Sabtu, 24 September 2011

cepatnya masa berlalu..


tup,tup,tup dah nak masuk minggu ke 2...ahh cepat jgk masa berlalu..mungkin sbb terlalu sibuk menjadikan aku tak perasan ttg masa... sbnarnya,byk kerja yg masih tidak bereh dtgn aku...asyik tangguh,tangguh,tangguh...huhuhu asg ler yg dimaksudkan... n sikit2 dari kelab debat... setakat ni,alhamdulillah..hidup masih tenang.. Allah sygkan aku.. dilindungi dr segala perbuatan jahat yg boleh menggelapkan hati.. bukan tak buat dosa langsung.. ttp DIA cepat2 memberi keinsafan... sekurangnya aku yakin utk hidup walau aku terasa kdg2 keseorangan dlm perjuangan ini.. dan petang ini, aku nk berkongsi sikit ttg mcm mane kita nak kekalkan semangat dan keyakinan dlm diri kita...kata seseorang,senang jer..pgg dengan ayat "ada ku kisah??" dah 5 orang yg nasihat mcm ni..smpai aku pulak yg berani nasihat org utk berpegang dgn ilmu ada ku kisah.. yg penting,kita jaga akhlak dan adab... baru lah hidup kita sentiasa ada perkara yg baru dan tidak bosan..sbb kita berani menghadapi segalanya... dan berdoalah utk diberi kekuatan dlm menempuh cabaran..doa ialah senjata muslim.. dalam hidup ni,ramai yg nak tgk kita jatuh,bkn nak tgk kita senang!! dan disini jugak aku nak kongsi satu artikel yg aku baca mengenai 4 tips utk membina keyakinan diri supaya terus subur dalam diri kita..=)


Di dalam artikel ini adalah merupakan cadangan tentang bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri yang mungkin dapat membantu anda :

1)Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda.
2) Bina minda yang kuat- Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya.
3)Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda.
4)Memahami konsep keyakinan diri- Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan