Sabtu, 23 Julai 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

SYukur pada Mu Ya Allah...masih dapat merasa nikmat udara dan boleh bernafas di muka bumi ini...Alhamdulillah..Tahun ni masih bahagia beraya bersama keluarga...dan semoga kebahagiaan ini terus dinikmati semua orang. =) Tahun ni raya special sikit..ada debaran menanti... oh tidak. Telah melepasi debarannya..  semoga ikatan ini terus berpanjangan hingga ke fasa seterusnya.. makin kenal dia, makin ingin tahu...siapa dia sebenarnya..  =) semoga Allah merahmatimu Rafiziee.. Amin.. Gembira kerana majlis berjalan lancar.. Terima kasih kepada kak pah & Abe Li atas sponsor dan usaha gigih ngemas rumah, kak lah & Abe Waliuddin..terima kasih sebab sentiasa menyokong dan sponsor kek.. hehe dan Adikma..fine tak membantu sangat tapi menceriakan hari2 yang suram sebelum ni.. haha tq ko gewe sudi jadi jurukamera..bro2 dan sis yang lain pun sungguh2 nampak bertungkus lumus membantu majlis aku.. kak rah dan abe ziz..terima kasih banyak2..abe di dan kakma...terima kasih sebab last minute sanggup tolong siapkan tempahan kuih tu.. hehe Abe si dan Kak ni yang menceriakan suasana dengan semangat kalian.. Terima kasih!!Anak2 fruits pun terima kasih jua sebab membuatkan cikya gembira.. hilang sikit nervous hari tu tengok korang punya lucu. Dan terutama sekali..Orang kuat! Pemberi kasih sayang yang tidak terhingga! Cinta hati pertamaku selamanya! Umie dan Ayah!!!!!Terima kasih sebab memaknakan apa yang dijanji.. =) Semoga Allah melindungi kalian semua.. Buat bakal keluarga baruku...selamat berkenalan.. hehe minta maaf awal2 kalau ada salah dan silap lepas ni.. sebenarnya tak sabar juga nak K**** haha gelenyaaaa!

Syukur jua cuti hari tu sempat settlekan ujian lesen memandu (retest). Syukur lulus... dan setllekan misi ke ccrc Jeli untuk kutipan data divorced fathers.. So far, jumlah responden 140 orang..masih memerlukan 60 orang untuk cukupkan 200 orang responden.. Ya Allah..permudahkan urusan research masterku.. dan Berikan aku kerajinannnnnn untuk baca jurnal2 niii dan menaip.. Oh Kenapa hati masih terlekat di kampung! RIndu =) 





Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan 2016/ 1437H

Alhamdulillah..syukur kepada Allah dapat juga merasa nikmat berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni... rasa terkilan sebenarnya...kenapa bila masuk bulan ramadhan, semangat utk solat, baca quran tu ada (alhamdulillah).. tp bakpo aku tak mampu nak praktis di bulan2 lain..malas dan lesu jah di bulan2 lain..(astagfirullah) Ampuni dosa2 ku..Semoga Ramadhan kali ni terus memberi inspirasi untuk kita semua sama2 beribadat bersungguh2 sehinngga ke dan di bulan2 yang lain..atas diri sendiri sbnrnyooo..kalau diri sendiri yg biarkan syaitan mengunci diri mmg tdo bgn makan je lah kerjanya..Sekali lagi ramadhan kali ini berpuasa dengan status bujang anak daro di uPm..sedihnya...kali ni aku sahur berseorangan...Insyallah buka puasa dlm separuh bulan ni dengan kwn, bile kwn balik cuti sem nanti sedih sorang2 semula.. haha.. mcm tak biasa plk sorang2.. sabar je lah..

Tazkirah utk diri sendiri di ramadhan pertama tahun ni... empati... apa tu empati?? ikutkan aku belajar kelas2 psiko sebelum ni..empati ialah meletakkan perasaan kita pada tempat orang lain.. susah woo nak praktis 'empati' ni...sebab apa? Firstly, kita, manusia yang seringkali akan fikirkan kepentingan diri sendiri sebelum untuk orang lain.. kita akan make sure, diri kita tak disakiti biarlah orang lain yg terluka.. itu la masalah yg utama bila diri penuh dgn ego dan sifat pentingkan diri sendiri.. nampak salah orang, tapi salah diri sendiri terus dinafikan.. bukan salah sygi diri sendiri..lagi pun siapalah yg akan faham diri kita selain kita sendiri dop?? tapi ada kalanya, kita kena pantas berfikir apa perasaan orang lain kalau kita marah2 dia? apa perasaan dia kalau kita benci2 dia... atau apa perasaan org lain kalau kita umpat2 dia...Allah menciptakan hati kita sama jer dengan hati manusia2 yang lain..kalau kita rasa sakit bila org tuduh kita mcm2, benci kita, umpat kita, tak dikasihi, tak dihargai...mcm tu jua lah perasaan dan hati orang lain sekeliling kita... Letakkan empati kita pada orang yg susah dr kita, miskin dr kita, kurang pandai dr kita, lebih sibuk dr kita...insyallah dunia akan aman kerana semua orang akan bantu membantu, sayang menyanyangi, hormat menghormati.. =)

Mengambil kisah khalifah Umar al Khattab... Baginda Nabi Muhammad bertanya, " apakah kecintaan Umar terhadap Rasulullah SAW melebihi keluarganya?" Ya benar jawab Umar..Baginda bertanya lagi, " Apakah kecintaan Umar terhadap Rasulullah SAW melebihi hartanya? Ya benar jawab Umar....soal baginda, apakah kecintaan Umar terhadap Rasulullah SAW melebihi dirinya sendiri??  jawapan Umar.." tidak, wahai Rasulullah!".. Baginda berkata, "Tidak wahai Umar! Sesungguhnya keimananmu tidak akan sempurna sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri yang berada di sisimu.."

Senario tersebut menerangkan bahawa Umar al-Khattab sudah dpt melihat siapakah yg lbh beliau perlukan jika dibandingkan dirinya dengan Rasullah SAW. Ternyata jelas disini yang amat diperlukan bukanlah dirinya iaitu Umar al-Khataab tetapi Rasullah.. Kita bagaimana? adakah kita juga mampu mencintai dan menyangungi Nabi Muhammad seperti Khalifah  Umar alKhattab? Kalau ya, maknanya kita juga akan mampu meletakkan empati kepada masyarakat sekeliling. =) Salam ramadhan... Buat ehem di kg selising...selamat berpuasa..rindu  =)

Jumaat, 3 Jun 2016

Terapi mengawal kemarahan

Manusia tak bleh lari dari sifat amarah. Ada individu tu mudah marah...Ada juga yg susah nak marah orang lain tapi boleh dibilang dengan jari manusia begini. Aku? termasuk dalam yang mudah marah. Heheeh bekeng ore kelate kata. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "orang yang kuat bukanlah orang yang hebat dalm bergusti tetapi orang yang kuat adalah orang yg mampu mengawal dirinya ketika marah." _HR Bukhari & Muslim... (petikan dalam buku DIA KHALIFAH HIDUPKU)
kenapa seseorang mudah marah? knp tak dibendung dari awal? tak de ke sistem dalam diri ini yang dicipta Tuhan untuk mengawal perasaan marah bila meluap-luap nak keluar dari mulut, tangan, hati? Ada...iaitu SABAR... Sabar adalah sifat mahmudah yang pun susah nak ada dlm diri kita.. 

Sebagai manusia ciptaan Allah SWT, kita tidak sedar yang kita dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan hawa nafsu. Rasa marah mungkin dibentuk oleh rasa tidak puas hati hanyalah 9%, tekanan emosi 5% dan yakinnya selebihnya ia sebab hasutan syaitan. Nauzubillah... Apabila marah, akal pun tak mampu nk berfikir secara rasional.. Sebab tu la,,,, kdg2 bila aku lepas kemarahan, aku menyesalllll seumur hidup lepas tu. Ya Allah..kuatkan diri ini menahan kemarahan.. kuatkan aku dengan sikap sabar yang tinggi..byk lagi cabaran2 mendepan.. 

Nasihat utk diri sendiri....andai cpt naik angin atau mudah marah...insan sekeliling akan hilang rasa hormat padaku.. amarah adalah virus yg berbahaya..yg perlu dinyahhhhhhh dr hidup segera!

Firman Tuhan dalam surah Ali Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan org yg menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Allah mengasihi org yg berbuat kebajikan (muhsinin).
Semoga aku tergolong dalam org yang dikasihiNya.. Amin..

p/s: oooooooo tesis...cepat la siap!!!

Selasa, 24 Mei 2016

Surah As-Sajdah

Pada hari Jumaat disunatkan membaca surah As-sajdah ketika menunaikan solat Subuh...=)

Bacaan ketika Sujud sajadah/ sujud tilawah

(Wahai Tuhan, kepada-Mu jualah aku sujud, dengan-Mu jualah aku beriman dan kepada-Mu lah aku berserah, telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendak-Nya dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah keberkatan-Nya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian). 



Surah As-sajdah

Tengah kumpul azam dan semangat untuk hafal surah ni.. Amin.. Semoga Ramadhan kali  ini penuh makna dan bertambah ibadat kepada Nya.. 

Sabtu, 21 Mei 2016

untukmu imamku

Terlintas tanya hati siapakah yang akan mengisi hari-hariku nan penuh cinta yang akan membawa ke syurga.. Untuk mu imamku, ku serahkan segala cintaku..cinta yang akan menuntunku menggapai cintanya bersama denganmu..Untukmu imamku..ku berikan kesetiaanku..berdua memadu janji satu. Sambut cintaku hanya untukmu.

Selasa, 17 Mei 2016

kahwin muda~ ke arah mencari redanya

Aku ada baca buku tulisan Aizuddin Hamid bertajuk kahwin muda ke arah mencari redaNya.. Kenapa aku baca? hahha untuk ilmu...umur bukan muda dah.. buku ni jadi inspirasi pd golongan muda untuk memenuhi fitrah dgn jalan yg betul iaitu "kahwin". Bukan mudah nak hadapi hidup alam rumahtangga..dan begitu susah juga la dlm mencari calon yang sesuai untuk kita hidup selama-lamanya. +___+ Buku ni juga boleh jadi panduan pada mereka yg sedang bersiap sedia untuk kahwin.. bukan golongan muda mudi je boleh baca buku ni.. bagi aku semua golongan boleh baca.. penulisan yang santai dan mudah untuk kita faham dengan contoh-contoh penceritaan usrah penulis dengn kwn2nya.. Dan yang paling aku muhasabah diri dan cemburu dgn sucinya cinta selepas berkahwin saudara penulis dan isterinya.. Semoga mereka sentiasa diberi kebahagiaan hingga ke jannah. =).. Semoga remaja2 dan muda mudi yang baca buku ni akan mendapat kebahagiaan seperti penulis buku ni. =) 20 bab dalam buku ni dihurai dengan detail bermula dengan menjelaskan apa itu cinta. Apa pun cinta pd ILLahi adalah segala-galanya.. =) dan paling aku suka bila nasihat saudara penulis iaitu "positif, senyuman, jelaskan".. tiga perkara ini (positive, smile, explain) tak semestinya dipraktis dalam hubungan suami isteri, pasangan bercinta shj.. benda ni penting juga dlm semua hubungan,.dengan ibubapa, adik beradik, kawan2...dengan boss.. =) so...baca la buku ni jika ada masa ye!

Selasa, 10 Mei 2016

antara hati dan perasaan

bismillah.. lama rasanya tak update blog.. Ada terfikir nak terminate blog ni selama-lamanya...tp sayang jugak... sbb banyak pengalaman masa belajar aku letak kat blog ni.. harapannya boleh membaca sambil menyesal dengan ketidamatangan zaman dulu kala.. hehe seminggu dua pelbagai perkara baru, orang baru, pengalaman baru hadir. Aku gembira. Cuma aku jua ada hati dan perasaan.. yang selalu dihasut syaitan dan amarah. Tertanya-tanya..siapa dia.. knp dia.. Betul ke tindakan aku ni.. Apa pun aku cuba untuk bertenang..mengikut rentak umie dan ayah..aku yakin bahagia aku ada dengan doa mereka yang berpanjangan.. Semoga ini permulaan untuk hidup yang lebih bermakna..=)

Research masih terumbang-ambing. tak tahu mana silap.. Pening aku fikir nak cari responden.. Ya Allah permudahkan segala urusanku.. =) Amin.. Sekarang semester 4.. berbaki 2 semester lagi..untuk menulis, menganalisis data dan viva.. teori pun masih belum yakin yang mana nak diguna.. aduiii aku rasa aku banyak main la sem lepas.. kena tambahkan fokus.. berdebar setiap masa bila fikirkan research, tesis, dr rumaya, viva dan etc....

nk cerito..8 mei lpas kak wasilah, amu din dan widad datang melawat di upm..gembira dapat jumpa anak buah tersayang ni.. rindu dengan kak lah..kami ke pesta buku di maeps. kak lah nampak sikit berisi...heheh biasa la bila dah jadi ibu orang ni.. tp dia maintain cute.. amu din mcm biasa senyap tp byk senyum.. widad sangat berubah..dah aktif.. cepat je tangan nak mencapai brg. Bila pegang baby terasa juga nak ado baby sendiri.. krik3.