Jumaat, 5 Ogos 2016

Ikhlas lah wahai hatiku

"Ikhlas ialah membuat sesuatu kerana Allah..Allah hanya menerima ibadat yang ikhlas..ikhlas paling susah nk ada..ikhlas seperti semut hitam yang berada atas batu hitam pada waktu gelap..susahnya nak mendidik hati biar ikhlas. Tapi kena berusahalah untuk sentiasa ikhlas!"

Petang ni ttbe seperti terhantuk di dinding bila mendengar tazkirah dari ustaz di radio nasional fm. . Tazkirah mengenai ikhlas.. Tertanya-tanya dalam hati....di mana tahap ikhlas aku.. Benar-benar ikhlas kah aku dalam mencari ilmu ni? urusan pernikahan ni? dan setiap urusan bersama adik beradik, kawan2, dengan supervisor aku... ikhlaskah aku? sedang lidah selalu mengomen itu ini.. ya Allah..hanya Engkau yang tahu jauh sudut hati... jika ikhlas hati ini tergelincir di landasan nya.. kau perbetulkan lah niat hatiku...ikhlaskan hati ini... yang gelap biar seterangnya...agar aku benar-benar dalam melakukan segalanya hanya kerana Mu ya Allah! Terutamanya...ibadatku.. solat, baca quran, puasaku, amalan2 lain.. semoga Allah bersihkan hati ini... ikhlas mmg tidak boleh diukur... sekurangnya, kurangkan! Oh tidak! Semoga aku berhenti komen yang tidak sepatutnya komen (seperti orang yang tidak tahu bersyukur) sepanjang dalam perjalanan menuntut ilmu, dalam menyembunyikan ibadat ku...dan..tambahkan ikhlasku Ya Allah...dalam menerima orang baru dalam hidupku nanti.. Dan tambahkan jua ikhlasku dalam menjaga hati umie dan ayah.. (panjangkan umur mereka, dan pelihara mereka Ya Allah!)

"Ya Allah... jauhkan lah aku dari terlalu berfikiran negatif dan terlalu baik sangka.. jauhkan lah aku dari niat-niat manusia yang berniat jahat.. Dekatkan dan golongkan aku dalam kalangan mereka yang berjaya dan jadikan aku mukminah yang solehah.. Amin.. "

Berdebar rasanya meniti hari-hari yang mendatang ini.. Setengah hati ingin menjerit kegembiraan.. tapi separuh lagi bimbang.. takut-takut ini semua ujian.. Ya Allah.. andai ujian ini adalah ujian untuk meningkatkan imanku, aku redha... Aku berdoa semoga ujian ini adalah salah satu nikmat rezeki yang Allah janjikan kepada hamba-hambanya... Semoga nikmat pernikahan ini nanti mematangkan aku..memurahkan rezeki tesis aku..memberi peluang aku kepada rezeki anak dan rezeki-rezeki lain..ye lah..sape tak takut untuk hidup bersama dengan orang lelaki.. Semoga dia membimbing ke jalan syurga =)

Subhanallah...makin bertambah kerja...dan semakin relaks pulak aku.. tak pe.. buat slow2...tenangkan hati.. eh.. tapi jangan tenang sangat lah!! aku kena plan betul2.. Semoga report research Dr dan tesis aku sama-sama siap!!!! I'm promise to myself! At least bulan 9 nim dah ada chapter 1,2,3,4!!!!Amin!!!!!

Nk kurus dan slim!!!!
sambutan hari raya dan majlis kesyukuran di Fakulti EKologi...off diet jap