Rabu, 27 Mac 2013

dengan rasa yang ada...


Hati,
sudah lama dibuka..
untuk cinta hadir.
iman senipis kulit bawang,
tidak berjaya menangkis..
akhirnya, hati dikotori dengan cinta nafsu..
dulu.. penuh dengan liku.

kini,
hati Terbuka sendiri..
bertenang mencari keikhlasan,
semoga tidak tertipu lagi..
dengan bisikan cinta palsu manusiwi..
bersediakah mental ini?
melihat bunga dan kumbang bersatu lagi?
biarlah takdir yang menentu..

aduh,
sakitnya diri..
bila rasa itu ada..
tidur malam lena,
bertambah lena..
giat mencari ilmu..
 tebalkan iman..
agar rasa ini mendapat restu Illahi.

buatmu disana,
tidak mahu kumenaruh apa rasa,
biarkan kalbu sahaja yang menyapa..
tidak mahu bersedih andai tiada apa-apa,
agar aku kuat..
sekuat hati Siti Aishah r.a..
MAMPUKAH AKU??

andai benar rasa ini akan disahkan nanti..
gembiranya aku tidur..
tidak berpelukkan resah dan kesal
menatap segala memori bersama,
dengan senyum manja..
ingin sekali menepis peristiwa pahit dulu kala..
ya, itu pasti..
syurgakan di bawah tapak mu??

jika tidak dengan nya..
tak mengapa,.aku dah biasa

dengan rasa yang ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan