Pages

Monday, March 31, 2014

Oh sahabat

Rindunya kepada sahabat-sahabatku. Yang dulu selalu suka duka bersama.. Kenapa sekarang ramai menjauh..Maafkan daku wahai sahabat andai pernah berkasar bahasa, tingkah dan laku.. Tadi ada meeting program motivasi yang bakal diadakan di Pulau Redang 2-7 April.. Entah kenapa, semangat aku bagai direntap untuk meneruskan program ini.. Malas, menyampah, serabut bercapur gaul.. Adakah sebab duit aku rm250 da melayang untuk bayaran yurannya? Ahh kenapa hati tak ikhlas ni selalu hadir ketika sahabat-sahabat seperjuangan memerlukan aku sebagai sokongan sosial mereka? Tapi benarkah mereka perlukan aku? Kenapa bahasa yang diucap bukan seperti memerlukan aku? tapi memerli aku. Kenapa bahasa tubuh mereka bukan seperti mahu aku ada, sebaliknya seperti aku keluar dari kumpulan program.. Salah kah nama ku Fathiah? Salahkah aku berumur 25 tahun? salah kah aku bermuka begini kerana ini wajah kurniaan Tuhan padaku. Please.. wahai sahabat.. jangan membenci aku.. aku tak kuat pun tanpa korang semua.. Aku kuat sebab aku ego. Aku kuat sebab aku dah serik menangis kehilangan sahabat. Aku hargai kau, kau hargai aku.. Jangan menjeling aku.. Aku sensitif.. Hati aku sakit.. Tahu tak sahabat?? 


Yang jujur,
Cikya. 

Tuesday, March 18, 2014

Kuatkan semangat ku!

19/3 8.30 malam : Test 1 Fisiologi *tak study
20/3 9.00 pagi: Bincang dgn haziqah modul motivasi
                        kutip sumbangan dgn aras 3
         11.00 tgh hari : Fakulti pendidikan *belajar BI
26/3 8.00 pagi : test 1 Bimbingan kerjaya
27/3 2-3 petang : Test 1 Kognisi dan bahasa


**ganti kelas fisiologi 27&28 maybe ler
**hantar bab 1, 2,3 dan tunjuk pilot test kat dr rumaya.. minggu ni ke minggu dpn??
**report Kaunseling (MINGGU 6)


Saturday, March 1, 2014

impian

Semua orang ada impian..
ada harapan..
Semoga impian dan harapan setiap
orang akan tercapai..
Yang penting kuatkan semangat..
Tambahkan usaha..
Positifkan diri..
Gunakan saluran yang betul..
Bila dah berjaya, hati pun tenang..=)






Sunday, February 23, 2014

Buku bertemu Ruas dan Apa cita-cita aku?

2 Hari satu malam ke Teganu kita... Nannanana.  Best jugak bercuti di Sekayu, Masjid kristal dll.. malas nak cer.. biar lah jadi pengalaman manis dan motivasi untuk aku semangat belajar sem ni lepas hirup udara segar di Kuala Berang. Nak share sikit.. Semalam aku join program sehari: buku bertemu ruas anjuran alumni kolej2 Islam Klang, UPM dan Raudhatus Sakinah.. Program yang sangat manthop.. ini kali ketiga aku join tapi semuanya berbeza corak.. Yer aku sedar, dakwah tu banyak cara, banyak kaedah.. program kali ni lebih santai, dan mendedahkan aku How to handle dan tegur (amar makruf, nahi munkar) manusia-manusia yang telah melakukan kesalahan.. Bisik aku dlm hati, diri sendiri pun tak betul lagi, nak tegur orang pula (Memang tak ler). Tiba-tba, penceramah tu, "Umie dan Ibu" terus bagitau, sampai bila kita nak kata kita belum sempurna??? kalau dah terdetik dalam hati, aku tak suka lakukan perkara2 dosa, maka sudah sempurna kita untuk menegur dan membawa orang lain ke arah kebenaran.. Ya Allah.. mcm boleh baca hati orang pula..Umie dan Ibu ni merupakan CEO dan Pengurus dari Radhatus sakinah..Aku senyum dan dengar sehingga habis 2 sesi ceramah..Mereka yang berada di Radhatus Sakinah bukan pesalah.. kita kena layan mereka mcm biasa.. Jgn cepat menghukum orang! Dan aku paling suka, sesi ke tiga sbb semua orang di bahagi dalam kumpulan dan di suruh melakonkan watak mengikut situasi yang diberi.. Mesti lah aku yang beria je nak berlakon.. Hehe situasi, budak sekolah rendah yang sedang baca komik lucah.. Jadi kita sebagai dewasa, kena tegur.. So, aku, Siha, Kak Iwa (baru kenal) kena berlakon jadi akak-akak yang sedang joging dan ternampak budak2 lakonan Along, Siti,  Nurina (baru kenal) & Nas (baru kenal) sdg bergelak-gelak tengok komik lucah tu.. So po pang po pang kami akak-akak bagi nasihat.. heheh komentar dari penceramah, sebab kita nak tegur ni budak2 sekolah rendah, so kena lah guna ayat yang mudah difahami..  Kumpulan-kumpulan lain pon hebat jugak,.. ada satu kumpulan tu berlakon dah mcm cerita tanah kubur pulak..Kesimpulannya, melalui program ni, aku rasa mcm baru ditegur oleh Tuhan.. Tugas aku sebagai khalifah masih besar peranannya.. Sedih bila mengenang ilmu masih kurang didada.. Bukan tidak mahu mencegah kemungkaran, kadang kala perkara ini la yang selalu dilema menjadi takut untuk dibuat.. Paling lemah cara mencegah ialah membenci dalam hati.. tapi sampai bila? Ubah diri, ubah keluarga, ubah jiran, ubah masyrakat! Insya'Allah!

Kenapa aku join program ni?? Pertama, sebab dah pernah join sebelum ni, program Radhatus sakinah buat jugak, No couple & katakan tidak kepada zina! dua-dua program ni mmg menyentap hati aku.
Kedua, Semoga diri ini masih berpeluang untuk mempelajari seni berdakwah.. Saya budak baru belajar, tolong guide kan! Dan Ketiga, aku pernah silap jugak... pernah tak sedar diri bila remaja.. apa yang aku nak pada masa remaja dulu, ialah ada orang menegur, membimbing dengan cara baik. Jadi, why not aku yang praktiskan dulu.. Hurm (walaupun dok pikir 100x cam ner nak tegur orang buat silap).

Hujung minggu pertama di semester 8..Jom muhasabah diri sendiri..  Adakah aku masih jauh terkebelakang?? saat orang sudah menggapai apa yang di cita, aku masih dok pikir gapo cita-cita aku sebenarnya..Akhir semester ni kena pikir dohhh ke mana halatuju aku lepas ni.. Nak sambung belajar tapi mcm tak mampu je.. Nak kerja kerajaan sekarang bukan senang.. Nak buat bisnes?? Bukan minat.. huhu Susah jugak hidup bila suka memilih sangat. Apa yang hati aku rancang, semoga dipermudah dapat kerja.. serius aku nak kerja!! Perbetulkan niat dulu. Niat kerana Allah.. Kerja sebab nak balas jasa umie ayah walau aku tahu aku takkan mampu membalas semuanya. Allahu Rabbi.

Penat jugak semalaman dok muhasabah diri.. Masih buntu apa rancangan aku lepas ni.. Mmg lah kita hanya merancang.. Tapi Perancangan Allah tidak pernah aku ketahui. Semoga di diberikan yang terbaik bagi ku dalam hidup ni. Masih belum terlambat untuk perbetulkan segala kesilapan dulu. Walau diri ini tidak pernah menjejak kaki di Radhatus sakinah, belum pasti, diri ini layak ke syurga MU. semoga dilindungi diri ini.  Amin..


at masjid kristal

Sunday, February 16, 2014

SEMESTER AKHIR..

Dengan Nama Allah, aku memulakan semester 8 dengan senyuman yang pahit. bergaduh dengan adik bukan perkara yang manis sebenarnya.. sebab ego masing-masing tak mintak maaf.. Arghh mulut kata biarlah, tapi hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa gelisah nya aku dalam situasi mcm ni. huahua kenapa lah adik aku keras hati mcm aku jugak.. sob3. Ok, adik Ma, kak Ya mintak maaf deh.. krik2 dlm blog berani la. Bila berdepan, mulut mcm kena zip bila nak mintak maaf. =(

FYP B ialah antara matlamat yang perlu aku bereskan semester ni.. Walhal, FYP A masih bergantung tidak bertali.. Insya'Allah bakal disentuh mulai esok.. perbaiki proposal dan questionnaire. Dan paling penting, mohon izin dengan KPM utk masuk sekolah2.. Semoga semester ini aku lebih rajin, tabah, warak dan tekun berusaha menyiapkan final year project. 

(rehat jap)..Ramai doh nmpaknya mak cik- pak cik dok tanya pasal jodoh. aduhaii soklan paling tidak digemari wanita ketika usia mcm ni.. mcm mane tak tanya, yang sepupu sepapat aku umur muda2 semua dah kawin.. dan jodoh mereka bukan sebarang orang.. semua dapat yang hebat2.. huhu jgn diungkit fathiah.. belajar biar habis dulu.. kerja dulu.. Jodoh tak lari ke mana.. hiu2..

4 subjek kritikal semester ni.. Motivasi, Fisiologi, Bimbingan kerjaya, Kognisi bahasa.. Dan FYP yang tak tahu bila nak dijilidnya. Adakah Fathiah Ibrahim akan bertukar menjadi power rangers?? Oho.. semoga tidak. 

Tuesday, December 31, 2013

2014

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menjengah tahun baru. Tahun 2014 adalah tahun yang aku tunggu sejak tahun lepas.. heh kenapa? sebab Insyallah bulan 10 nanti aku akan graduate dari status ijazah sarjana muda ni.. Orang kata tahun 2014 adalah tahun harga naik. ye ke? Ya Allah, semoga Malaysia sentiasa dilindungi.. Malam ni, di dataran merdeka ada perhimpunan rakyat.. dan, adik aku pulak semangat sangat pergi turun kat dataran. Aku risau. Semoga tiada apa-apa yang pelik berlaku.

Tahun ni, aku berniat nak ubah cara penampilan aku. Semoga diberikan hidayah.. Aku nak jaga hati umie ayah. aku nak tunjukkan kasih sayang kepada adik beradik. Aku nak hormat orang sekeliling. Aku nak jadi manusia pemaaf. Kepada yang berhutang dengan aku tahun-tahun lepas, aku redha dan maafkan.. semoga mereka bahagia dengan cara mereka.

Penutupan tahun 2013 aku raikan depan laptop je.. tengok sambutan ambang 2014 oleh Ustaz Azhar Idrus.. betapa kacaknya penampilan baru shamsul yusuf & pierre andre. sejuk mata memandang. Tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus yang jd ikutan ramai anak muda. Dan esok bersama kwn2 debat, insyallah nak pergi tengok fadhilah kamsah. amek mood motivasi sikit menempuh hidup yang makin berusia ni. 25 tahun dah!!

Saturday, December 28, 2013

Final Exam semester 7...

Tinggal seminggu lebih je lagi semester 7..sekarang sudah penghujung study week.. satu nota pun aku belum sentuh lagi. Ya Allah, berikan kekuatan untuk hambamu menelaah.. Amin.. Hari ni aku agak happy sebab dapat menumpang kebahagiaan keluarga seseorang yg aku kagum,my lecturer.. Tgh hari tadi pergi melawat rumah Dr. Rumaya... Pensyarah kesayanganku yang pernah ajar subjek stress&coping. Dan selaku my supervisor..aku sebenarnya agak segan nak ke rumah orang ni.. Dengan wajah sekarang yang berjerawat..Tp tadi gagahkan diri sebab Dr ajak aku pun face to face.. Meraikan ajakannya yang bersungguh, aku n 4 org kawan pun gigihlah mencari rumahnya.. Aku yang duduk kat bahagian penumpang duk diam-diam je lah sambil pegang bekas kek coklat yang kami pakat duit nak bagi Dr.. Aku ingat kawan aku yang chinese tu tahu rumah Dr..sebab dia guna gps kemain lagi duk turn right, turn left bagai.. sekali, hahahah alamat rumah dr pun dia tak tahu.. yang driver pulak konfident dok ikut gps tu.. hehehe sekali, sesatttt..makan langsat di kawasan rumah orang kaya2.. Walaupun begitu, best dapat tengok betapa besarnya rumah orang kaya2..Dan, kwn aku sorang lagi gigih telefon Dr.. tanya jln yang betull.. hhaha sekali lagi yg lucu.. yang berckp dengan Dr tak dapat tangkap apa Dr ckp sebab laju sgt pensyarah kesayangku berckp.. dengan tawakal dan bajet2 betul, kami cari alamat sungai merab tu... dan akhirnya sampai lah ke rumah dr.. =)

gambar ni diambil masa nak balik daaa. Dr Rumaya pakai baju purple tu.. Yang lain-lain Insya'Allah bakal pensyarah jugak.. Amin........=)