Sabtu, 27 April 2013

Jumaat Days.

kesahnya pagi jumaat ni aku kena hantar proposal research method kan... gigih lah niat nak bgn awal pagi, sbb aku punya rujukan dan literature riview tak siap2 lagi..dush2 lepas solat subuh jer, mata ni tak dapat nak buka2.. badan seram sejuk.. mungkin sebb tak ckup tdo smlm.. aku pun rehat lah jap..mg kejap pun, smpai kul 12 baru boleh buka mata. haha roomate, Kak Ayu dan Kak Mairah bising dah suh bangun makan.. aku pun kirim nasi sebungkus kat diaorang. Bangun, tanpa basuh muka dan mulut, aku terus ngadap lappy Aspire One ni, siapkan apa yang patut. diaorang balik, layan makan dan bual2 kejap.. Sambung balik taip itu ini, akhirnya siap gak dengan 60% hati ku puas hati. 40% aku jamin, DR RUMAYA akan bagi kat aku semula, "Fathiah, awak ni berangan ker?? banyak salah nihhh....

lepas jer mandi dan solat zohor, aku kejar bas nak pergi hantar kat fakulti.. bawak payung satu, sebelum hujan, baik sediakan payung. ALhamdulillah, siap segalanya tugasan hari ni... dalam hati, terasa nak hadiahkan diri ni sesuatu lah.. terus mesej Beyla, "jom g wayang" oh nope!!! lepas Asar beyla datang dan aku dah syak, mmg Beyla akan jemput jugak geng2 k14 dia.. so, beramai-ramai lah kitaorang tengok wayang. dan Ini lah pelakon Hero dan Heroin nya... 


hahahhahahha bukan di ats ini!!!


ini lah yerrrr...Rushdi Ramli dan Nora Danish.. 

ceritanya best, utk orang2 yang dah kahwin.. jalan cerita yang ringan utk lepaskan stress dan sebgai hadiah lepas penat buat Proposal (konon) hahahahah

Oh, ok ini penerangan utk gambar di atas sekali.. malam nya, aku bekejaran ke Rumah Pengetua Kolej 13.. utk makan dinner BBQ dengan semua ajk-ajk MGP.. best.. Alhamdulillah, ukhuwwah masih erat.. aku syak, kami semua jadi mcm ni sebab banyak dugaan sebelum MGP nih.. jadi, mcm2 perkara kami buat sama-sama, maka ukhuwwah tuh dah jadi mcm adik-beradik.. so, jangan silap FAHAM!! I'm not her specialfrenzzz. just bestfriend!!  dan Semalam juga, ada pembahagian sijil.. yang bestnya,, ttbe jer ayahanda(pengetua) dan ayah(pengurus kolej) bagi aku, Edy dan Husaini anugerah khas.. hahaha nak tergelak pun ada.. apapun, alhamdulillah.. dapat piala sebutir! yang ni nak jaga leklok sbb anugerah khas tahun lepas dah patah dan aku buang gtu ajer. =(

pinjam gambar Edy! haha

Khamis, 25 April 2013

sibuk tetapi kosong jiwa.

Ya Allah!!seminggu dua ni memang aku sangat sibuk dengan Asg, emcee MGP (dinner kolej) dan sibuk dengan aktiviti harian. tetapi kenapa jiwa kosong?? aduhai Tuhan, berkatilah apa yang aku lakukan. jangan biarkan aku lagha dengan tidur,tidur, tidur. ini sebab stress lah terlebih tidur. sekarang pun belum balik lagi ke bilik, Esok hari kena hantar Proposal Research method.. masih belum lengkap... risau kemain.. malam ni nak stay up. tapi belum settle lagi.. aduhahhhhhh risau!!! Ya Allah!! permudahkan segala urusanku...

minggu ni jugak macam2 masalah timbul.. aduhhh berselisih faham dengan sahabat2 pula.. tak pe lah, tolak ketepi dulu semua ni.. dan, dan, Alhamdulillah..keputusan TOCIE iaitu syarat bergraduat telah kuar..dan aku dapat band 4.. mujur lulus.. tp apa pun ada ramai lagi yang dapat the best dari aku.. tak kesahlah, yang penting lulus.!sujud syukur. dan, minggu depan, 5 Mei, hari mengundi.. aku masih terkial-kial tak der tiket nak balik. ingat adik dah tolong berehkan tapi ada masalah lah pulak.. huhu

dan minggu ni jugak, dapat satu berita buruk, anak saudaraku kena penyakit kuman dalam darah. habis bengkak2 pahanya.. kesian adik Ifwat Hafiy. smoga kakak dan abg ipar tabah lah jaga anaknya yang sakit.. Aku sayang Ifwat sebab pernah aku jaga dia sampai seminggu masa akak kena kemas rumah pindah Ganu. dia manja sangat.. risaunya. semoga tidak ada apa-apa lah!!

Emcee MGP?? hurm, tak der perasaan nak citer..mungkin sebab pengalaman kali kedua, maka debarannya biasa2 jer.. apa pun, Thanks Along, Ira, Cty yang sanggup turun padang mekapkan aku..=) dan ini lah hasilnya malam itu..!!
Dr Rumaya tanya aku, "bertunag ke???" hahaha

Library UPM..betapa gemuknya aku.. huhu 

Ahad, 14 April 2013

alkisah cuti

Alhamdulillah..masih diberi nafas yang panjang oleh Allah S.W.T.. seminggu bercuti dirumah sempena "midsem break"..banyak cerita yang berlaku dirumah. Selain teman kak aku yang akan berkahwin bulan 6 ni pergi buat kad,beli itu ini, aku berusaha menolong umieayah kemas rumah, mop lantai, sapu sana sinii..sebab lantai rumah sebelum ni dah ditukar ke mozek.leceh sikit pakai mozek ni , bila ada debu je, kaki mesti jadi hitam. so, kena gigih sikit lah mengemopnya.. kerja sekolah? memang tak sempat lah nak tengok buku/nota kat rumah..sepanjang cuti sem ni jugak, banyak kisah politik bermain dibibir keluarga aku.. parti A/parti B yang mahu dipilih.. mengikut sejarah keluarga, memang sah-sah lah akan undi parti A. Tapi, aku masih dalam dilema.. masih menganalisis mana yang benar, mana yang hanya pandai bermain kata.. nak pilih pemimpin ni, memang susah.. kalau nak kata jangan pikir sangat lah hal2 politik ni.. tak boleh! sebab dalam kubur nanti akan dipersoalkan, siapakah pemimpin kamu?? nak jawab apa?? tanya Iman! biarlah 5 Mei ini akan menjawabnya.. cuti lagi.. semester ini paling kerap aku balik rumah..ye le, nanti study week pun kena balik jugak. ! kak Wasilah nak kahwin! dan di cuti semester ini, aku dan sahabat, ARELONG gigih mencari tempat praktikal.. Alhamdulillah, 2 tempat aku pohon.. PPD Pasir Puteh dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.. Pejabat tanah dah bagi kelulusan.. tunggu jawapan daripada PPD jer.. ikutkan hati, nak praktikal di PPD.. tapi, mcm best jugak kerja di Pejabat Tanah..semoga ada petunjuk nanti.. Isu lain pula, 2 pasang baju kurung untuk digunakan nanti praktikal dah siap tapi yang geramnya, lepas dibasuh, aku jemur lah dalam bilik. si tikus gigit baju baru tuh!! ah geram. dugaan2. haha apa2 je le tikus hoi. 

semoga imanku terjaga dan diberi kesempatan untuk solat berjemaah.. Ya Allah! permudahkan segala urusanku, kedua ibubapaku, dan seluruh umat islam di Dunia ini! Amin..


selamat bekerja semula sebagai Pelajar! Chaiyok!!!