Isnin, 15 Mei 2017

Keguguran 😢

Bulan 3 aku dpt tahu pregnant..syukur dan gembira.. pertama kali merasa nikmat muntah2, tak lalu makan dan emosi tak stabil... mmg pedih nak hadapi tp syukur sekurangnya ada nikmat ni..tak sabar nak tgk wajah babyku.. tp rezeki ini sementara shj.. baby pergi... Dr sahkan tak dapat jumpa heartbeat baby walau dah 12 minggu mengandung.. aku pelik juga..lepas 2 bulan tu, terus tak de rasa loya2... tp darah tak turun..

Cuma sekali je sakit belakang dan sikit pendarahan...Dr alwani dah ingatkan mungkin "ancaman keguguran"...diberi ubat kuatkan rahim...makan...lusanya ada kena scan dengan kk selising..Dr marah sbb amek ubat tu..scan situ tak jelas..kata baby tak de dlm kantung... pergi scan dgn kak ipar, Dr Rusni di kk tanah merah...baby dan kantung ada...cuma heartbeat tk kedengaran sdgkan minggu ke 8 sudah patut ada...aq masih sedih...teringat semula kisah seblm tu... ada sedikit perbezaan pendapat. Aq nak buka buku merah, suami ikut je.. tp nasihat ramai kata tak pyh buka lg..kakak suruh buka je sbb ni pregnancy yg pertama..

Dan aq terpacul ayat..."bukan nak mengandung sgt"...Allahu...rasa bersalah sampai skrg.. baby...maafkan ibu..baby merajuk...terus tk de perkembangan.. dan 11 Mei..Dr beri kaedah kemam ubat cytotex untuk cuci..bukan D&c / erpoc.... hari jumaat 12 Mei..pagi2 lg aku kemam...perut mula sakit dan memulas..darah belum keluar..kejut suami nak balik rmh umie..bukan tak selesa di rmh ma suami..nak umie jugak utk tenangkan hati ni..terima kasih mie dan suami sentiasa ada masa sakit perut.. tgh hari tu keluar la seketul daging..belum berupa babyku..aku sedih..pendamkan sahaja... cuba untuk redha..sampai skrg air mata masih menitis...bukan terlalu berharap untuk mengandung..tp aq tak sabar nak jaga baby sendri.. suami bukan tak memahami..dia cuba rasionalkan keadaan..aku yang emosi.

😕😢 Ya Allah..kuatkan semangatku...berat hati ini nk lupakan 'Mohd Thoriq'...biarlah baby baru 14 minggu di hari perginya....ibu letak nama untuk mengenangmu yg pernah hadir di rahim ibu ini...ibu sayang 'Thoriq'....maaf tidak menjaga dengan baik...Ya Allah...murahkan rezeki ku untuk mendapatkan lagi anak yg soleh dan solehah...Ya Allah bantu lah aku siapkan report dan tesis master ini..Ya Allah, mudahkan lah aku mendapat pekerjaan..Amin...

Selasa, 2 Mei 2017

Ketenangan

Ya Allah..diri ini tak kuat untuk menghadapi segala dugaan ini... aku damba ketenangan hati dan fikiran...aduhhh banyak sungguh benda yang berserabut dlm fikiran ni... dengan report kajian yang aku tak sentuh2 lagi...tesis yang ntah ke mana.. apakah nasib master aku...dengan pengangguran yg terpaksa aku hadap dengan persoalan ramai orang... duit makin menyusut..aku tak risau..cuma penim mana nak cari duit yuran sem seterusnya dan yuran untuk kolej k13...ini la akibat tak de simpanan sendri..😢 dan yang paling tidak menenangkan jiwa dan raga ialah...baby ku...nape baby tak de heartbeat...ibu gembira sgt baby nak hadir ke dunia ni... tp ujian tuhan...baby mungkin sudah tiada..alahan hamil pun dah hilang... tp tanda2 darah nak keluar belum ada... baby suka duk dlm perut ibu ye...duduk la sayang...sampai benar2 ibu jumpa kepastian 11 mei ni...andai dirimu bukan rezeki untuk ibu jaga...damai la disana nak...insyallah...Allah akan hadirkan dirimu sekali lagi nanti...amin...

Rumahtangga tidak manis sentiasa..aku kena kuat semangat...sabar..sabar....suami ini sudah yang terbaik..cuma..masa yang diperlukan untuk lebih memahami satu sama lain.. Ya Allah..aku dambakan ketenangan dari Mu...amin..

Jumaat, 10 Mac 2017

silap ke??+_+

Memang tak boleh salahkan takdir.. tak baik bercakap guna perkataan "kalau".. lately, aku mmg stress.. mcm2 masalah kesihatan.. masalah tak nak buat laporan akhir... masalah tak tahu nak taip apa tesis ni.. boleh dop... terakhir malam ni aku nak ckap... "kalaulah tak terjebak dengan master ni, apa aku sekarang ye??" kerja ke? atau duduk senyap di rumah? atau berkahwin dan jaga suami dan anak je? emmm ni la aku bila terasa hidup seperti gelappppp sahaja.. hanya Allah penguat semangat aku.. bila solat, bila baca quran, bila berdoa...rasa tenang hati sikit.. tapi bila aku jauh dengan Allah.. terasa Allah lagi jauh dengan aku.. arhhhh ni mula nak menangis... 

sebenarnya... apa aku nak??? aku nak tempat selesa menulis? selesa sangat pun aku boleh tidur.. aku boleh tdur dengan tenangnya di library upm. . haha aku tekad nak balik kg, menulis di rumah aku.. terjamin kah aku boleh menulis? aku rasa bakal kena buat kerja rumah dan tdur jgk je ni.. duduk di UPM? kolej 13? siang hari spt malam... malam pula, aku banyak mengelamun..kena insaf ni.. cari balik semangat aku.. kena cr balik niat belajar ni.. Ya Allah.. bantu la hamba mu ni untuk berusaha gigih!!!kembalikan semula minat belajar aku Ya Allah +_____+

sebenarnya meroyan ni sbb tiada idea nak tulis laporan akhir kajian dan selepas berbual dengan roomate.. kadang2 aku terfikir ..mcm mana orang lain boleh siap tesis dgn cpt.. kenapa aku selalu diserabutkan dengan benda2 lain.. adusss td baru dengar tazkirah.. semua orang diberi masa yg cukup oleh Allah.. 24 jam.. diri sendiri jer rasa mcm tak cukup masa..  bukan tak cukup masa.. tapi aku tak pandai nak gunakan masa.. bagi tilam dan bantal.. tdo sepuasnya.. bosan juga tidur banyak ni... aku sndri pun tak faham dengan diri sendri.. tak takut ke tak boleh konvo? hehe takutttt!!!!!!!!!!!!! 
 
lepas penat fikir pasal tesis.. aku nak fikir pasal suami pulak.. susahnya nak pehe suami. ZZZZZZZ

Jumaat, 17 Februari 2017

belajar bersyukur atas segala nikmat

alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan Tuhan pada diri ini.. bersyukur dapat seorang teman yang menceriakan setiap hari..ada family yang gembirakan hati ini. sebulan cuti di rumah. Tak tahu nak mula cerita yang mana. Haaha banyak sangat nasihat, teguran dan cerita yang banyak bagi otak aku ni berfikir. Umi la paling banyak bagi pesanan ringkas tapi padat. Aku kot yang tak matang. selalu sakitkan hati mie...maafkan kakya mie.. =( i love u mie.. sedar diri...aku ni tak reti sabar & selalu bergurau kasar. emmm mana nak cari kesabaran dan kelembutan ni ^_^ semoga sang suami tabah mendidik aku ^_^..

kesimpulannya, aku rasa ..hidup ni tak semudah kita rancang dan jangka.. Silap besar la bila aku fikir orang yang akan hidup dengan aku akan sama pemikirannya dengan aku..suami isteri walau bersatu jasad.. fikirannya masih tetap tidak sama..aku kena belajar lagi untuk ambil hatinya.. kena kuatkan semangat bila berjauhan. Kena belajar sabar bila berbeza pendapat. Huhu bukan senang rupanya nk bahagiakan rumahtangga.. semoga Allah berikan aku kekuatan. Semoga Allah pelihara rumahtangga ini.. tak sabar nak balik! tak sabar nak habis master! tak sabar nak kerja! tak sabar nak ada baby!

Ya Allah...permudahkan urusanku, suamiku, kedua ibu bapa ku, ahli keluarga, sahabat2 dan semua muslim di dunia ni..amin..

Ahad, 1 Januari 2017

selamat tahun baru 2017

sebenarnya sudah sebulan kita masuk tahun baru.. jika ikut kalendar Islam, memang dah umur 28 tahun sebulan yang lepas. Makin meningkat umur ni, semakin sedar diri dengan masa-masa yang dah terbuang. 23 hari bergelar isteri.. hurmm..masih dalam proses mengenali en.rafizi. Aku ingat mudah untuk handle perasaan ni lepas kahwin.. Rupanya makin susah. sesak rasanya nafas setiap kali teringat pada dia. Rindu ke gini..sayu rasa stp kali teringat dia di sana..  istigfar.. semoga kami sentiasa dilindungi.. Aku yakin dia okey di kg.. aku pun akan cuba untuk okey2 saje disini.. rasa nak menangis..cuba kuatkan hati.. berjuang untuk master.. sikit lagi nak siap tesis ni.. ya allah.. pujuk diri..kalau balik kg pun.. bukan boleh buat kijo.. bertabahlah hati. aku yakin aku boleh! kesian fikir mie ayah dah lama duk hbis duit utk aku.. Aku yakin en, rafizi oke.. =)

Selasa, 27 Disember 2016

semoga terus berbahagia

Alhamdulillah..selesai majlis belah aku dan encik rafizi.. syukur pada Mu Ya Allah..cuaca yang baik dan majlis berjalan lancar.. 19 hari sudah aku dah jadi isteri. Bahagia? tipu la kalu tak bahagia.. nikmat rupanya berkahwin ni.. Ya Allah.. kuatkan semangat ku. duduk jauh-jauh dgn suami ni satu je yang menyerabutkan kepala.. saling percaya. kuatkan kepercayaan aku pada dia.. aku yakin dia baik.. aku yakin dia suami yang setia. Jauhkan aku dari bersangka buruk.. Aku yakin.. ma dan ayah dia jaga dia baik-baik..amin.. panjangkan umur kami..panjangkan dan kuatkan jodoh pertemuan kami... tambahkan kasih sayang antara kami.. berikan kami kesihatan yang baik dan murahkanlah rezeki kami.. Semoga kami sentiasa dibawah lindungNya.. rindu suara dia...rindu gelak dia..rindu bau dia..

Ya Allah permudahkan lah master aku..cepat2 habis..penat doh aku kejar benda yang tak siap-siap ni... berikan aku kerajinan... muhasabbah diri sikit...Ya Allah..lembutkan hati ini..lembutkan cara ku..lembutkan percakapanku.. semoga aku boleh menjadi isteri yang terbaik buat dia.. Semoga aku menjadi pendengar yang setia...semoga aku boleh menjadi ibu yang baik.. semoga aku mampu menjaga hati keluarga dia. semoga aku boleh bersama dia lagi disyurgaMu...Amin.. mood sedih je sejak sampai di upm ni.. tak tahu bakpo.. +___________+

i love u rafizi

Selasa, 22 November 2016

bersederhanalah

16 hari lagi menuju hari-hari yang akan mengubah hidup ni.. aku takut sebenarnya nak menghadapi hari2 mendatang.. bertambah takut bila amanah kerja ni tak siap-siap lagi..aku takut ralit dan cuai tak siapkan kerja research bila dah happy sgt kat kg nanti.. Happy ke? harapnya happy.. =) Ya Allah.. saat ni..bercampur segala perasaaan.. nak difikir sangat pun tak guna. hahah emosi tak stabil. redha dan pasrah je lah.. harapan dan selalu berdoa...dia yang terbaik.. boleh jd kawan dan suami yang baik. amin.. dan diri sendri pun kena jadi lebih baik dari hari ini.. huhu aku sebenarnya tak bersedia pun nk kawin.. hahaha banyak benda lg yg aku tak tahu.. tapi aku yakin.. perjalanan hidup akan datang sentiasa di bwah jagaanNya yang maha Esa..insyallah... takut bila tengok ada yang kahwin sebulan dah berpisah.. setahun.. 10 tahun... berpuluh tahun pun akhirnya berpisah.. Ya Allah...lindungilah rumah tangga yang bakal dibina nanti.. semoga bertahan hingga ke jannah.. kuatkan kesabaranku...itu yang aku takut,..aku takut hilang sabar... bila aku hilang sabar...aku mudah nak senyap. bila dah start senyap.. emmm mmg tak tahu lah jadi nya.. hisssshh kena ubah sikap ni.. tak baik.. semoga bersederhana dalam segala bab. Amin.. =)