Selasa, 24 Mei 2016

Surah As-Sajdah

Pada hari Jumaat disunatkan membaca surah As-sajdah ketika menunaikan solat Subuh...=)

Bacaan ketika Sujud sajadah/ sujud tilawah

(Wahai Tuhan, kepada-Mu jualah aku sujud, dengan-Mu jualah aku beriman dan kepada-Mu lah aku berserah, telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendak-Nya dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah keberkatan-Nya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian). 



Surah As-sajdah

Tengah kumpul azam dan semangat untuk hafal surah ni.. Amin.. Semoga Ramadhan kali  ini penuh makna dan bertambah ibadat kepada Nya.. 

Sabtu, 21 Mei 2016

untukmu imamku

Terlintas tanya hati siapakah yang akan mengisi hari-hariku nan penuh cinta yang akan membawa ke syurga.. Untuk mu imamku, ku serahkan segala cintaku..cinta yang akan menuntunku menggapai cintanya bersama denganmu..Untukmu imamku..ku berikan kesetiaanku..berdua memadu janji satu. Sambut cintaku hanya untukmu.

Selasa, 17 Mei 2016

kahwin muda~ ke arah mencari redanya

Aku ada baca buku tulisan Aizuddin Hamid bertajuk kahwin muda ke arah mencari redaNya.. Kenapa aku baca? hahha untuk ilmu...umur bukan muda dah.. buku ni jadi inspirasi pd golongan muda untuk memenuhi fitrah dgn jalan yg betul iaitu "kahwin". Bukan mudah nak hadapi hidup alam rumahtangga..dan begitu susah juga la dlm mencari calon yang sesuai untuk kita hidup selama-lamanya. +___+ Buku ni juga boleh jadi panduan pada mereka yg sedang bersiap sedia untuk kahwin.. bukan golongan muda mudi je boleh baca buku ni.. bagi aku semua golongan boleh baca.. penulisan yang santai dan mudah untuk kita faham dengan contoh-contoh penceritaan usrah penulis dengn kwn2nya.. Dan yang paling aku muhasabah diri dan cemburu dgn sucinya cinta selepas berkahwin saudara penulis dan isterinya.. Semoga mereka sentiasa diberi kebahagiaan hingga ke jannah. =).. Semoga remaja2 dan muda mudi yang baca buku ni akan mendapat kebahagiaan seperti penulis buku ni. =) 20 bab dalam buku ni dihurai dengan detail bermula dengan menjelaskan apa itu cinta. Apa pun cinta pd ILLahi adalah segala-galanya.. =) dan paling aku suka bila nasihat saudara penulis iaitu "positif, senyuman, jelaskan".. tiga perkara ini (positive, smile, explain) tak semestinya dipraktis dalam hubungan suami isteri, pasangan bercinta shj.. benda ni penting juga dlm semua hubungan,.dengan ibubapa, adik beradik, kawan2...dengan boss.. =) so...baca la buku ni jika ada masa ye!

Selasa, 10 Mei 2016

antara hati dan perasaan

bismillah.. lama rasanya tak update blog.. Ada terfikir nak terminate blog ni selama-lamanya...tp sayang jugak... sbb banyak pengalaman masa belajar aku letak kat blog ni.. harapannya boleh membaca sambil menyesal dengan ketidamatangan zaman dulu kala.. hehe seminggu dua pelbagai perkara baru, orang baru, pengalaman baru hadir. Aku gembira. Cuma aku jua ada hati dan perasaan.. yang selalu dihasut syaitan dan amarah. Tertanya-tanya..siapa dia.. knp dia.. Betul ke tindakan aku ni.. Apa pun aku cuba untuk bertenang..mengikut rentak umie dan ayah..aku yakin bahagia aku ada dengan doa mereka yang berpanjangan.. Semoga ini permulaan untuk hidup yang lebih bermakna..=)

Research masih terumbang-ambing. tak tahu mana silap.. Pening aku fikir nak cari responden.. Ya Allah permudahkan segala urusanku.. =) Amin.. Sekarang semester 4.. berbaki 2 semester lagi..untuk menulis, menganalisis data dan viva.. teori pun masih belum yakin yang mana nak diguna.. aduiii aku rasa aku banyak main la sem lepas.. kena tambahkan fokus.. berdebar setiap masa bila fikirkan research, tesis, dr rumaya, viva dan etc....

nk cerito..8 mei lpas kak wasilah, amu din dan widad datang melawat di upm..gembira dapat jumpa anak buah tersayang ni.. rindu dengan kak lah..kami ke pesta buku di maeps. kak lah nampak sikit berisi...heheh biasa la bila dah jadi ibu orang ni.. tp dia maintain cute.. amu din mcm biasa senyap tp byk senyum.. widad sangat berubah..dah aktif.. cepat je tangan nak mencapai brg. Bila pegang baby terasa juga nak ado baby sendiri.. krik3.