Kanak-kanak? siapa mereka?? Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001..Salah satu subjek semester ni iaitu Advokasi kanak-kanak.. so, aku pun try tanya pakcik google, apa tu maksud advokasi.. Menurut Dasar Kanak-Kanak Negara, ada 6 strategi yang dinyatakan untuk mencapai objektif dasar ni.. Antaranya, kelansungan hidup, perlindungan, perkembangan, penyertaan, Advokasi,dan Penyelidikan dan pembangan...Jadi, sbb subjek ni lebih kepada Advokasi, aku nak faham dulu apa tu advokasi..
Objektif 5 Advokasi
1. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak.
2. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk diskriminasi.
3. Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah penganiayaan,pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.
4. Meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak.
5. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak, kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak kepada semua pihak yang berkenaan.
Khamis, 12 September 2013
Rabu, 11 September 2013
dear diary,
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, aku dah masuk semester 7..Syukur tak terkata walaupun lambat sikit dari orang lain..(sabar je le umur dah tua) Syukur sangat2 dah nak habis degree....=) Ya Allah, aku berdoa semoga diperbetulkan niat belajar ini kerana menuntut ilmu demi berjuang di jalan Mu, Berjihad fi sabilillah..untuk mendapat keredhaan Mu ya Rabbi Izzati.. Ya Allah..! Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.. Jadikanlahku seorang wanita yang solehah, anak yang taat kepada umie ayah dan menjadi sahabat yang disayangi semua.. Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku semester ini.. Tetapkanlah iman di dalam hatiku, Ya Allah!! Amin..
Yang benar,
Fathiah Ibrahim
UPM,5.16 PM..
Alhamdulillah, aku dah masuk semester 7..Syukur tak terkata walaupun lambat sikit dari orang lain..(sabar je le umur dah tua) Syukur sangat2 dah nak habis degree....=) Ya Allah, aku berdoa semoga diperbetulkan niat belajar ini kerana menuntut ilmu demi berjuang di jalan Mu, Berjihad fi sabilillah..untuk mendapat keredhaan Mu ya Rabbi Izzati.. Ya Allah..! Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.. Jadikanlahku seorang wanita yang solehah, anak yang taat kepada umie ayah dan menjadi sahabat yang disayangi semua.. Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku semester ini.. Tetapkanlah iman di dalam hatiku, Ya Allah!! Amin..
Yang benar,
Fathiah Ibrahim
UPM,5.16 PM..
Khamis, 15 Ogos 2013
Ramadhan dan Aidilfitri
Alhamdulillah,
sebulan aku berpuasa di bulan yang mulia (tanpa uzur hehe), kemudian sama-sama
bertakbir meraikan aidilfitri...macam biasa, tiap kali raya, masih lagi
dimurahkan rezeki mendapat duit raya..hehe sebab aku kan masih single.. lain
lah akak aku tu, dia dah kahwin..so,kurang la sikit duit raya dia.. Raya
keempat, kitaorg g hantar akak yg baru kahwin tu ke rumah pihak pengantin
lelaki.. majlis ini lambat sikit dari tarikh akad nikah sebab ayah pengantin
lelaki patah paha akibat kemalangan.. hurm.. tu biarlah mereka je yg tahu. Kali
ini puasa aku lain sikit.. banyak yang aku belajar.. soal perkahwinan, soal
kelahiran dan soal kematian..30 hari aku berterawih, ada hari yang malas, aku
tidur dlm masjid sebab jika aku balik rumah, pasti bebelan ayah yang aku terima
hehe... ntah lah kenapa tiap kali aku pergi masjid tepi rumah ni,mengantuk
hanya tuhan je tahu. So, bila geng aku cukup 3 orang (aku, kakak dan adik), kitaorang
beranikan diri ke surau seberang sungai.. keistimewaan sana, hanya 8 rakaat
tapi imam baca “surah besar”...Di bulan puasa ini juga, paling banyak kematian
yang berlaku.. SubhanAllah, untungnya mereka meninggal dunia di bulan Ramadhan
kareem.. kerna diringankan azab kubur.. Ya Allah, biarlah hidup dan matiku di
dalam iman mu...yang paling sedih, ada juga kemalangan yang berlaku di depan
mata aku sendiri.. semoga dipanjangkan umur pakcik yang bermotosikal dirempuh
kereta barangkali atau terjatuh sendiri, habis berdarah mulutnya. . Hati kecil
ini terbayangkan muka ayah.. Semoga Allah melindungi ibubapaku dari bencana
tidak baik.. Dan, ramadhan ke 29, berimamkan saudara aqashah, dia baca doa
qunut yang paling panjang..terharu, sedih dan aku mohon doa padaMu, Ya Allah,
panjang kan lagi umurku untuk Ramdhan seterusnya.. Terasa diri ini untuk
berpuasa di Mekah.. dengan suaranya yang ala2 imam mekah, memang menaikkan
semangat untuk beribadah.. di Aidilfitri, aku gembira sangat...Dengan
celoteh anak-anak saudara, gaduh2 dengan adik beradik.. dengan ayah dan umie
yang selalu baik hati.. Maafkan diri ini, zahir dan batin.. Dan, hati ini bagaikan
terbuka untuk memiliki.. semoga dijodohkan dengan yang terbaik dari keturunan
yang baik-baik untuk ku melahirkan pejuang agama yang terbaik.... Amin ya
Rabbal alamin..
Selasa, 11 Jun 2013
Hati
Astagfiruallah. Hati selalu bercelaru. Lagi-lagi di musim
exam ni. Ada je yang datang mengganggu.. seminggu study week exam ni, terpaksa dikorbankan utk preparation
majlis pernikahan akak.. tak perlah, aku perbetulkan niat.. tolong kerana
Allah.. Syok jugak tgk orang kahwin nih. Walau akak aku dah kenal agak lama
suami dia, tapi seram sejuk jugk tgnnnya, masa majlis akad nikah. Aku hanya
senyum bila dia luah mcm tuh.. Ada juga rasa perasaan cemburu sbb dia
dipermudahkan soal jodoh dan pertemuan.. Bukan I gatal sgt nak kahwin,ok. (tak
nak mengaku) haha bukan.. Cuma , hati
ini sunyi.. Benarlah kisah Adam yang dikurnia kan Hawa kerana sunyi..tp takkan
lah aku nak jadi perigi mencari timba..hehhe.. Mencari cinta bukan senang. Nak
jugak ikut sunnah nabi. Rupa, Harta, Keturunan, Agama pun kena tengok jugak..
Esok pagi sbnarnya ada exam.. smpat lagi layan jiwang.. aduhh otak oh
otak.Penat berhempas pulas study otak, ditambah selsema, aku amik phone
memulakan mukadimah mesej pada seorang kawan yang agak lama tidak
dihubungi.. alangkah sedih, bila hanya kita yang excited...Biarlah. Mungkin bukan jodoh. Tunggu biar sampai dia datang
seikhlas nya sendiri.. Single tak
bermakna tak laku, mungkin ini ujian untuk menghapus dosa dulu. Sekian, meluah
hati yang mahu jiwang karat sekejap. *_*
Perut menggulupur lapar di tengah malam.sob3 nak makan tp
takut gemuk. . asyik kena sindir gemuk jer, sedih jugok ambo!
heheh
Sabtu, 27 April 2013
Jumaat Days.
kesahnya pagi jumaat ni aku kena hantar proposal research method kan... gigih lah niat nak bgn awal pagi, sbb aku punya rujukan dan literature riview tak siap2 lagi..dush2 lepas solat subuh jer, mata ni tak dapat nak buka2.. badan seram sejuk.. mungkin sebb tak ckup tdo smlm.. aku pun rehat lah jap..mg kejap pun, smpai kul 12 baru boleh buka mata. haha roomate, Kak Ayu dan Kak Mairah bising dah suh bangun makan.. aku pun kirim nasi sebungkus kat diaorang. Bangun, tanpa basuh muka dan mulut, aku terus ngadap lappy Aspire One ni, siapkan apa yang patut. diaorang balik, layan makan dan bual2 kejap.. Sambung balik taip itu ini, akhirnya siap gak dengan 60% hati ku puas hati. 40% aku jamin, DR RUMAYA akan bagi kat aku semula, "Fathiah, awak ni berangan ker?? banyak salah nihhh....
lepas jer mandi dan solat zohor, aku kejar bas nak pergi hantar kat fakulti.. bawak payung satu, sebelum hujan, baik sediakan payung. ALhamdulillah, siap segalanya tugasan hari ni... dalam hati, terasa nak hadiahkan diri ni sesuatu lah.. terus mesej Beyla, "jom g wayang" oh nope!!! lepas Asar beyla datang dan aku dah syak, mmg Beyla akan jemput jugak geng2 k14 dia.. so, beramai-ramai lah kitaorang tengok wayang. dan Ini lah pelakon Hero dan Heroin nya...
hahahhahahha bukan di ats ini!!!
ini lah yerrrr...Rushdi Ramli dan Nora Danish..
ceritanya best, utk orang2 yang dah kahwin.. jalan cerita yang ringan utk lepaskan stress dan sebgai hadiah lepas penat buat Proposal (konon) hahahahah
Oh, ok ini penerangan utk gambar di atas sekali.. malam nya, aku bekejaran ke Rumah Pengetua Kolej 13.. utk makan dinner BBQ dengan semua ajk-ajk MGP.. best.. Alhamdulillah, ukhuwwah masih erat.. aku syak, kami semua jadi mcm ni sebab banyak dugaan sebelum MGP nih.. jadi, mcm2 perkara kami buat sama-sama, maka ukhuwwah tuh dah jadi mcm adik-beradik.. so, jangan silap FAHAM!! I'm not her specialfrenzzz. just bestfriend!! dan Semalam juga, ada pembahagian sijil.. yang bestnya,, ttbe jer ayahanda(pengetua) dan ayah(pengurus kolej) bagi aku, Edy dan Husaini anugerah khas.. hahaha nak tergelak pun ada.. apapun, alhamdulillah.. dapat piala sebutir! yang ni nak jaga leklok sbb anugerah khas tahun lepas dah patah dan aku buang gtu ajer. =(
pinjam gambar Edy! haha
Khamis, 25 April 2013
sibuk tetapi kosong jiwa.
Ya Allah!!seminggu dua ni memang aku sangat sibuk dengan Asg, emcee MGP (dinner kolej) dan sibuk dengan aktiviti harian. tetapi kenapa jiwa kosong?? aduhai Tuhan, berkatilah apa yang aku lakukan. jangan biarkan aku lagha dengan tidur,tidur, tidur. ini sebab stress lah terlebih tidur. sekarang pun belum balik lagi ke bilik, Esok hari kena hantar Proposal Research method.. masih belum lengkap... risau kemain.. malam ni nak stay up. tapi belum settle lagi.. aduhahhhhhh risau!!! Ya Allah!! permudahkan segala urusanku...
minggu ni jugak macam2 masalah timbul.. aduhhh berselisih faham dengan sahabat2 pula.. tak pe lah, tolak ketepi dulu semua ni.. dan, dan, Alhamdulillah..keputusan TOCIE iaitu syarat bergraduat telah kuar..dan aku dapat band 4.. mujur lulus.. tp apa pun ada ramai lagi yang dapat the best dari aku.. tak kesahlah, yang penting lulus.!sujud syukur. dan, minggu depan, 5 Mei, hari mengundi.. aku masih terkial-kial tak der tiket nak balik. ingat adik dah tolong berehkan tapi ada masalah lah pulak.. huhu
dan minggu ni jugak, dapat satu berita buruk, anak saudaraku kena penyakit kuman dalam darah. habis bengkak2 pahanya.. kesian adik Ifwat Hafiy. smoga kakak dan abg ipar tabah lah jaga anaknya yang sakit.. Aku sayang Ifwat sebab pernah aku jaga dia sampai seminggu masa akak kena kemas rumah pindah Ganu. dia manja sangat.. risaunya. semoga tidak ada apa-apa lah!!
Emcee MGP?? hurm, tak der perasaan nak citer..mungkin sebab pengalaman kali kedua, maka debarannya biasa2 jer.. apa pun, Thanks Along, Ira, Cty yang sanggup turun padang mekapkan aku..=) dan ini lah hasilnya malam itu..!!
minggu ni jugak macam2 masalah timbul.. aduhhh berselisih faham dengan sahabat2 pula.. tak pe lah, tolak ketepi dulu semua ni.. dan, dan, Alhamdulillah..keputusan TOCIE iaitu syarat bergraduat telah kuar..dan aku dapat band 4.. mujur lulus.. tp apa pun ada ramai lagi yang dapat the best dari aku.. tak kesahlah, yang penting lulus.!sujud syukur. dan, minggu depan, 5 Mei, hari mengundi.. aku masih terkial-kial tak der tiket nak balik. ingat adik dah tolong berehkan tapi ada masalah lah pulak.. huhu
dan minggu ni jugak, dapat satu berita buruk, anak saudaraku kena penyakit kuman dalam darah. habis bengkak2 pahanya.. kesian adik Ifwat Hafiy. smoga kakak dan abg ipar tabah lah jaga anaknya yang sakit.. Aku sayang Ifwat sebab pernah aku jaga dia sampai seminggu masa akak kena kemas rumah pindah Ganu. dia manja sangat.. risaunya. semoga tidak ada apa-apa lah!!
Emcee MGP?? hurm, tak der perasaan nak citer..mungkin sebab pengalaman kali kedua, maka debarannya biasa2 jer.. apa pun, Thanks Along, Ira, Cty yang sanggup turun padang mekapkan aku..=) dan ini lah hasilnya malam itu..!!
Dr Rumaya tanya aku, "bertunag ke???" hahaha
Library UPM..betapa gemuknya aku.. huhu
Ahad, 14 April 2013
alkisah cuti
Alhamdulillah..masih diberi nafas yang panjang oleh Allah S.W.T.. seminggu bercuti dirumah sempena "midsem break"..banyak cerita yang berlaku dirumah. Selain teman kak aku yang akan berkahwin bulan 6 ni pergi buat kad,beli itu ini, aku berusaha menolong umieayah kemas rumah, mop lantai, sapu sana sinii..sebab lantai rumah sebelum ni dah ditukar ke mozek.leceh sikit pakai mozek ni , bila ada debu je, kaki mesti jadi hitam. so, kena gigih sikit lah mengemopnya.. kerja sekolah? memang tak sempat lah nak tengok buku/nota kat rumah..sepanjang cuti sem ni jugak, banyak kisah politik bermain dibibir keluarga aku.. parti A/parti B yang mahu dipilih.. mengikut sejarah keluarga, memang sah-sah lah akan undi parti A. Tapi, aku masih dalam dilema.. masih menganalisis mana yang benar, mana yang hanya pandai bermain kata.. nak pilih pemimpin ni, memang susah.. kalau nak kata jangan pikir sangat lah hal2 politik ni.. tak boleh! sebab dalam kubur nanti akan dipersoalkan, siapakah pemimpin kamu?? nak jawab apa?? tanya Iman! biarlah 5 Mei ini akan menjawabnya.. cuti lagi.. semester ini paling kerap aku balik rumah..ye le, nanti study week pun kena balik jugak. ! kak Wasilah nak kahwin! dan di cuti semester ini, aku dan sahabat, ARELONG gigih mencari tempat praktikal.. Alhamdulillah, 2 tempat aku pohon.. PPD Pasir Puteh dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.. Pejabat tanah dah bagi kelulusan.. tunggu jawapan daripada PPD jer.. ikutkan hati, nak praktikal di PPD.. tapi, mcm best jugak kerja di Pejabat Tanah..semoga ada petunjuk nanti.. Isu lain pula, 2 pasang baju kurung untuk digunakan nanti praktikal dah siap tapi yang geramnya, lepas dibasuh, aku jemur lah dalam bilik. si tikus gigit baju baru tuh!! ah geram. dugaan2. haha apa2 je le tikus hoi.
semoga imanku terjaga dan diberi kesempatan untuk solat berjemaah.. Ya Allah! permudahkan segala urusanku, kedua ibubapaku, dan seluruh umat islam di Dunia ini! Amin..
selamat bekerja semula sebagai Pelajar! Chaiyok!!!
semoga imanku terjaga dan diberi kesempatan untuk solat berjemaah.. Ya Allah! permudahkan segala urusanku, kedua ibubapaku, dan seluruh umat islam di Dunia ini! Amin..
selamat bekerja semula sebagai Pelajar! Chaiyok!!!
Langgan:
Catatan (Atom)





