Alhamdulillah..masih diberi nafas yang panjang oleh Allah S.W.T.. seminggu bercuti dirumah sempena "midsem break"..banyak cerita yang berlaku dirumah. Selain teman kak aku yang akan berkahwin bulan 6 ni pergi buat kad,beli itu ini, aku berusaha menolong umieayah kemas rumah, mop lantai, sapu sana sinii..sebab lantai rumah sebelum ni dah ditukar ke mozek.leceh sikit pakai mozek ni , bila ada debu je, kaki mesti jadi hitam. so, kena gigih sikit lah mengemopnya.. kerja sekolah? memang tak sempat lah nak tengok buku/nota kat rumah..sepanjang cuti sem ni jugak, banyak kisah politik bermain dibibir keluarga aku.. parti A/parti B yang mahu dipilih.. mengikut sejarah keluarga, memang sah-sah lah akan undi parti A. Tapi, aku masih dalam dilema.. masih menganalisis mana yang benar, mana yang hanya pandai bermain kata.. nak pilih pemimpin ni, memang susah.. kalau nak kata jangan pikir sangat lah hal2 politik ni.. tak boleh! sebab dalam kubur nanti akan dipersoalkan, siapakah pemimpin kamu?? nak jawab apa?? tanya Iman! biarlah 5 Mei ini akan menjawabnya.. cuti lagi.. semester ini paling kerap aku balik rumah..ye le, nanti study week pun kena balik jugak. ! kak Wasilah nak kahwin! dan di cuti semester ini, aku dan sahabat, ARELONG gigih mencari tempat praktikal.. Alhamdulillah, 2 tempat aku pohon.. PPD Pasir Puteh dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.. Pejabat tanah dah bagi kelulusan.. tunggu jawapan daripada PPD jer.. ikutkan hati, nak praktikal di PPD.. tapi, mcm best jugak kerja di Pejabat Tanah..semoga ada petunjuk nanti.. Isu lain pula, 2 pasang baju kurung untuk digunakan nanti praktikal dah siap tapi yang geramnya, lepas dibasuh, aku jemur lah dalam bilik. si tikus gigit baju baru tuh!! ah geram. dugaan2. haha apa2 je le tikus hoi.
semoga imanku terjaga dan diberi kesempatan untuk solat berjemaah.. Ya Allah! permudahkan segala urusanku, kedua ibubapaku, dan seluruh umat islam di Dunia ini! Amin..
selamat bekerja semula sebagai Pelajar! Chaiyok!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan