Selasa, 17 Mei 2016
kahwin muda~ ke arah mencari redanya
Aku ada baca buku tulisan Aizuddin Hamid bertajuk kahwin muda ke arah mencari redaNya.. Kenapa aku baca? hahha untuk ilmu...umur bukan muda dah.. buku ni jadi inspirasi pd golongan muda untuk memenuhi fitrah dgn jalan yg betul iaitu "kahwin". Bukan mudah nak hadapi hidup alam rumahtangga..dan begitu susah juga la dlm mencari calon yang sesuai untuk kita hidup selama-lamanya. +___+ Buku ni juga boleh jadi panduan pada mereka yg sedang bersiap sedia untuk kahwin.. bukan golongan muda mudi je boleh baca buku ni.. bagi aku semua golongan boleh baca.. penulisan yang santai dan mudah untuk kita faham dengan contoh-contoh penceritaan usrah penulis dengn kwn2nya.. Dan yang paling aku muhasabah diri dan cemburu dgn sucinya cinta selepas berkahwin saudara penulis dan isterinya.. Semoga mereka sentiasa diberi kebahagiaan hingga ke jannah. =).. Semoga remaja2 dan muda mudi yang baca buku ni akan mendapat kebahagiaan seperti penulis buku ni. =) 20 bab dalam buku ni dihurai dengan detail bermula dengan menjelaskan apa itu cinta. Apa pun cinta pd ILLahi adalah segala-galanya.. =) dan paling aku suka bila nasihat saudara penulis iaitu "positif, senyuman, jelaskan".. tiga perkara ini (positive, smile, explain) tak semestinya dipraktis dalam hubungan suami isteri, pasangan bercinta shj.. benda ni penting juga dlm semua hubungan,.dengan ibubapa, adik beradik, kawan2...dengan boss.. =) so...baca la buku ni jika ada masa ye!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan