Mencari Tuhan.
aku hidup kerana aku ada Tuhanku. dan setiap dari kita rasa benar-benar hidup atas rasa itu. Rasa berTuhan. Tuhan hadir dalam tiap hati manusia melalui perantaraan agama. melalui ajaran agama perasaan mengenal Tuhan semakin menggunung atau membukit atau hanya sekadar membusut. kerana itu orang yang tak punya agama lazimnya tidak jua percaya adanya Tuhan. aku bersyukur kerana Tuhanku adalah sebenar-benar Tuhan . Allah Maha Perkasa lagi Maha Perkasa.
Imam Al Ghazali menghabiskan separuh dari riwayat hidupnya mencari dan mengenal Tuhan kendatipun ilmu agama sudah penuh di dada.. kita? apa benar-benar mengisi kurnia usia untuk ikut jejak yang sama? kita kenal Tuhan dari warisan bukan memlaui usaha dan benar-benar nikmati erti sebuah pencarian. kerana mengenal Tuhan " makrifatullah' itu adalah satu nikmat yang terkata hebat lagi besar. hingga ada sahabat pernah berkata alangkah ruginya kamu jika mati dan meninggalkan dunia sebelum merasa nikmat hidup dunia. lalu bertanya, apakah nikmat dunia.. maka dia menjawab, nikmat yang agung di dunia adalah mengenal Tuhan.
Cari lah Tuhan. Kenallah Tuhan. kita tidak mahu taqlid buta dan menerima agama sebagai warisan dan sebahagaian dari perjanjian keturunan. kerana yang menentukan kita ke surga bukan semata berat pahala di banding timbangan dosa, sebaliknya betapa dekat hati kita mengenal DIA.
dalam kisah seorang pelacur memberi seekor anjing minum di dlaam kasutnya, Tuhan hantar dia ke syurga bersama pesanan pada manusia.. ini kisah Pelacur ( paling hina di mata manusia) membantu anjing ( haiwan alig hina di mata manusia ). ada sebabnya yang paling teruk ( manusia dan binatang ) dan simbolika antara hati manusia dan Tuhannya.
sekadar apa yang saya fikir dan rasa.
wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan