Selasa, 29 November 2011

latihan essei...

utk jimatkan kertas...heheh dan,dan,dan....malasnya nak test besok!!!!!!

globalisasi membawa maksud fenomena yg menjdkan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. globalisasi juga merupakan proses pertukaran antara dunia global yang melibatkan sesuatu objek secara fizikal atau bukan fizikal seperti informasi, idea, nilai, sistem di dlm aktiviti manusia. ia menjelaskan konsep bahawa satu proses meletakkan dunia di bawah 1 unit yg sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.

apakah faktor yg stimulate globalisasi???
1- teknologi komunikasi spt radio,TV,e-mail dan Facebook..
2-media spt media cetak,CNN,MTV dan media eletronik yg lain.
3-rasa ingin tahu seseorg individu..
4-international travel/perjalanan antarabgsa spt bilangan pelancong,boleh tempah tiket melalui internet sekarang dan pertukaran maklumat antara pelancong..

kelebihan globalisasi:
1) negara boleh mengamalkan liberalisasi ekonomi iaitu mengamalkan dasar ekonomi terbuka.
2)manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yg tidak pernah dilihat dlm sejarah.
3)membuka peluang kpd pelabur2 dtg membuka perniagaan atau cawangan mereka dlm negara dan pengaliran wang masuk berlaku..
4) firma tempatan pula boleh menjdkan globalisasi sbg peluang mereka utk mengembangkan sayap perniagaan di peringkat antarabangsa.
5) dari aspek perhubungan&komunikasi, masyarakat menggunakan teknologi spt internet,komunikasi satelit dan telefon. sbg contoh: malaysia boleh melancarkan satelit RazakSat dan PM kita boleh berbual dengan angkasawan pertama Malaysia krn globalisasi.
6)penyerapan pelbagai jenis makanan segera tempatan seperti mknn italian, Barat, China, India ke negara lain.
7)perhubungan antara negara dengan negara lain berlaku dlm tempoh yang singkat..merapatkan jurang antara negara dgn negara walau scr fizikalnya jauh..

keburukan globalisais:
1)pertubuhan dunia digunakan oleh kuasa2 besar spt AS utk menguasai politik dan ekonomi dunia.misalnya, GATT yang bertukar nama kpd WTO menjdkan AS negara yg kukuh utk menjaga kepentingan negara perindustrian maju.
2)kapitalis barat menggunakan IT utk memonopoli aktiviti ekonomi sehingga menindas negara2 miskin..misalnya, krisis kewangan&ekonomi yg menimpa sebahagian negara Asia pd 1997.
3) sesebuah negara akan kehilangan modal insan yg keluar meluaskan perniagaan di negara luar.
4)kerana terlalu mengejar kemewahan dlm pembangunan, kualiti alam sekitar semakin menurun menjejaskan kesihatan.
5)ketebalan fahaman sekular pihak barat menghalang minat terhadap agama ISlam.
6)anak-anak muda yg mudah terpengaruh dgn teknologi canggih spt internet menyebabkan masalah sosial meningkat.
7) pola kehidupan budaya baru menjadi amalan kini spt gayisme dan lesbianisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan