Khamis, 28 Julai 2016

mencari semangat

hidup makin tersusun.. alhamdulillah..cuma..hati ni tak tahu la kenapa.. terlalu banyak berfikir mungkin.. sensitif.. cepat je nak menangis. Macam-macam aku fikir.. fikir mengenai masa depan.. fikir tentang tesis...Aku mencari semangat untuk menyiapkan kerja-kerja research. Semoga dipermudahkan.. Oh perasaan ini tidak boleh dilayan.. makin mengambil kira kata-kata orang, makin sedih sebak la dada ni. Jauhkan aku dari berfikiran negatif. Dekatkan aku dengan sifat-sifat mahmudah Ya Allah.. sejak fikir tentang perasaan ini..mcm risau terlebih pulak... dia betul terima aku ker. Dia ikhlas ke. Dia ok ke. Dia sedih ke dengan aku.. AAA.. tak sukooo perasaan ni. Semoga terubat rindu ini ke jalan yang benar.. Lindungi dia.. Lindungi kedua ibu bapaku.. Dan semoga dipermudahkan segala urusanku.. 

Otak dah ligat fikir nak pakai apa nanti kenduri..Apa yang perlu ada untuk hantaran kahwin.... doorgift untuk tetamu.. Hurmmm al masalahnya... aku kekurangan ilmu bab-bab ni.. Kena banyak buat kajian la tengok majlis-majlis orang sebelum ni.. tanya pendapat kakak-kakak.. Tapi.. aduhaiii susah nya nak dengar kata positif dari orang lain lagi-lagi adik beradik sendiri pun aduhaiii tajam sungguh mulut masing-masing. aku ni pun dah bakpo nak sentap menyentap mudah sangat.. Kenapa ye.. adakah aku pun mcm tu masa diaorang mintak pandangan aku? emmm.. mungkin..padan muka aku ler. Persoalan kedua.. doh bakpo aku sungguh sangat nak nikoh ni? hahah lucu plk rasanya. Semoga yang baik-baik sahaja di masa depan. amin.. 

haiii jerawat.. bila nak nyah dari muka aku.. masalah parut jerawat ni bila lerr nk selesai..apa pun syukur la masih boleh bernafas dan diberi nikmat yang pelbagai.. Alhamdulillah.. Perbetulkan niat... positifkan minda dan usaha selagi mampu!!! Insyallah ada jalannya.. Berdoa banyak-banyak.. Yes! Doa tu kan senjata orang muslim? =) 

Sabtu, 23 Julai 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

SYukur pada Mu Ya Allah...masih dapat merasa nikmat udara dan boleh bernafas di muka bumi ini...Alhamdulillah..Tahun ni masih bahagia beraya bersama keluarga...dan semoga kebahagiaan ini terus dinikmati semua orang. =) Tahun ni raya special sikit..ada debaran menanti... oh tidak. Telah melepasi debarannya..  semoga ikatan ini terus berpanjangan hingga ke fasa seterusnya.. makin kenal dia, makin ingin tahu...siapa dia sebenarnya..  =) semoga Allah merahmatimu Rafiziee.. Amin.. Gembira kerana majlis berjalan lancar.. Terima kasih kepada kak pah & Abe Li atas sponsor dan usaha gigih ngemas rumah, kak lah & Abe Waliuddin..terima kasih sebab sentiasa menyokong dan sponsor kek.. hehe dan Adikma..fine tak membantu sangat tapi menceriakan hari2 yang suram sebelum ni.. haha tq ko gewe sudi jadi jurukamera..bro2 dan sis yang lain pun sungguh2 nampak bertungkus lumus membantu majlis aku.. kak rah dan abe ziz..terima kasih banyak2..abe di dan kakma...terima kasih sebab last minute sanggup tolong siapkan tempahan kuih tu.. hehe Abe si dan Kak ni yang menceriakan suasana dengan semangat kalian.. Terima kasih!!Anak2 fruits pun terima kasih jua sebab membuatkan cikya gembira.. hilang sikit nervous hari tu tengok korang punya lucu. Dan terutama sekali..Orang kuat! Pemberi kasih sayang yang tidak terhingga! Cinta hati pertamaku selamanya! Umie dan Ayah!!!!!Terima kasih sebab memaknakan apa yang dijanji.. =) Semoga Allah melindungi kalian semua.. Buat bakal keluarga baruku...selamat berkenalan.. hehe minta maaf awal2 kalau ada salah dan silap lepas ni.. sebenarnya tak sabar juga nak K**** haha gelenyaaaa!

Syukur jua cuti hari tu sempat settlekan ujian lesen memandu (retest). Syukur lulus... dan setllekan misi ke ccrc Jeli untuk kutipan data divorced fathers.. So far, jumlah responden 140 orang..masih memerlukan 60 orang untuk cukupkan 200 orang responden.. Ya Allah..permudahkan urusan research masterku.. dan Berikan aku kerajinannnnnn untuk baca jurnal2 niii dan menaip.. Oh Kenapa hati masih terlekat di kampung! RIndu =)