Ahad, 8 Disember 2013

I have a Big Dream..

Ramai juga yang bertanya aku apa nak jadi lepas habis belajar ni.. Bila aku jawab, nak kerja, ramai pula yang tanya, lol tak nak sambung belajar ke? kalau kerja, kerja apa? aku jawab, niat hati nak jadi pekerja sosial di Hospital.. Pekerja sosial? kerja apa tu? tak pernah dengar pun.. hurmmm Bila aku jawab, nak sambung master.. Oh, kat mana??nak sambung apa? tak penat ke asyik belajarje.. aduhh banyak sungguh persoalan manusia ni..Ye, aku bukan fikir sangat pun apa orang cakap. Lantak lah. yang penting aku tahu dimana halatuju hidup ni.. Tapi, kadang-kadang benda remeh mcm ni lah buat aku makin malas.. malas nak siapkan kerja, malas nak makan, malas nak tidur, malas mandi, malas segalanya.. ayat mudah, kurang bermotivasi.. Tambahan, rasa macam tak nak buat semua kerja.. Rasa nak lepak-lepak je... Aduhai.. Penatnya melayan badmood seminggu dua ni.. Lemah semangat betul. Dengan tekanan Final Year projek yang makin bertimbun.. Rabu ni dah nak hantar.. Tapi, aku masih dok tekanan jiwa. Rasa mcm sia-sia dan takut nak lalui masa depan. Adakah aku sudah terpsiko dengan kata-kata manusia??? Astagfiruallah... Masalah besar sekarang cuma aku tak pandai uruskan masa dengan betul. Ya Allah, bantu la hambamu ke jalan yang menuju kerajinan!!!


yang benar, 
FATHIAH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan