Khamis, 24 Oktober 2013

Bahagia vs Loneliness


Mengikut teori Attractiveness, remaja dan dewasa awal dikatakan mengalami kesunyian yang lebih berbanding orang2 tua. Disebabkan kekurangan Social Skills untuk mengurangkan rasa itu.. So, aku nak kongsi 5 steps untuk kita untuk kekal sentiasa happy yang di selongkar dalam facebook.. He2.. 

1. Bebaskan hati kita dari rasa iri hati, dengki, benci pada saudara sendiri & semua penyakit hati. jom bersihkan hati!
2. Bebaskan fikiran kita dari segala pemikiran yang negatif, pasrah kepada-NYA & positif thinking lah selalu.
3. Hiduplah dalam keadaan sederhana.
4. Berikan lebih banyak hartamu untuk bekal di akhirat kelak (Berzakat & Bersedekah)
5. Jangan banyak mengharap pada mahluk-Nya , tapi banyakkan berdoa & meminta kepada-Nya, gantung pengharapan hanya kepada-NYA meminta & memohon segala sesuatu, telus ikhlas dalam menolong sesama manusia tanpa mengharapkan balasan. 




Selasa, 22 Oktober 2013

sedih.

Sedih dengan diri sendiri.. kecewa tak terkata.. semoga airmata yang menitis menghapus dosa silam.. mungkin belum tiba masanya untuk berkasih sayang.. dia layak dapat yang sepatutnya. Ya Allah, berikan ketenangan kepada hatiku.. Amin.. Fokus belajar sudah..


Isnin, 7 Oktober 2013

KORBAN DAN RITUAL AGAMA (from En.KhairulAfsan)

Kalau pengorbanan itu sekadar kita memberi lebihan dari apa yang dimiliki, kita sekadar kumpul pahala yang difikir mampu tunggang kita ke syurga. 

Semoga ibadah korban tidak hanya menjadi satu lagi ritual agama. Seharusnya dilihat, diamati dan ditarik masuk ke dalam hati kerana di situ tempat jatuh pandangan Allah.

”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.”
(Al-Hajj: 37)

Kisah 3 nabi berbeza, Adam, Ibrahim dan Muhammad, peristiwa Qurban ini menjujuk makna yang sama, pengabdian pada Tuhan dan perjuangan menegakkan namaNya.

Hari ini Islam sampai kepada kita atas pengorbanan Nabi dan para sahabat. Selesai Haji Wida dalam salah satu musim haji seperti yang tercatit di lantai sirah, maka bertebaran para sahabat keluar dari Makkah, berkorban menyebarkan agama Allah.

Apa mereka berdakwah atas masa yang terluang, harta yang berlebihan atau sesuatu yang terlebih dari milik mereka? Mereka korbankan segala-galanya di dunia. Segala-galanya. Korbankan keluarga, harta benda, tenaga, malah kehidupan mereka untuk agama itu sampai pada kita.

Pada hari Raya Quban ini, perlahan-lahan kita bertanya pada hati, kalaupun pengorbanan kita tidak sebesar sahabat Nabi, sudah cukupkah kita berkorban untuk setidak-tidaknya, generasi Islam yang lahir kemudian, mengenal Islam pada keindahan bukan warisan baka keturunan.

KITA BIMBANG ISLAM DIFAHAMI DARI MANUAL DAN RITUALNYA BUKAN PADA NIKMAT DAN ROHNYA.

Carilah Islam dalam kehidupan. Keindahannya tersirat pada makna ibadah yang disyariat. Namun keindahannya akan mati kalau yang dikejar pahala dan bukan hati yang mencari Ilahi.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Rabu, 2 Oktober 2013

MENGENAL TUHAN

Mencari Tuhan.

aku hidup kerana aku ada Tuhanku. dan setiap dari kita rasa benar-benar hidup atas rasa itu. Rasa berTuhan. Tuhan hadir dalam tiap hati manusia melalui perantaraan agama. melalui ajaran agama perasaan mengenal Tuhan semakin menggunung atau membukit atau hanya sekadar membusut. kerana itu orang yang tak punya agama lazimnya tidak jua percaya adanya Tuhan. aku bersyukur kerana Tuhanku adalah sebenar-benar Tuhan . Allah Maha Perkasa lagi Maha Perkasa.

Imam Al Ghazali menghabiskan separuh dari riwayat hidupnya mencari dan mengenal Tuhan kendatipun ilmu agama sudah penuh di dada.. kita? apa benar-benar mengisi kurnia usia untuk ikut jejak yang sama? kita kenal Tuhan dari warisan bukan memlaui usaha dan benar-benar nikmati erti sebuah pencarian. kerana mengenal Tuhan " makrifatullah' itu adalah satu nikmat yang terkata hebat lagi besar. hingga ada sahabat pernah berkata alangkah ruginya kamu jika mati dan meninggalkan dunia sebelum merasa nikmat hidup dunia. lalu bertanya, apakah nikmat dunia.. maka dia menjawab, nikmat yang agung di dunia adalah mengenal Tuhan.

Cari lah Tuhan. Kenallah Tuhan. kita tidak mahu taqlid buta dan menerima agama sebagai warisan dan sebahagaian dari perjanjian keturunan. kerana yang menentukan kita ke surga bukan semata berat pahala di banding timbangan dosa, sebaliknya betapa dekat hati kita mengenal DIA.

dalam kisah seorang pelacur memberi seekor anjing minum di dlaam kasutnya, Tuhan hantar dia ke syurga bersama pesanan pada manusia.. ini kisah Pelacur ( paling hina di mata  manusia) membantu anjing ( haiwan alig hina di mata manusia ). ada sebabnya yang paling teruk ( manusia dan binatang ) dan simbolika antara hati manusia dan Tuhannya.

sekadar apa yang saya fikir dan rasa.

wallahualam