Khamis, 24 Oktober 2013

Bahagia vs Loneliness


Mengikut teori Attractiveness, remaja dan dewasa awal dikatakan mengalami kesunyian yang lebih berbanding orang2 tua. Disebabkan kekurangan Social Skills untuk mengurangkan rasa itu.. So, aku nak kongsi 5 steps untuk kita untuk kekal sentiasa happy yang di selongkar dalam facebook.. He2.. 

1. Bebaskan hati kita dari rasa iri hati, dengki, benci pada saudara sendiri & semua penyakit hati. jom bersihkan hati!
2. Bebaskan fikiran kita dari segala pemikiran yang negatif, pasrah kepada-NYA & positif thinking lah selalu.
3. Hiduplah dalam keadaan sederhana.
4. Berikan lebih banyak hartamu untuk bekal di akhirat kelak (Berzakat & Bersedekah)
5. Jangan banyak mengharap pada mahluk-Nya , tapi banyakkan berdoa & meminta kepada-Nya, gantung pengharapan hanya kepada-NYA meminta & memohon segala sesuatu, telus ikhlas dalam menolong sesama manusia tanpa mengharapkan balasan. 




Selasa, 22 Oktober 2013

sedih.

Sedih dengan diri sendiri.. kecewa tak terkata.. semoga airmata yang menitis menghapus dosa silam.. mungkin belum tiba masanya untuk berkasih sayang.. dia layak dapat yang sepatutnya. Ya Allah, berikan ketenangan kepada hatiku.. Amin.. Fokus belajar sudah..


Isnin, 7 Oktober 2013

KORBAN DAN RITUAL AGAMA (from En.KhairulAfsan)

Kalau pengorbanan itu sekadar kita memberi lebihan dari apa yang dimiliki, kita sekadar kumpul pahala yang difikir mampu tunggang kita ke syurga. 

Semoga ibadah korban tidak hanya menjadi satu lagi ritual agama. Seharusnya dilihat, diamati dan ditarik masuk ke dalam hati kerana di situ tempat jatuh pandangan Allah.

”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.”
(Al-Hajj: 37)

Kisah 3 nabi berbeza, Adam, Ibrahim dan Muhammad, peristiwa Qurban ini menjujuk makna yang sama, pengabdian pada Tuhan dan perjuangan menegakkan namaNya.

Hari ini Islam sampai kepada kita atas pengorbanan Nabi dan para sahabat. Selesai Haji Wida dalam salah satu musim haji seperti yang tercatit di lantai sirah, maka bertebaran para sahabat keluar dari Makkah, berkorban menyebarkan agama Allah.

Apa mereka berdakwah atas masa yang terluang, harta yang berlebihan atau sesuatu yang terlebih dari milik mereka? Mereka korbankan segala-galanya di dunia. Segala-galanya. Korbankan keluarga, harta benda, tenaga, malah kehidupan mereka untuk agama itu sampai pada kita.

Pada hari Raya Quban ini, perlahan-lahan kita bertanya pada hati, kalaupun pengorbanan kita tidak sebesar sahabat Nabi, sudah cukupkah kita berkorban untuk setidak-tidaknya, generasi Islam yang lahir kemudian, mengenal Islam pada keindahan bukan warisan baka keturunan.

KITA BIMBANG ISLAM DIFAHAMI DARI MANUAL DAN RITUALNYA BUKAN PADA NIKMAT DAN ROHNYA.

Carilah Islam dalam kehidupan. Keindahannya tersirat pada makna ibadah yang disyariat. Namun keindahannya akan mati kalau yang dikejar pahala dan bukan hati yang mencari Ilahi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Rabu, 2 Oktober 2013

MENGENAL TUHAN

Mencari Tuhan.

aku hidup kerana aku ada Tuhanku. dan setiap dari kita rasa benar-benar hidup atas rasa itu. Rasa berTuhan. Tuhan hadir dalam tiap hati manusia melalui perantaraan agama. melalui ajaran agama perasaan mengenal Tuhan semakin menggunung atau membukit atau hanya sekadar membusut. kerana itu orang yang tak punya agama lazimnya tidak jua percaya adanya Tuhan. aku bersyukur kerana Tuhanku adalah sebenar-benar Tuhan . Allah Maha Perkasa lagi Maha Perkasa.

Imam Al Ghazali menghabiskan separuh dari riwayat hidupnya mencari dan mengenal Tuhan kendatipun ilmu agama sudah penuh di dada.. kita? apa benar-benar mengisi kurnia usia untuk ikut jejak yang sama? kita kenal Tuhan dari warisan bukan memlaui usaha dan benar-benar nikmati erti sebuah pencarian. kerana mengenal Tuhan " makrifatullah' itu adalah satu nikmat yang terkata hebat lagi besar. hingga ada sahabat pernah berkata alangkah ruginya kamu jika mati dan meninggalkan dunia sebelum merasa nikmat hidup dunia. lalu bertanya, apakah nikmat dunia.. maka dia menjawab, nikmat yang agung di dunia adalah mengenal Tuhan.

Cari lah Tuhan. Kenallah Tuhan. kita tidak mahu taqlid buta dan menerima agama sebagai warisan dan sebahagaian dari perjanjian keturunan. kerana yang menentukan kita ke surga bukan semata berat pahala di banding timbangan dosa, sebaliknya betapa dekat hati kita mengenal DIA.

dalam kisah seorang pelacur memberi seekor anjing minum di dlaam kasutnya, Tuhan hantar dia ke syurga bersama pesanan pada manusia.. ini kisah Pelacur ( paling hina di mata  manusia) membantu anjing ( haiwan alig hina di mata manusia ). ada sebabnya yang paling teruk ( manusia dan binatang ) dan simbolika antara hati manusia dan Tuhannya.

sekadar apa yang saya fikir dan rasa.

wallahualam



Khamis, 12 September 2013

Kelas Advokasi Kanak-kanak dan Remaja..

Kanak-kanak? siapa mereka?? Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001..Salah satu subjek semester ni iaitu Advokasi kanak-kanak.. so, aku pun try tanya pakcik google, apa tu maksud advokasi.. Menurut Dasar Kanak-Kanak Negara, ada 6 strategi yang dinyatakan untuk mencapai objektif dasar ni.. Antaranya, kelansungan hidup, perlindungan, perkembangan, penyertaan, Advokasi,dan Penyelidikan dan pembangan...Jadi, sbb subjek ni lebih kepada Advokasi, aku nak faham dulu apa tu advokasi.. 

Objektif 5 Advokasi

1. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat akan pentingnya penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak.

2. Meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga dan masyarakat mengenai hak kesamarataan kanak-kanak daripada sebarang bentuk diskriminasi.

3. Memantapkan program sedia ada dan memperkenalkan program yang sesuai bagi mencegah penganiayaan,pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

4. Meningkatkan kesedaran ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan pentingnya pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak.

5. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hak, kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak kepada semua pihak yang berkenaan.

Rabu, 11 September 2013

dear diary,

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, aku dah masuk semester 7..Syukur tak terkata walaupun lambat sikit dari orang lain..(sabar je le umur dah tua) Syukur sangat2 dah nak habis degree....=) Ya Allah, aku berdoa semoga diperbetulkan niat belajar ini kerana menuntut ilmu demi berjuang di jalan Mu, Berjihad fi sabilillah..untuk mendapat keredhaan Mu ya Rabbi Izzati.. Ya Allah..! Semoga dipermudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.. Jadikanlahku seorang wanita yang solehah, anak yang taat kepada umie ayah dan menjadi sahabat yang disayangi semua.. Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadaku semester ini.. Tetapkanlah iman di dalam hatiku, Ya Allah!! Amin..


Yang benar,
Fathiah Ibrahim
UPM,5.16 PM..


Khamis, 15 Ogos 2013

Ramadhan dan Aidilfitri

Alhamdulillah, sebulan aku berpuasa di bulan yang mulia (tanpa uzur hehe), kemudian sama-sama bertakbir meraikan aidilfitri...macam biasa, tiap kali raya, masih lagi dimurahkan rezeki mendapat duit raya..hehe sebab aku kan masih single.. lain lah akak aku tu, dia dah kahwin..so,kurang la sikit duit raya dia.. Raya keempat, kitaorg g hantar akak yg baru kahwin tu ke rumah pihak pengantin lelaki.. majlis ini lambat sikit dari tarikh akad nikah sebab ayah pengantin lelaki patah paha akibat kemalangan.. hurm.. tu biarlah mereka je yg tahu. Kali ini puasa aku lain sikit.. banyak yang aku belajar.. soal perkahwinan, soal kelahiran dan soal kematian..30 hari aku berterawih, ada hari yang malas, aku tidur dlm masjid sebab jika aku balik rumah, pasti bebelan ayah yang aku terima hehe... ntah lah kenapa tiap kali aku pergi masjid tepi rumah ni,mengantuk hanya tuhan je tahu. So, bila geng aku cukup 3 orang (aku, kakak dan adik), kitaorang beranikan diri ke surau seberang sungai.. keistimewaan sana, hanya 8 rakaat tapi imam baca “surah besar”...Di bulan puasa ini juga, paling banyak kematian yang berlaku.. SubhanAllah, untungnya mereka meninggal dunia di bulan Ramadhan kareem.. kerna diringankan azab kubur.. Ya Allah, biarlah hidup dan matiku di dalam iman mu...yang paling sedih, ada juga kemalangan yang berlaku di depan mata aku sendiri.. semoga dipanjangkan umur pakcik yang bermotosikal dirempuh kereta barangkali atau terjatuh sendiri, habis berdarah mulutnya. . Hati kecil ini terbayangkan muka ayah.. Semoga Allah melindungi ibubapaku dari bencana tidak baik.. Dan, ramadhan ke 29, berimamkan saudara aqashah, dia baca doa qunut yang paling panjang..terharu, sedih dan aku mohon doa padaMu, Ya Allah, panjang kan lagi umurku untuk Ramdhan seterusnya.. Terasa diri ini untuk berpuasa di Mekah.. dengan suaranya yang ala2 imam mekah, memang menaikkan semangat untuk beribadah.. di  Aidilfitri, aku gembira sangat...Dengan celoteh anak-anak saudara, gaduh2 dengan adik beradik.. dengan ayah dan umie yang selalu baik hati.. Maafkan diri ini, zahir dan batin.. Dan, hati ini bagaikan terbuka untuk memiliki.. semoga dijodohkan dengan yang terbaik dari keturunan yang baik-baik untuk ku melahirkan pejuang agama yang terbaik.... Amin ya Rabbal alamin..