Selasa, 2 Jun 2015

Hatisakit. Sakithati.

Lama tak update blog. Ya allah.. macam2 berlaku dalam hidup aku. Ditipu kawan sehingga tercampak aku keseorang di Langkawi. Bukan perkara yang lucu. Ye aku boleh je tak nak pergi. Tapi hati aku sakit bila tengok tiket tu. Aku pergi. Sorang2 bermusafir. Mencari di mana salah aku. Dan Alhamdulillah..aku selamat pergi dan balik.. tak pelah..nak marah lama2 pun nanti sahabat fikir aku tak memahami plk.. tak kena batang hidung sendri.. hurmm..nasihat aku kpd yang terbaca blog ni.. walau kau benci sekali pun kat kawan. Jangan kau tipu dia. Mmg aku tak rugi duit pun..Ya Allah.. kuatkan iman dan kesabaran aku. Dan ini kisah kedua..lelaki yang pernah hadir memberi harapan dulu..telah selamat berkahwin dengan orang lain. Jodoh pertemuan dia dengan wanita itu. Tak per.. semoga dia bahagia. Tahniah Dr firdaus.

Selasa, 24 Februari 2015

Syukur masih diberi nyawa..

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah.. masih diberi kesihatan yang baik, akal yang cerdas dan masa yang lapang untuk beribadat kepadaMu.. Ya Allah.. kuatkan iman ini untuk menepis segala dugaan yang boleh menjatuhkan diri ini.. Dekatkan aku dengan hamba-hambaMu yang boleh membawa aku ke taman syurgaMu.. Ikhlaskan hati ini untuk terus mencintaiMu Ya Allah.. Jika ku harus mati.. Pertemukan aku dengan Mu..

Kematian adalah satu peristiwa yang wajib bakal berlaku dalam hidup norma dunia ini.. Telah diciptakan oleh Illahi, bahawa setiap yang bernyawa akan pergi.. Sedih tak terkata, baru-baru ini telah pergi seorang Murrabi, Mujahid, Pemimpin, Pendakwah, Ayahanda, dan segala yang baik boleh diberikan kepada Al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..sebagai rakyat jelata yang hampir 23 tahun dibawah kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar...(1990- 2013)..sedih, hiba, dan terasa kehilangan sangat2 membeku dalam hati ini...

aku masih ingat masa tu darjah 3...walaupun masih belum faham apa itu politik, apa itu pas, umno dan lain-lain, disebabkan Ayah dan Umie semangat sangat bawa anak-anak pergi dengar ceramah pas, aku sekeluarga pergi dengar ler...lagipun masa tu Tok Guru nak datang kg Bukit Abal..Tiba masa tok guru berucap, semua orang menjerit Takbir! Allahuakbar!. Semangat betul masa tu.. Dan masa tu jugak aku belajar untuk bersedekah...Dan disebabkan aku terdedah sejak kecil lagi dengan dunia ceramah Pas, dari situ lah aku belajar untuk bersyarah...tapi belum tentu aku menyokong Pas sepenuhnya.. Abang aku nasihat, kena sokong Pas sebab bawa Islam.. Ye, aku setuju cuma, kita kena tengok banyak sudut...tak boleh sokong juga kalau ada yang tak kena.. Kepimpinan Tok Guru memang aku sokong 100%.. cuma sekarang, nampak lemah sikit pentadbiran kelate... hurmmm ngak tahu lah di mana silap.. malas nak menuduh..

Dunia politik memang tak kan sudah sampai akhirnya.. Di mana-mana pun ada politik.. antara bersih atau kotor sahaja.. Semoga pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz dapat membuka hati dan mata para pemimpin lain bahawa bersederhana dalam penampilan, harta dan tawaduk juga menjamin seseorang pemimpin itu menjadi tokoh terkenal malah bersih daripada rasuah! Takbir! Allahuakbar!


Jumaat, 30 Januari 2015

membaca dan mengantuk

Seminggu ni aku cuba gigihkan diri untuk membaca journal2 bahasa inggeris.. Dengan harapan ada lah bercambah ilmu untuk aku faham tentang cerai berai, fathering, co-parenting dan sebagainya mengenai research aku.. Tapi masalahnya... kenapa aku cepat mengantuk????? nak kata aku kenyang makan, aku just makan biskut dan minum air.. ke Oksigen tak cukup dalam otak ni.. huhuhu tak kira kat pejabat ke, library ke.. aku memang akan tidur kalau mengantuk.. Kat bilik memang tak leh baca.. banyak gangguan (alasan).. nak tgk drama lah.. nak baca novel la.. nak layan kawan berbual lagi.. Hurm... aku dan nak set kan masa 8-1 ptg untuk aku baca dan review journal2 ni.. tapi mengantuk zzzzzzzzzzzzzzzz.... Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. aku rasa badan aku ni tak cukup vitamin c... tak der kecergasan. Itu perkara kedua.. Yang pertama, aku cuba cari doa-doa yang boleh selesaikan mengantuk aku ni.. Alhamdulillah.. rupanya baca je ayat Qursi.. mengantuk ni cuma mainan syaitan je.. nak suruh kita malas.. Bayangkan kat library boleh aku terlelap sampai mimpi pergi kahwin dgn anak raja!! haha.. AstagfiruAllah.. Semoga amalan ini dapat menghilangkan mengantuk dan menambahkan kefahaman aku pada ilmu Mu ini.. Semoga kita semua di bawah keampuananNya. . **raya cina ni hoohoho balik kg!

ayat Qursi

Rabu, 28 Januari 2015

I'm a hardworking!

Assalamualaikum.. Stress juga memikirkan bila masa aku nak habiskan master ni.. Setiap malam tidur pun sudah tak berapa lena... Tapi aku masih di bangku yang sama. Bangku kemalasan yang teramat... huhu Nak research pasal orang yang dah bercerai tapi apa tu talaq??hadhanah??Hak anak? Masih blur2..Tanpa tindakan memang kita akan rasa spt tak faham sampai ke sudah..Jadi mulai hari ini, aku kena tetapkan masa aku untuk membaca.....Ya Allah..permudahkanlah urusan aku untuk menuntut ilmu mu...Sesungguhnya ilmu yang sedikit ini pun aku tak mampu fahami jika tanpa rahmat dan kasih sayang Mu... Ya Allah..hadirkan lah insan-insan yang boleh memberi aku semangat untuk belajar bersungguh-sungguh..Sesungguhnya banyak masa kita akan menghadapi kegagalan namun orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berusaha di setiap masanya..Seandainya saat umur begini masih ditakdirkan untuk belajar, belajar dan belajar, ikhlaskan hati untuk terus tekun dan fokus..

Prof Madya Dr. Fathiah Ibrahim???? Insya'Allah..

Isnin, 24 November 2014

sedih

Untuk menjadi positif, kita kena selalu sebut perkataan yang positif. Sebab? Bila kita keluarkan kata-kata yang baik, positif, hebat, minda kita akan proses perkara yang positif dan digambarkan melalui tingkahlaku kita dengan bertindak menjadi seorang insan yang berakhlak baik, bagus dan hebat.. siapa yang meletakkan garis panduan akan sesuatu hal itu baik atau bagus?Ada pendapat kata, norma masyarakat.. Tapi kena ingat... Kita sebagai umat Islam ada Alquran dan Sunnah.. Percaya dan peganglah dengan apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah dan Nabi Muhammad.. pagi ni aku bukan nak bagi tazkirah..Tazkirah maksudnya peringatan... ini cerita semalam dan sebelumnya pun masih juga diri ini pernah disindir, aku sedikit sedih dengan kata-kata begini..seringkali ada je manusia yang mahu mengingatkan aku dengan kisah silam dulu.. "cheyah, dulu mung suko pakai tudung bawal kecik kacing sebelah, sibai sebelah.. hahaha" katanya seseorang.... huhu bukan aku sensitif.. sedih weh... kita punya lah jauhkan dari mengingat memori daun hitam zaman dulu kala.. Manusia suka berubah.. Jangan doakan aku kembali menjadi muslimah yang tak reti jaga aurat! Nauzubillah! 

Jadi, mulai hari ini, aku mahu, aku dan orang sekeliling aku sebut perkataan yang positif je ok! Mari kita semua mengeluarkan aura positif agar kita lebih jadi rajin, lebih baik dari semalam, dan lebih kuat iman dan taqwa! Mari la mari.. 

Ahad, 21 September 2014

semangat!!

Imam asy-Syafi'i pernah berkata, "sesiapa yang ingin Allah membuka dan menerangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang tidak berguna, tinggalkan dosa dan maksiat, dan hendaklah dia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan Allah SWT."

Jika kita ingin menjadi pelajar yang berjaya, lakukanlah nasihat Imam asy-Syafi'i ini. Jagalah mata, lidah, telinga dan seluruh badan kita daripada maksiat. Jagalah hati kita daripada hasad dengki, buruk sangka, bakhil, dan sifat-sifat mazmumah lainnya. Perbanyaklah ibadah wajib dan sunnah.

Dengan begitu, semoga cahaya Allah SWT akan terus menyala di dalam dada. Manakala cahayanya semakin berkobar. Amin...

(zaman degree) *semoga dipermudahkan urusan untuk konvo bulan 11 niii


Ya, aku baca peringatan tersebut di dalam buku ikon Syabab (pemuda). Ketenangan timbul apabila kita membuka dan membaca buku-buku tazkirah. Selain meningkatkan ilmu agama, aku baca untuk memberi kesedaran kepada diri dan hati ini.. Peringkat master bukan boleh nak main-main macam degree dulu. Sekarang, jika fail/ tidak memuaskan means kena repeat satu semester lagi. Nauzubillah.. Selain penyakit aku yang suka menangguh kerja, pemalas, tak berfikir jauh, aku juga ada satu perangai buruk suka sakit hati walau hal-hal kecik... Macam mana ye nak  ubatkan semua penyakit mazmumah ini.. Huhu . Any cadangan boleh komentar?? =)

Sabtu, 7 Jun 2014

cinta pada tuhan

Tuhan, 
saat aku menyukai seorang teman
ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir
sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Tuhan, 
ketika aku merindui seorang kekasih
rindukanlah aku kepada yang rindu cinta sejati-mu
agar kerinduanku terhadap-mu semakin menjadi

Tuhan,
jika aku hendak mencintai seseorang
temankanlah aku dengan orang yang mencintai-mu
agar bertambah kuat cintaku pada-mu

Tuhan,
ketika aku sedang jatuh cinta
jagalah cinta itu
agar tidak melebihi cintaku pada-mu

Tuhan,
ketika aku ucap aku cinta padamu
biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-mu
agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-mu

sebagaimana orang bijak berucap
mencintai seseorang bukanlah apa-apa 
dicintai seseorang adalah sesuatu
dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti
tapi dicintai oleh sang pencinta adalah segalanya


Ahmad Ammar- Tarbiyah sesudah kematian