Isnin, 21 November 2011

ALAM SEKITAR:AMANAT KEPADA KHALIFAH TUHAN

Bismillah..........asslamualaikum dan salam sejahtera, salam mulia, salam 1 malaysia.
Kagum saya dengan satu cerita tentang seorang Ibu di negara Rusia, HAZEL HANDERSON yang sanggup menghantar memorendum kepada jabatan alam sekitar di negaranya dan menceritakan kepada jiran tetangga betapa pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Selepas terkejut melihat anaknya yang berkulit putih bertukar kepada hitam setelah pulang berjalan kaki dari sekolah. Inilah akibat daripada penipisan ozon yang melanda alam kita. Sebagai wanita yang juga bakal ibu kepada anak- anak tercinta, ingin saya mengajak anda semua meneroka mauduk bicara “alam sekitar amanat kepada khalifah Tuhan.”
Terima kasih kepada peneraju acara, kombinasi kehakiman yang berwibawa dan warga dewan yang berintelektual.
Menurut kamus dewan alam sekitar ialah apa sahaja yang melingkungi manusia. Secara konseptual, united nation environment program mentakrifkan alam sekitar sebagai segala yang ada di langit dan dibumi meliputi udara,air dan tanah.
Amanat pula di ertikan sebagai kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
Manakala, apabila kita menyebut khalifah tuhan, pasti ia menggambarkan kita semua selaku manusia yang hidup di dunia.
Justeru, secara tuntasnya, alam sekitar amanat kepada khalifah tuhan berkehendakkan kita untuk merenung semula tentang keindahan alam sekitar yang dinikmati bersama, kedua, sama-sama kita menginsafi nazaknya dunia akibat dari tangan-tangan yang memperkosa alam sekitar kita. Ketiga, kita mengingatkan diri kita semula dengan peranan yang sewajarnya kita laksana terhadap apa yang diamanatkan Tuhan kepada kita,hambanya.
Saudara dan saudariku,
Ayuh kita mengimbau kembali dengan kenikmatan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu. Comelnya burung penguin meluncur gembira di atas bongkah ais bersama teman-teman mereka, tenangnya harimau dan singa di dalam hutan rimba, ikan-ikan berani meneroka sungai yang bersih airnya, manusia bisa menghirup udara yang segar dengan gembira,nenek moyang kita menggunakan air sungai tanpa resah gelora dan menikmati keindahan hutan belantara bersama orang tercinta. Inilah keindahan alam kurniaan Tuhan.
kata MAHATMA GHANDI, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita tetapi dipinjam dari anak cucu kita. Jadi, kenapa kita tidak menjaga amanah yang diberikan ini sedangkan kita wajib memulangkan hak yang sepatutnya kepada generasi akan datang.
WaRga dewan sekalian,
Namun kini, alam sekitar seolah-olah berada dihujung nyawa,nazak menderita menanti tiupan sangkakala,redha menerima nasib diakhirnya. Apakah ini yang kita banggakan? Pembangunan rancak yang kita laksanakan menyeksa batin bumi tercinta. Keghairahan negara amerikat syarikat,China dan India dalam pembangunannya menjadikan peningkatan pelepasan karbondioksida menyumbang kepada perubahan iklim dunia. Akhirnya, mencetuskan fenomena pencairan ais di kutub selatan dan utara, ribut taufan di serata dunia dan banjir besar mencetuskan huru hara.
Sikap manusia yang alpa kian bermaharajalela. Pembuangan sampah di merata-rata sehingga 2000 hingga 2500 tan sampah dikutip di Kuala Lumpur di tepi-tepi jalan raya. Bukan itu sahaja, sungai yang sepatutnya dijaga, dijadikan tong sampah kepada mereka yang buta matanya. Akibatnya, banjir kilat di tengah kota menjadi perkara biasa. Dengan bangga, kita senaraikan sungai kelang dan sungai julu antara sungai terkotor di negara kita.
Wang dan harta menggelapkan hati manusia. Demi kekayaan, rasuah menjadi prinsip hidup mereka. Kesannya, aktiviti pembalakan haram di Pahang dan sarawak menimbulkan kesengsaraan kepada flora dan fauna negara kita. Tidak sedarkah mereka akibatnya, kerutuhan tanah boleh berlaku, kawasan tadahan air terjejas, flora dan fauna hilang habitatnya. Hasilnya, suhu bumi kian meningkat dan kualiti tanah kian merosot.
Sedarlah saudara saudariku sekalian, ini bukan gosip liar atau cerita dongeng yang saya reka. Sebaliknya, hakikat yang perlu kita insafi bersama.
Sahabat-sahabatku,
Mari kita semak semula peranan atau amalan yang boleh untuk kita menyelamatkan alam sekitar. Pertama, negara-negara di dunia perlu lebih komitmen dalam menjalankan polisi negara mereka. Galakan dari pihak atasan kepada rakyat jelata wajib berterusan bukan berhenti di tengah jalan. Di Malaysia, kita perlu menyokong penuh usaha kerajaan iaitu, kempen cintai sungai kita, hari tanpa plastik dan juga teknologi hijau yang tidak kurang hebatnya.
Kedua, peranan pihak berkuasa tempatan dalam menguatkuasakan undang-undang wajar di perhebatkan. Kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan isu yang berkaitan pelupusan sampah dengan kerjasama ahli masyarakat boleh menyelamatkan alam kita.
Ketiga, gaya hidup mesra alam perlu menjadi prinsip hidup kita semua. Misalnya, penggunaan elektrik secara berhemah, kitar semula haruslah dijadikan pilihan dan pembaziran air wajar dielakkan.
Kesimpulannya, hadirin sekalian,
Pertama, Keindahan alam suatu masa dahulu telah saya gambarkan. Kedua, penderitaan alam kini telah saya sampaikan. Ketiga, peranan tiap lapis masyarakat telah saya gariskan. Sebagai khalifah tuhan yang mendiami bumi ini, menjadi suatu amanat kepada kita untuk menjaga alam ini sebaiknya bukan membuang tanggungjawab ini didalam hidup kita sedangkan kita dengan alam adalah satu. Jangan jadi seperti seorang ibu yang tidak berhati manusia tegar membunuh darah daging sendiri tanpa sedar ia amanah dari tuhan yang Esa.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan