Sabtu, 28 Disember 2013

Final Exam semester 7...

Tinggal seminggu lebih je lagi semester 7..sekarang sudah penghujung study week.. satu nota pun aku belum sentuh lagi. Ya Allah, berikan kekuatan untuk hambamu menelaah.. Amin.. Hari ni aku agak happy sebab dapat menumpang kebahagiaan keluarga seseorang yg aku kagum,my lecturer.. Tgh hari tadi pergi melawat rumah Dr. Rumaya... Pensyarah kesayanganku yang pernah ajar subjek stress&coping. Dan selaku my supervisor..aku sebenarnya agak segan nak ke rumah orang ni.. Dengan wajah sekarang yang berjerawat..Tp tadi gagahkan diri sebab Dr ajak aku pun face to face.. Meraikan ajakannya yang bersungguh, aku n 4 org kawan pun gigihlah mencari rumahnya.. Aku yang duduk kat bahagian penumpang duk diam-diam je lah sambil pegang bekas kek coklat yang kami pakat duit nak bagi Dr.. Aku ingat kawan aku yang chinese tu tahu rumah Dr..sebab dia guna gps kemain lagi duk turn right, turn left bagai.. sekali, hahahah alamat rumah dr pun dia tak tahu.. yang driver pulak konfident dok ikut gps tu.. hehehe sekali, sesatttt..makan langsat di kawasan rumah orang kaya2.. Walaupun begitu, best dapat tengok betapa besarnya rumah orang kaya2..Dan, kwn aku sorang lagi gigih telefon Dr.. tanya jln yang betull.. hhaha sekali lagi yg lucu.. yang berckp dengan Dr tak dapat tangkap apa Dr ckp sebab laju sgt pensyarah kesayangku berckp.. dengan tawakal dan bajet2 betul, kami cari alamat sungai merab tu... dan akhirnya sampai lah ke rumah dr.. =)

gambar ni diambil masa nak balik daaa. Dr Rumaya pakai baju purple tu.. Yang lain-lain Insya'Allah bakal pensyarah jugak.. Amin........=)

Isnin, 16 Disember 2013

Kasih seharum cinta

Hujung minggu ini, aku dikelilingi dengan orang yang sedang berbahagia dengan cinta..Cemburu kah? Oh tidak. Mengapa harus cemburu? Sebab aku yakin Allah pasti akan menganugerahkan kebahagiaan itu kepada ku bila tiba masanya nanti.. Sebenarnya, apa maksud bahagia? Ada yang sering kaitkan bahagia itu dengan cinta.. ada yang kata bahagia itu perasaan dalam diri yang sukar diterjemah. Kalau bahagia itu cinta, selama ini, aku tak bahagia lah? sebab tiada cinta? Sejujurnya, hati aku kering dengan cinta manusia. Ramai yang menipu daripada jujur.

Lelaki cepat curang berbanding wanita.
Siapa kata? Lelaki atau wanita sama je sebenarnya..

kalau terjumpa yang lagi cantik, terbeliak mata encik-encik lelaki lantas mudah
menyatakan kepada kekasih, tunang, mahupun isteri, "kita tiada jodoh lagi.."

Yang wanita pula, bila nampak yang kacak lagi bergaya,
mahu juling mata.. Lagi juling mata bila yang kacak itu buncit pula dompetnya..
Lalu, telefon 'bekas' kekasih, tunang, suami, "abang, kita macam dah tak sehaluan.."
huh.. kenapa manusia begini??

sukarnya memilih cinta sekarang..
faktor utama adalah curang kepada diri sendiri
Ini yang hampir sebilangan kita tidak menyedari hakikat yg paling menyakitkan dan membunuh dalam diam. kita curang pada diri sendiri. kita biarkan apa yang dilalui hidup ini mengkhianati kita dalam senyap..
kita silap, kita ego dan kita lemah.. Kita yang curang pada diri sendiri sebelum curang pada pasangan..
Kita sendiri yang membiarkan diri terjerumus dalam lembah kepayahan..
kemudian, kita mengaku, kita tidak boleh setia, kita tidak bahagia.
Sebenarnya, kita tidak bersyukur dengan kasih sayang yang orang lain beri.
Dan siapa kita sebenarnya untuk diangkat, dijulang, di sebut nama selalu?
Sedarlah diri sendiri, ada jodoh, ada teman, hargai.. jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dicari-cari lansung tak jumpa.

Berdoa pada Allah...Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kegagalan itu mengajar erti kejayaan sebenar.
Doa untuk minta kejayaan.. Amalkan ye!


[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah,

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.




Ahad, 8 Disember 2013

I have a Big Dream..

Ramai juga yang bertanya aku apa nak jadi lepas habis belajar ni.. Bila aku jawab, nak kerja, ramai pula yang tanya, lol tak nak sambung belajar ke? kalau kerja, kerja apa? aku jawab, niat hati nak jadi pekerja sosial di Hospital.. Pekerja sosial? kerja apa tu? tak pernah dengar pun.. hurmmm Bila aku jawab, nak sambung master.. Oh, kat mana??nak sambung apa? tak penat ke asyik belajarje.. aduhh banyak sungguh persoalan manusia ni..Ye, aku bukan fikir sangat pun apa orang cakap. Lantak lah. yang penting aku tahu dimana halatuju hidup ni.. Tapi, kadang-kadang benda remeh mcm ni lah buat aku makin malas.. malas nak siapkan kerja, malas nak makan, malas nak tidur, malas mandi, malas segalanya.. ayat mudah, kurang bermotivasi.. Tambahan, rasa macam tak nak buat semua kerja.. Rasa nak lepak-lepak je... Aduhai.. Penatnya melayan badmood seminggu dua ni.. Lemah semangat betul. Dengan tekanan Final Year projek yang makin bertimbun.. Rabu ni dah nak hantar.. Tapi, aku masih dok tekanan jiwa. Rasa mcm sia-sia dan takut nak lalui masa depan. Adakah aku sudah terpsiko dengan kata-kata manusia??? Astagfiruallah... Masalah besar sekarang cuma aku tak pandai uruskan masa dengan betul. Ya Allah, bantu la hambamu ke jalan yang menuju kerajinan!!!


yang benar, 
FATHIAH