Isnin, 16 Disember 2013

Kasih seharum cinta

Hujung minggu ini, aku dikelilingi dengan orang yang sedang berbahagia dengan cinta..Cemburu kah? Oh tidak. Mengapa harus cemburu? Sebab aku yakin Allah pasti akan menganugerahkan kebahagiaan itu kepada ku bila tiba masanya nanti.. Sebenarnya, apa maksud bahagia? Ada yang sering kaitkan bahagia itu dengan cinta.. ada yang kata bahagia itu perasaan dalam diri yang sukar diterjemah. Kalau bahagia itu cinta, selama ini, aku tak bahagia lah? sebab tiada cinta? Sejujurnya, hati aku kering dengan cinta manusia. Ramai yang menipu daripada jujur.

Lelaki cepat curang berbanding wanita.
Siapa kata? Lelaki atau wanita sama je sebenarnya..

kalau terjumpa yang lagi cantik, terbeliak mata encik-encik lelaki lantas mudah
menyatakan kepada kekasih, tunang, mahupun isteri, "kita tiada jodoh lagi.."

Yang wanita pula, bila nampak yang kacak lagi bergaya,
mahu juling mata.. Lagi juling mata bila yang kacak itu buncit pula dompetnya..
Lalu, telefon 'bekas' kekasih, tunang, suami, "abang, kita macam dah tak sehaluan.."
huh.. kenapa manusia begini??

sukarnya memilih cinta sekarang..
faktor utama adalah curang kepada diri sendiri
Ini yang hampir sebilangan kita tidak menyedari hakikat yg paling menyakitkan dan membunuh dalam diam. kita curang pada diri sendiri. kita biarkan apa yang dilalui hidup ini mengkhianati kita dalam senyap..
kita silap, kita ego dan kita lemah.. Kita yang curang pada diri sendiri sebelum curang pada pasangan..
Kita sendiri yang membiarkan diri terjerumus dalam lembah kepayahan..
kemudian, kita mengaku, kita tidak boleh setia, kita tidak bahagia.
Sebenarnya, kita tidak bersyukur dengan kasih sayang yang orang lain beri.
Dan siapa kita sebenarnya untuk diangkat, dijulang, di sebut nama selalu?
Sedarlah diri sendiri, ada jodoh, ada teman, hargai.. jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dicari-cari lansung tak jumpa.

Berdoa pada Allah...Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kegagalan itu mengajar erti kejayaan sebenar.
Doa untuk minta kejayaan.. Amalkan ye!


[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah,

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan