Khamis, 12 September 2013

Kelas Advokasi Kanak-kanak dan Remaja..

Kanak-kanak? siapa mereka?? Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001..Salah satu subjek semester ni iaitu Advokasi kanak-kanak.. so, aku pun try tanya pakcik google, apa tu maksud advokasi.. Menurut Dasar Kanak-Kanak Negara, ada 6 strategi yang dinyatakan untuk mencapai objektif dasar ni.. Antaranya, kelansungan hidup, perlindungan, perkembangan, penyertaan, Advokasi,dan Penyelidikan dan pembangan...Jadi, sbb subjek ni lebih kepada Advokasi, aku nak faham dulu apa tu advokasi.. 

Objektif 5 Advokasi

1. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak.

2. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk diskriminasi.

3. Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah penganiayaan,pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

4. Meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak.

5. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak, kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak kepada semua pihak yang berkenaan.

Rabu, 11 September 2013

dear diary,

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, aku dah masuk semester 7..Syukur tak terkata walaupun lambat sikit dari orang lain..(sabar je le umur dah tua) Syukur sangat2 dah nak habis degree....=) Ya Allah, aku berdoa semoga diperbetulkan niat belajar ini kerana menuntut ilmu demi berjuang di jalan Mu, Berjihad fi sabilillah..untuk mendapat keredhaan Mu ya Rabbi Izzati.. Ya Allah..! Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.. Jadikanlahku seorang wanita yang solehah, anak yang taat kepada umie ayah dan menjadi sahabat yang disayangi semua.. Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku semester ini.. Tetapkanlah iman di dalam hatiku, Ya Allah!! Amin..


Yang benar,
Fathiah Ibrahim
UPM,5.16 PM..