember 2011

jom naik bas!



bas suasana edaran dan bas biru..


aku pengguna setia bas.. ni dah masuk tahun 3 aku dok upm..dan sudah 3 tahun aku membesar dgn bas upm..tp disbbkan aku bdk rajin, aku sekarang di tahun 2 bacelor sains pembangunan manusia.. hahha ape2 je ler, yg penting aku still boleh belajar dan bergelar mahasiswi upm.. so, aku nk cerita sikit pasal pengalman aku mengguna kan khidmat bas upm.. ada yg best,ada yg sedih dan ada yg hot nak marah!! hehe yer lah.. hidup ni, mesti lah penuh dgn warna warninya..ok..

mase aku mula2 dok upm, aku dok kolej kosass... mase ni, aku belajar dlm kos bacelor sains kepujian kimia. pandai jugak aku nih yer dpt belajar dlm aliran sains.. ehehk.. aku pengguna setia bas biru upm ni.. walo kolej aku tuh dekat jerk dgn fakulti sains, aku mlas nak jalan kaki... jd, aku pun gigih bgn pg2 berebut2 bas ngn senior(mase nih aku 1st year).. hihi seronok jugak naik bas duk kosass... sbb aku boleh usha2 abg2 senior yg bdn cm katak.. haha sbb diorg bdk palapes.. jeng2.. suatu hari tuh, aku bru balik dr membeli belah kat old flat... aku pun naik bas..dlm mase itu,aku pgg air yg berharga rm1,air jambu batu.. sekali,aku kena jerkah ngn p.cik bas.. huhu aku melawan, dia marah aku balik.. dah lah mase tuh aku bertudung besar.. aku malu.. malu n geram nak marah kt p.cik tuh.. dlm hati aku, sumpah tak nk naik bas ngn ko lg pakcik! huhu

then aku tukar kolej sbb aku tak selesa duk kosass ats beberapa sbb.. aku pindah ramai2 ngn kwn2 aku.. tp diaorg(alang n fareef) peg kolej serumpun.. jd,aku sorang lah tercampak kat k13 nih..mase ni, aku agak excited dpt duk kolej baru...k13 guna khidmat bas suasana edaran.. jd, hidup aku ceria ngn bas baru dan berhawa dingin yg baru dan sgt best lah bas merah nih... tp aku stress..pg2 jer bas cpt penuh sbb kita kena berebut ngn bdk2 kolej dpn yg duk serumpun.. huhu aku geram jgk.. byk kali kaki aku kena pijak ngn bdk2 yg tak sbr2 nak naik bas tuh... kdg2 beg aku yg dipikul kt belakang terkepit mase nk turun.. muka aku gigih lah tarik beg tuh..dah jd mcm apa daaa.haha layanan pakcik bas pulak, ada yg baik,ada yg muka ketat jer,.ada yg terlalu peramah berckp smbil memebebel kat bdk2 upm..ahaha apa2 jer le p.cik.. aku fhm..diaorg pun penat jd driver..

dan lps hbs 2 sem aku dgn bas tuh,cuti sem selama 4 bulan bermula.. bukak sem baru, aku di sem 3.... ttbe jer, kontrak upm dah hbis ngn suasana edaran(cerita yg aku dgr lahhh) bas dah bertukar wajah.. bas upm yg b'warna biru berlegar2 dia area ktp,k5,k13 n serumpun... huhu.. gamaknya,aku kena b'depan dgn bas lama tuh semula... mcm2 senario lah boleh tgk ngn bas bru nih.. yg plg aku sedih bila aku kena tunggu 45 minit tuk ke kuliah..aku hrp pengorbanan aku tunggu bas nih, mengajar aku erti kesabaran dan kepayahan utk berjaya.. huhu.. nampak gayanya smpai ker aku graduate aku kena jd penumpang bas upm.. =p

Rabu, 7 Disember 2011

monolog dalam dalaman sedalamnya.




hati 1:
oh Tuhan.. Ya Allah!!
saat-saat kerja byk begini...
dtg satu angin meletup semua..
masalah laptop ..
dgn sekelip mata shj nikmat laptop putih kesayangan dan printer yg bru
berusia 3 bulan lebih yg selama ni aku jga bgai
anak aku sendiri.. ditarik..
bila di pk mmg boleh bwk stresss..
tak pyh pk sgt lah kan..sabar je lah..
aku kena bertindak pantas
selamatkan MSI aku ni..
ohhhhhh ohhhhhhh ohhhhhhh
menangis dlm ketawa lah gamaknya seminggu ni..

hati 2:
kebahagiaan jiwa hakiki perlu dicari..
sampai bila nak tunggu taufik dan hidayah dtg??
kita sendiri yang kena bertindak.
aku tahu aku tak sebaik sahabat muslimah lain..
berpakaian pun tak tutup sempurna..
aku kena berubah,berhijrah.
tekad dan azam tahun baru Islam kali ini...
aku nak berubah,nak fhm tentang Islam..
semoga Allah memberi petunjuk kpd aku..
bagaimana dgn akhlak aku???
byk yg kena ubah nanti..selesa k?
jgn berfikiran mcm bdk2, Islam itu hebat!Islam itu Indah..
belum cuba belum tahu..
jgn pandai ckp shj,amalnya tak.
perbetulkan niat, Insya'Allah aku Boleh!

hati 3:
exam final dah nak dekat...
masalah byk..
asg ada lg yg tak siap..
nota dlm laptop semua dah hilang lps kna format.
tmpt msuk CD rosak,printer nya format pun hilang,printer tak boleh
sambung dgn laptop MSI nih..cm ner nak print nota?
nanti printer rosak kalau tak guna lama..
ahhh kecamuk juga otak..
tak..aku kena pk alternatif... jgn cpt putus asa!!
kenapa saat ini juga sakit pinggang aku ttbe dtg balik..
ahhhh!!boleh jd stress begini..
tak boleh!aku kena kuat!
exam final 3 minggu lg...
mcm mana nak stdy???
mcm mana nak gigih stdy nih???
aku kena buat solat hajat..
kena kuatkan semangat.. yer...
aku kena lawan perasaan malas.
tak kesian dgn MIE&AYAH k???


Selasa, 29 November 2011

latihan essei...

utk jimatkan kertas...heheh dan,dan,dan....malasnya nak test besok!!!!!!

globalisasi membawa maksud fenomena yg menjdkan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. globalisasi juga merupakan proses pertukaran antara dunia global yang melibatkan sesuatu objek secara fizikal atau bukan fizikal seperti informasi, idea, nilai, sistem di dlm aktiviti manusia. ia menjelaskan konsep bahawa satu proses meletakkan dunia di bawah 1 unit yg sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.

apakah faktor yg stimulate globalisasi???
1- teknologi komunikasi spt radio,TV,e-mail dan Facebook..
2-media spt media cetak,CNN,MTV dan media eletronik yg lain.
3-rasa ingin tahu seseorg individu..
4-international travel/perjalanan antarabgsa spt bilangan pelancong,boleh tempah tiket melalui internet sekarang dan pertukaran maklumat antara pelancong..

kelebihan globalisasi:
1) negara boleh mengamalkan liberalisasi ekonomi iaitu mengamalkan dasar ekonomi terbuka.
2)manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yg tidak pernah dilihat dlm sejarah.
3)membuka peluang kpd pelabur2 dtg membuka perniagaan atau cawangan mereka dlm negara dan pengaliran wang masuk berlaku..
4) firma tempatan pula boleh menjdkan globalisasi sbg peluang mereka utk mengembangkan sayap perniagaan di peringkat antarabangsa.
5) dari aspek perhubungan&komunikasi, masyarakat menggunakan teknologi spt internet,komunikasi satelit dan telefon. sbg contoh: malaysia boleh melancarkan satelit RazakSat dan PM kita boleh berbual dengan angkasawan pertama Malaysia krn globalisasi.
6)penyerapan pelbagai jenis makanan segera tempatan seperti mknn italian, Barat, China, India ke negara lain.
7)perhubungan antara negara dengan negara lain berlaku dlm tempoh yang singkat..merapatkan jurang antara negara dgn negara walau scr fizikalnya jauh..

keburukan globalisais:
1)pertubuhan dunia digunakan oleh kuasa2 besar spt AS utk menguasai politik dan ekonomi dunia.misalnya, GATT yang bertukar nama kpd WTO menjdkan AS negara yg kukuh utk menjaga kepentingan negara perindustrian maju.
2)kapitalis barat menggunakan IT utk memonopoli aktiviti ekonomi sehingga menindas negara2 miskin..misalnya, krisis kewangan&ekonomi yg menimpa sebahagian negara Asia pd 1997.
3) sesebuah negara akan kehilangan modal insan yg keluar meluaskan perniagaan di negara luar.
4)kerana terlalu mengejar kemewahan dlm pembangunan, kualiti alam sekitar semakin menurun menjejaskan kesihatan.
5)ketebalan fahaman sekular pihak barat menghalang minat terhadap agama ISlam.
6)anak-anak muda yg mudah terpengaruh dgn teknologi canggih spt internet menyebabkan masalah sosial meningkat.
7) pola kehidupan budaya baru menjadi amalan kini spt gayisme dan lesbianisme.

Sabtu, 26 November 2011

Far East Menanti Di Barzakh

opsss aritu sempat mengepost youtube nasyid menanti di barzakh??tak smpat nak cer-cer knp aku beria-ria letak bende ni...**utk insafkan hati kecil.. selain itu, ini sbb aku terexcited dapat ker konsert nasyid "mlm seribu bintang" di upm... anjuran dak2 kpz n nahwan nur... walaubagaimanapun, ini bkn kali pertama aku peg tgk konsert nasyid... tp kali ini lain sikit...setelah sekian lama,jiwa nasyid aku diam... **sekadar dgr sewaktu stdy hard.. tak der nak beli cd or download lagu2 nasyid..tidak spt di zaman remaja sewaktu sekolah dan matrik duluzz.. dulu gigih...siap beli cd kump rabbani,kaset unic dan download lagu inteam,mestica dan nowseeheart...antara yg menjd faveret halwa telinga aku ler... dan ari khamis aritu,aku dpt lepak2 bkn dgn calang2 orang,dgn ahli kump nahwannur generasi ke belas-belas... hahah dgn best2 frenz,bk n effa... effa pun nmpak excited menghayati lirik2 lagu nasyid..dan,sgt terharu pilu bila dgr lagu menanti di alam barzakh..menginsafkan diri yg penuh dgn dosa2...di mlm itu juga, kump nasyid baru pun ada..mcm excess...dan solonya adalah fasilitator bakti siswa effa... per lg,tergamam la we alzz mendgr suaranya... 'excess,excess,excess,excess'' lebih kurg lah lirik lagu 1st dia.. hehehe yg kedua, aku tergamam dapat tgk kump saff-one.. dah lama kump nasyid ni... solonya pun dlm lingkungan 40 thn..tp still nmpak bergaya dan muda... suara pun sdp.. yg penting lirik lagu nasyid sbnarnya bgus tuk dijdkan pedoman dan dpt membimbing jiwa remaja dari hanyut dgn virus cinta+derhaka kpd ibu bapa...akhir kata, aku sbnarnya tgh tintong stdy prt..tak phm.!!!

Isnin, 21 November 2011

ALAM SEKITAR:AMANAT KEPADA KHALIFAH TUHAN

Bismillah..........asslamualaikum dan salam sejahtera, salam mulia, salam 1 malaysia.
Kagum saya dengan satu cerita tentang seorang Ibu di negara Rusia, HAZEL HANDERSON yang sanggup menghantar memorendum kepada jabatan alam sekitar di negaranya dan menceritakan kepada jiran tetangga betapa pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Selepas terkejut melihat anaknya yang berkulit putih bertukar kepada hitam setelah pulang berjalan kaki dari sekolah. Inilah akibat daripada penipisan ozon yang melanda alam kita. Sebagai wanita yang juga bakal ibu kepada anak- anak tercinta, ingin saya mengajak anda semua meneroka mauduk bicara “alam sekitar amanat kepada khalifah Tuhan.”
Terima kasih kepada peneraju acara, kombinasi kehakiman yang berwibawa dan warga dewan yang berintelektual.
Menurut kamus dewan alam sekitar ialah apa sahaja yang melingkungi manusia. Secara konseptual, united nation environment program mentakrifkan alam sekitar sebagai segala yang ada di langit dan dibumi meliputi udara,air dan tanah.
Amanat pula di ertikan sebagai kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
Manakala, apabila kita menyebut khalifah tuhan, pasti ia menggambarkan kita semua selaku manusia yang hidup di dunia.
Justeru, secara tuntasnya, alam sekitar amanat kepada khalifah tuhan berkehendakkan kita untuk merenung semula tentang keindahan alam sekitar yang dinikmati bersama, kedua, sama-sama kita menginsafi nazaknya dunia akibat dari tangan-tangan yang memperkosa alam sekitar kita. Ketiga, kita mengingatkan diri kita semula dengan peranan yang sewajarnya kita laksana terhadap apa yang diamanatkan Tuhan kepada kita,hambanya.
Saudara dan saudariku,
Ayuh kita mengimbau kembali dengan kenikmatan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu. Comelnya burung penguin meluncur gembira di atas bongkah ais bersama teman-teman mereka, tenangnya harimau dan singa di dalam hutan rimba, ikan-ikan berani meneroka sungai yang bersih airnya, manusia bisa menghirup udara yang segar dengan gembira,nenek moyang kita menggunakan air sungai tanpa resah gelora dan menikmati keindahan hutan belantara bersama orang tercinta. Inilah keindahan alam kurniaan Tuhan.
kata MAHATMA GHANDI, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita tetapi dipinjam dari anak cucu kita. Jadi, kenapa kita tidak menjaga amanah yang diberikan ini sedangkan kita wajib memulangkan hak yang sepatutnya kepada generasi akan datang.
WaRga dewan sekalian,
Namun kini, alam sekitar seolah-olah berada dihujung nyawa,nazak menderita menanti tiupan sangkakala,redha menerima nasib diakhirnya. Apakah ini yang kita banggakan? Pembangunan rancak yang kita laksanakan menyeksa batin bumi tercinta. Keghairahan negara amerikat syarikat,China dan India dalam pembangunannya menjadikan peningkatan pelepasan karbondioksida menyumbang kepada perubahan iklim dunia. Akhirnya, mencetuskan fenomena pencairan ais di kutub selatan dan utara, ribut taufan di serata dunia dan banjir besar mencetuskan huru hara.
Sikap manusia yang alpa kian bermaharajalela. Pembuangan sampah di merata-rata sehingga 2000 hingga 2500 tan sampah dikutip di Kuala Lumpur di tepi-tepi jalan raya. Bukan itu sahaja, sungai yang sepatutnya dijaga, dijadikan tong sampah kepada mereka yang buta matanya. Akibatnya, banjir kilat di tengah kota menjadi perkara biasa. Dengan bangga, kita senaraikan sungai kelang dan sungai julu antara sungai terkotor di negara kita.
Wang dan harta menggelapkan hati manusia. Demi kekayaan, rasuah menjadi prinsip hidup mereka. Kesannya, aktiviti pembalakan haram di Pahang dan sarawak menimbulkan kesengsaraan kepada flora dan fauna negara kita. Tidak sedarkah mereka akibatnya, kerutuhan tanah boleh berlaku, kawasan tadahan air terjejas, flora dan fauna hilang habitatnya. Hasilnya, suhu bumi kian meningkat dan kualiti tanah kian merosot.
Sedarlah saudara saudariku sekalian, ini bukan gosip liar atau cerita dongeng yang saya reka. Sebaliknya, hakikat yang perlu kita insafi bersama.
Sahabat-sahabatku,
Mari kita semak semula peranan atau amalan yang boleh untuk kita menyelamatkan alam sekitar. Pertama, negara-negara di dunia perlu lebih komitmen dalam menjalankan polisi negara mereka. Galakan dari pihak atasan kepada rakyat jelata wajib berterusan bukan berhenti di tengah jalan. Di Malaysia, kita perlu menyokong penuh usaha kerajaan iaitu, kempen cintai sungai kita, hari tanpa plastik dan juga teknologi hijau yang tidak kurang hebatnya.
Kedua, peranan pihak berkuasa tempatan dalam menguatkuasakan undang-undang wajar di perhebatkan. Kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan isu yang berkaitan pelupusan sampah dengan kerjasama ahli masyarakat boleh menyelamatkan alam kita.
Ketiga, gaya hidup mesra alam perlu menjadi prinsip hidup kita semua. Misalnya, penggunaan elektrik secara berhemah, kitar semula haruslah dijadikan pilihan dan pembaziran air wajar dielakkan.
Kesimpulannya, hadirin sekalian,
Pertama, Keindahan alam suatu masa dahulu telah saya gambarkan. Kedua, penderitaan alam kini telah saya sampaikan. Ketiga, peranan tiap lapis masyarakat telah saya gariskan. Sebagai khalifah tuhan yang mendiami bumi ini, menjadi suatu amanat kepada kita untuk menjaga alam ini sebaiknya bukan membuang tanggungjawab ini didalam hidup kita sedangkan kita dengan alam adalah satu. Jangan jadi seperti seorang ibu yang tidak berhati manusia tegar membunuh darah daging sendiri tanpa sedar ia amanah dari tuhan yang Esa.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Rabu, 2 November 2011

saya ada family baru di sarawak!!hehe















nama uncle ni, uncle Hossein.. di sebelah kirinya,isteri uncle Hossein... ni masa kami diberi peluang ke rumah uncle Hossein.. masa ni dah hbis pertandingan debat.. happy n bersyukur sgt dapat jumpa uncle Hossein.. tqvm uncle!!

Isnin, 10 Oktober 2011

hari lahirku..


hepi besday to me..hehe rupanya dah 10/10/11...aku dah genap 22 thn..aku berdoa semoga:

1)dipjgkan umur..
2)dimurahkan rezeki..
3)dapat hbiskan belajar di upm ni..
4)dikurniakan keluarga,kwn2 yg baik2...
5)dpat peg umrah dgn Family..amin.......
6)diberi kesihatan yg baik..
7)dihadiahkan pasangan dan chaya mata yg soleh..amin..
8)dpat beribadat dgn tenang krn Allah..amin..
9)syurga di akhirat..

p/s:tika begini,rindu pula nak dgr org nyanyikan "Hepi befday To u..."huhu

Selasa, 4 Oktober 2011

dengan Lafaz Bismillah..

syukur.syukur.syukur... masih diberi peluang utk aku b'nafas di bumi ini...alhamdulillah..masih diberi ruang utk aku terus bersemangat dlm mencapai cita2 aku... huhu walau minggu ni kena demam n batuk sikit,ttp b'syukur masih d beri nyawa sbg hamba Allah di bumi ini.. byk perkara berlaku seminggu dua ni...sgt busy smpai nak menaip tuk blog pun tak sempat.. ni pun tak tahu nak ckp aper... k lah, jmpa nnti aku rajin n byk cerita..

psikologi dwasa dan penuaan..

Rabu, 28 September 2011

kelas oh kelas

nampak gaya nya semester ni byk cabaran lg..dari segi mental dan fizikal.. uh2.. aku xnk pk bukan2.. nak fokus n ikhlas kan hati dlm menuntut ilmu...=) ptg ni just nak cerita keadaan proses P&P aku semester ni bersama lecturer2 kesayangan...

psikologi dewasa & penuaan: adusss Dr. sgt straight bab masa..sabor jela.. aritu aku terlambat amik bas... lewat dlm 20 min plus dgn bas tuh lambat gerak n jalan jam.. so,aku telah x dibenarkan masuk kelas..mak aihhh malu bkn kepalang lg dpn kwn2..tp aku buat muka seposen kuar je lah.. jalan jauh skit,aku nangis puas2 lepas tel umie aku.. sedih n malu beb tak dpt belajar! pengajaran,lain kali jgn lambat!ehehehe... dan Dr. ni jugak suka bg markah free..tuh yg best.. tp sbb aku tak stdy before msk kelas, aku jarang angkat tgn tuk jwp soklan.. tp ada satu kali aku dpt jwp.. n aku dipggl utk bg no matrik..dgn konfident,aku ckp in Bm.. walhal,minggu ke 3 n ke4 adlah minggu kena speaking..uh3 malu lg.... tp aku gelak je kuat2 tahan malu n bengang sbb nyanyuk!haha setakat ni,kelas ni ok n aku enjoy jer... Dr. tuh baik sgt n aku syg kan Dr. tuh...

teknologi maklumat&penggunaa: mula2 tgk muka Puan,mcm muka akak aku... baik..tp rupanya Puan ada tegasnya..dia tak suka org main phone dlm kelas..hari ni dia warning.. n aku segan sikit sbb aku ada jgk dok tekan2 dlm kelas td..heheheh tp tak der lah mcm nak boikot Puan.. sbb dia jelaskan knp dia tak suka.. so,aku kena hormat dia mcm hormat Umie n ayah aku.. yg best kelaszz ni,aku jd ketua darjah...hehe so,aku tak pyh lah gigih nak potostat nota yg tebal2 puan bg sbb free jah...org lain kena beli..hehehe tp cuak jgk kelas ni,sbb tak der basic komp sgt..so,dlm kelas tuh,aku agak kebluran...ohhhh huhukk tp apapun,nak A for this subject!yaeh!

teknologi,global,n kualiti hdup: ni kelas yg plg aku suka...sbb nota dlm Bm..heheh minggu ke 2 n k3 tak der kelas..tp asg mennti utk disiapkan..huhu susah jgk asg nya.. umm but,i will try to do it.. n yg kurang phm sikit,arahan Dr. ni mcm kurg jelas sikit... bkn nak mengkritik mcm aku hebat,tp yer,kdg2 aku blurr dgn arahan DR... apa pun,aku akan try slow2 tuk pham kan cara Dr...Dr ni bru jer lpas bersalin..slim n cantik orgnya... aku suka cara dia berpakaian..hehehe terasa nak jd pensyarah jgk!ttbo jarh!

Pertanian&manusia:alahai,kelas yg sgt mengantuk n blur...yo lah,kelas kul 12-kul 2..saper leh tahan mata ni kan.. tambah2 aku tak minat sgt pertanian.. but,aku suka jgk kelas ni..ada mcm2 ragam org yg aku boleh tgk..tambah2 ngn lect aku ni sgt berpengetahuan tinggi,so byk lah citer ygg dia nak bgtw kelas... bgus semangat dia.. yg aku kurang suka ialah,dia suka soal2 dgn cara ttbe jah..mmg cuak hbis lah.. huhu dah lah asg susah... isssh..tp aku tgk group mate aku cm berkaliber ja...harap ok la markah asg n test.. apa pun stdy hard n stdy smart kan..!

biokimia: subjek killer sem ni..sbnarnya,kalau aku phm basic bio n kimia,tak der prob pun.. tp hakikatnya,aku dah byk lupa apa yg aku belajar kat matrik dulu..so,aku mcm terngaga jgk lah dlm kelas.. malu jgk kalau ada kwn2 tanya... sbp diaorg tahu yg aku sblm ni dari kos kimia.. hahah lantak lah,aku pun human jgk..ada nyanyuk nya.. umm Dr. yg pertama ngaja karbohidrat tuh sgt best tp suara nya kurang jelas n kdg2 aku tak dgr sebutannya..n dia ngajar sgt laju...tp phm lah jgk sikit2.. n Dr terbaru ni, dia ngajar protein.. best sgt! phm n dia ckp pun detail gtuw..cuma aku takut,tgk kan diri aku yg malas nak buat revision nih..

akhir kata,aku berdoa dan berharap semester ni adalah peluang utk aku naik kan pointer aku...mcm mana???mestilah dgn usaha keras dan berdoa.. doakan aku dpt 4 flek!!aminnnn


Sabtu, 24 September 2011

cepatnya masa berlalu..


tup,tup,tup dah nak masuk minggu ke 2...ahh cepat jgk masa berlalu..mungkin sbb terlalu sibuk menjadikan aku tak perasan ttg masa... sbnarnya,byk kerja yg masih tidak bereh dtgn aku...asyik tangguh,tangguh,tangguh...huhuhu asg ler yg dimaksudkan... n sikit2 dari kelab debat... setakat ni,alhamdulillah..hidup masih tenang.. Allah sygkan aku.. dilindungi dr segala perbuatan jahat yg boleh menggelapkan hati.. bukan tak buat dosa langsung.. ttp DIA cepat2 memberi keinsafan... sekurangnya aku yakin utk hidup walau aku terasa kdg2 keseorangan dlm perjuangan ini.. dan petang ini, aku nk berkongsi sikit ttg mcm mane kita nak kekalkan semangat dan keyakinan dlm diri kita...kata seseorang,senang jer..pgg dengan ayat "ada ku kisah??" dah 5 orang yg nasihat mcm ni..smpai aku pulak yg berani nasihat org utk berpegang dgn ilmu ada ku kisah.. yg penting,kita jaga akhlak dan adab... baru lah hidup kita sentiasa ada perkara yg baru dan tidak bosan..sbb kita berani menghadapi segalanya... dan berdoalah utk diberi kekuatan dlm menempuh cabaran..doa ialah senjata muslim.. dalam hidup ni,ramai yg nak tgk kita jatuh,bkn nak tgk kita senang!! dan disini jugak aku nak kongsi satu artikel yg aku baca mengenai 4 tips utk membina keyakinan diri supaya terus subur dalam diri kita..=)


Di dalam artikel ini adalah merupakan cadangan tentang bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri yang mungkin dapat membantu anda :

1)Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda.
2) Bina minda yang kuat- Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya.
3)Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda.
4)Memahami konsep keyakinan diri- Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat.


Rabu, 17 Ogos 2011

manik

syukur! akhirnya ada jgk bakat nak menjahit2... (ada jgk sifat perempuan aku) firstly, akak aku wasilah salihah yg beria-ria nak jahit manik kat hjng lengan baju raya dia..aku pun beria-ria nak suh dia jahitkan manik kat bju raya aku jugak... masa tu,aku tak terpk pun nak jahit sendiri...then, kakak ipar aku,DR RUSNI dtg berbukak puasa kat rumah... sekali sekala dia balik dari perak, kitaorg amik peluang tanya dia mcm mana nak jahit manik ni...dia pakar lah jgk.. huhua!akhirnya aku try buat sendiri setelah berborong manik yg mahal walau pun benda nya yg kecik. jdik la aku yg plg ok jahitannya ...(perasan!) try2 jahit kat baju anak sedara dulu...bgini jadiknya...tak tahu lah bdk kecik tuh suka tak..hope dia suka!
-bju raya kakak ulya-

Selasa, 16 Ogos 2011

susah senang bersama-sama...


apabila stress,kita memerlukan seseorg utk mendengar dan memahami masalah kita...kan?tp kita sering terlupa, yg MAHA mendengar sentiasa ada bersama kita..cuma kita ja yg tidak mahu mencari cahaya Illahi...berlagak sombong...maka di bulan yg mulia ini,kita buat perubahan... berdoa lah kpd NYA sentiasa...agar dipermudah kan segala urusan kita... agar terselesai segala masalah kita...mcm dulu,aku selalu ada masalah terlambat bas.. tp sejak mengamal kan ayat ditepi itu, alhamdulillah..urusan dipermudahkan Allah.. apapun,niat kena ikhlas... kerana Allah yg satu..

(p/s:sekadar renungan utk diri sendiri dan pembaca)

Jumaat, 12 Ogos 2011

dosa mengumpat...

hehe...hadirin sekalian yer..dosa mengumpat adalah dosa besar...ia seperti makan daging saudaranya sendiri...eee...bayangkan, meratah daging saudara sendiri...geli kan?tp ramai yg buat...ramai yg mengumpat...lg2 bila sakit hati dgn org lain... terguris hati @ terasa dgn someone....mula lah kita cari port tuk ngumpat org tuh...alahai..dosanya tak pula kita ingat... bagaimana akhirat nnti???pasti kita dbersihkan dlm api neraka...ya Allah!pedihnya.... tak pula kita teringat bila hati membara nak mengata org...semua krn bantuan syaitan dn naFsu yg menggoda...bertambah sng lah mulut kita nak mengumpat...bila dok syok ngumpat tuh, kita buat pula fitnah kat kwn kita @ sedara sendiri... tambah pula dosa kita... dah lah kita ni jenis jarang2 solat 5 kali sehari,baca Al-Quran pun sehelai setahun,berzikir tak prnah..apa lg yg boleh ditampung sdgkan dosa kian meningkat..hoho..bila iman tak kuat,perkara yg x disangka pun boleh terjd,apa lg perkara yg disangka spt mengumpat yakni perkara biasa yg dibuat.. apa pun, itulah dosa yg bakal di balas dengan dasyat di akhirat nnti...jaga2 semua...
p/s: sekadar tazkirah utk diri sendiri dan pembaca sekalian...

Khamis, 11 Ogos 2011

11.08.11

syukur kepada Tuhan yg mentadbir alam seluas ini..puji-pujian kpd Nabi Muhammad S.A.W....hari ni sudah 11 ramadhan... cptnya masa berlalu...dah terlepas fasa pertama Ramadhan...sudah msk k fasa dua..hurm,..mcm mana dgn ibadat kita?sudah membasuh diri dari dosa2 yg lps???spttnya di bulan yg mulia ini,kita mengambil kesempatan ats keberkatan nya yg dibuka luas oleh ALLAH utk sama2 merubah diri...insya'Allah..

marilah sama2 kita bykkan berzikir agar hati menjd tenang,fikiran tidak serabut...itulah ubat ketika stress... sedihnya sbb baru tersedar dari keinsafan..sudah terlambatkah??????-ramadan karim-


Khamis, 28 April 2011

study hard...


ooh...sekarang musim exam... bermula lah satu lg ujian dlm hidup aku..tp i don't why.. sem ni mcm pudar jer....pudar rasa utk belajar rajin2.. bkn tak belajar langsung, tp rasa pudar nak gigih tgk buku smpai kol 5..tak mcm sem lpas... rasa nak pgg buku jer hari2 sem lpas... *mcm tipu jerk....dlm stdy week 18-24 hb ni, hanya sehari jer aku tak tdo smpai subuh.. tuh pun aku bkn leh solat**erk??? tp aku bkn stdy pom..main2... main game,main cuci2 kain,jemur2 kain,main2 baca novel... hurm...sbb aku main2,maka terasa terkilan dgn sikap aku ni... knp?knp? you malas fathiah?ada jin dlm badan k eh? hahaha NAUZUBILLAH!!

lpas satu paper 26 hb arituh,kemalasan semakin membuak..HANYA TUHAN JER TAHU.. tp aku cpt insaF... hurmm tekad,mulai skunk nak baca buku.. i still have 3 paper... bbi2409,statistik,ekonomi pengguna &keluarga... tgk kan carry mark yg separuh 60 utk statistik dan ekonomi,so, aku perlu berubah.. must rajin!!!faham +_+

err teringat pula kat kem kecemerlangan yg terjoin hari tuu kat impian country resort... hurm..mmg niat peg sana nak ubah sikap, nak betulkan niat belajar, nak tambahkan motivasi diri... but... hasilnya,mcm still sama jer sikap aku..heheh so,kena cek balik..**muhasabbah diri tuh kan penting..

anyway, aku sebenarnya lapar nasi...huhu

Selasa, 26 April 2011

exam FiNal Mahhhh..


oooh..teruk lah aku kali ni..baca skit,tido lebih... mkn byk... asyik makan jer..membesar perut jer kerje nya.. hurm...stdy seciput..aku takut.....apa nak jwp ngn umie n ayah aku....soryyy mama,daddy...!!!bkn aku tak ingat masa depan..tp dugaan katil memanggil jer stp kali nak buka buku...huhuhuhu dah settle satu paper...td pon aku byk hentam kromo jgk..sian paper Dr rohani..dah le DR tu kenal aku...waaa malu nya kalau dia tgk jwapan aku yg ntah paper..huhuhu Ya ALLah!!berilah kekuatan utk aku fokus statistik n ekonomi pulak..then nak bercuti sepuas-puasnya...!!! kelate,tunggu kawe!!!hihi