Selasa, 24 Februari 2015

Syukur masih diberi nyawa..

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah.. masih diberi kesihatan yang baik, akal yang cerdas dan masa yang lapang untuk beribadat kepadaMu.. Ya Allah.. kuatkan iman ini untuk menepis segala dugaan yang boleh menjatuhkan diri ini.. Dekatkan aku dengan hamba-hambaMu yang boleh membawa aku ke taman syurgaMu.. Ikhlaskan hati ini untuk terus mencintaiMu Ya Allah.. Jika ku harus mati.. Pertemukan aku dengan Mu..

Kematian adalah satu peristiwa yang wajib bakal berlaku dalam hidup norma dunia ini.. Telah diciptakan oleh Illahi, bahawa setiap yang bernyawa akan pergi.. Sedih tak terkata, baru-baru ini telah pergi seorang Murrabi, Mujahid, Pemimpin, Pendakwah, Ayahanda, dan segala yang baik boleh diberikan kepada Al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..sebagai rakyat jelata yang hampir 23 tahun dibawah kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar...(1990- 2013)..sedih, hiba, dan terasa kehilangan sangat2 membeku dalam hati ini...

aku masih ingat masa tu darjah 3...walaupun masih belum faham apa itu politik, apa itu pas, umno dan lain-lain, disebabkan Ayah dan Umie semangat sangat bawa anak-anak pergi dengar ceramah pas, aku sekeluarga pergi dengar ler...lagipun masa tu Tok Guru nak datang kg Bukit Abal..Tiba masa tok guru berucap, semua orang menjerit Takbir! Allahuakbar!. Semangat betul masa tu.. Dan masa tu jugak aku belajar untuk bersedekah...Dan disebabkan aku terdedah sejak kecil lagi dengan dunia ceramah Pas, dari situ lah aku belajar untuk bersyarah...tapi belum tentu aku menyokong Pas sepenuhnya.. Abang aku nasihat, kena sokong Pas sebab bawa Islam.. Ye, aku setuju cuma, kita kena tengok banyak sudut...tak boleh sokong juga kalau ada yang tak kena.. Kepimpinan Tok Guru memang aku sokong 100%.. cuma sekarang, nampak lemah sikit pentadbiran kelate... hurmmm ngak tahu lah di mana silap.. malas nak menuduh..

Dunia politik memang tak kan sudah sampai akhirnya.. Di mana-mana pun ada politik.. antara bersih atau kotor sahaja.. Semoga pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz dapat membuka hati dan mata para pemimpin lain bahawa bersederhana dalam penampilan, harta dan tawaduk juga menjamin seseorang pemimpin itu menjadi tokoh terkenal malah bersih daripada rasuah! Takbir! Allahuakbar!