Ahad, 18 Mac 2012

juara pidato antarabangsa bahasa melayu kategori nusantara..



Bismillahirrahmanirrahim.

Asslamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Saudara pengerusi, kombinasi kehakiman, hadirin dan hadirat yang saya muliakan.
Dalam hidup saya dan anda semua, banyak perkara yang boleh kita pilih kecuali 1 perkara iaitu asal usul kita. Kerana disinilah kita bermula, kita menumpahkan taat setia dan semuanya tentang pengorbanan kepada keluarga. Maka hari ini, saya mengajak anda semua, untuk sama-sama mula percaya betapa, ‘keluarga bahagia, masyarakat sejahtera’.

Saudara dan saudari,

Keluarga bahagia ialah apabila ibu,ayah dan adik beradik hidup dalam keadaan penuh ceria, bersulamkan rasa kasih dan sayang.

Masyarakat sejahtera pula, merujuk kepada komuniti manusia yang sihat fikirannya, erat ukhuwwahnya dan matang tindakannya.

Tuntasnya, keluarga bahagia masyarakat sejahtera berkehendakkan kita untuk mentafsir daripada hati kepada hati tentang harga yang dimiliki oleh keluarga dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Justeru, saya akan cerakinkan pidato ini, kepada tiga perspektif utama. Pertama, keluarga, asal usul kita. Kedua, dimanakah letaknya bahagia sebuah keluarga. Dan ketiga, kemanakah haluan masyarakat kita.

Saudara dan saudari,

Sudah sekian lama kita didendangkan dengan pelbagai konsep keluarga bahagia. Keluarga sakinah, baiti jannati, rumahku syurgaku, syurga ditelapak kaki ibu! Namakan apa sahaja konsep keluarga bahagia. Saya pasti, kita semua sudah mendengarnya. Namun persoalannya, berapa ramai daripada kita yang benar-benar faham dan menterjemahkannya dalam kehidupan?

Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 15 minit, stau pasangan islam bercerai di Malaysia!

Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 5 hari, seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa!

Dan, jika benar kita memahaminya, mengapa setiap hari, 2 orang remaja kita lari dari rumah?
Semua perkara ini berlaku kerana kita tidak pernah faham tentang apa yang kita dengar, tentang apa yang kita ungkapkan.

Sesungguhnya, falsafah disebalik nama dan ungkapan keluarga, bukan hanya tentang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Bukan juga soal menambah zuriat semata-mata. Tetapi, lebih daripada itu.
Keluarga bahagia adalah soal kebergantungan setiap entitinya.

Saudara dan saudari,

Agama mengajar kita betapa baik buruknya seseorang manusia dan bangsa adalah bergantung kepada warna hatinya. Dan warna hati ini, ditentukan menerusi didikan ibu bapa dan keluarganya. Maka, lakarkanlah dengan nilai murni, corakkan dengan budi pekerti, dan warnakan dengan sahsiah terpuji. Kemuliaan hati ini, mungkin tidak boleh kita baca, tetapi boleh kita rasa dengan jiwa.

Waktu kita dilahirkan, ibu berdepan kesakitan tiada tandingan. Namun, semua rasa sakit, perit dan derita itu bukan apa-apa. Kerana saat menatap wajah kita, di situ ibu jumpa makna bahagia. Saat melihat kita membesar dengan sempurna, hasil penat lelahnya berkerja. Itulah erti bahagia untuk ayah. Dan bagi adik beradik, hidup tidak akan lengkap kalau tidak bertengkar dan bertikam lidah. Kerana di situlah kita belajar beralah, kita mengenal sucinya sebuah hubungan darah.

Dunia juga telah membuktikan, Hellen Keller yang dilahirkan pekak, buta dan bisu, atau Michael Oher yang berketurunan Afrika, atau Riced Brenson, seorang kanak-kanak disleksia. Mereka semua takkan membesar menjadi sumber inspirasi dan tokoh dunia, tanpa pengorbanan keluarga yang berhati suci, yang menerima mereka seadanya. Di sebalik warna kulit yang berbeza, di sebalik jasad yang tidak sempurna, dan disebalik sejarah hidup yang hina, rasa syukur dan ikhlas sebuah keluarga, membawa mereka semua merasa erti bahagia.

Kisah ini kisah mereka. Bagaimana dengan kita?

Ramai yang menikmati hidup di rumah besar tapi yang mereka rasa hanya kosong, dan ramai yang hidup di rumah kecil, tapi mereka temui syurga di dalamnya..

Ingatlah, menikmati sebuah kebahagiaan tidaklah begitu mahal,
Kerana harganya cumalah kasih sayang, masa bersama dan kesudian berkongsi rasa. Kita semua mampu membayarnya..

Saudara dan saudari,
Tuhan merakamkan kisah keluarga Imran dalam kitab suci Al-Quran. Kenapa?
Kerana..keluarga Imran adalah keluarga contoh yang merasa risau akan zuriat mereka. Bukan risau soal makan, minum dan tempat berteduh. Bukan juga soal pakaian dan hiburan. Tapi keluarga Imran risaukan nasib zuriatnya, andai mereka gagal dibentuk menjadi sebenar-benar insan.

Dalam kitab sejarah Ennels, karya Tesites, kisah masyarakat Rom Purba telah dinukilkan. Pada tahun ke seratus, hidup atau mati seorang anak kecil, bergantung pada belas ihsan seorang ayah. Bagi wanita berada, yang mereka dahulukan adalah kemewahan, dan anak-anak diserahkan pada hamba yang paling hina. Lebih dahsyat, seks rambang dan arak adalah kelaziman buat seorang anak lelaki. Waktu itu rasa hormat pada orang tua, juga telah mati. Tidak hairanlah, anak muda berpaling tadah saat Juliyes Sizer menyeberangi Rubikon untuk menjajah. Sebuah kerajaan akhirnya rebah.

Lalu yang runtuh, yang rosak itu apa? Istitusi keluarga,
Yang lebur, yang hancur yang terkubur itu apa? Sahsiah rakyatnya,
Dan yang goyah, yang parah, yang rebah dan musnah itu apa? Sebuah empayar dan negara.
Betapa keluarga bukan hanya soal pengorbanan kita sesama saudara, tetapi soal tanggungjawab kita, untuk membina sebuah masyarakat, dan negara yang sejahtera. Maka sama-samalah kita cari makna bahagia kerana jelaslah, hanya keluarga sakinah menjadi penentu kesejahteraan ummah.

Sebelum mengakhiri pidato ini,

Buat umi, ayah dan keluarga.
Rumah kita tidak besar, tapi itulah syurga saya. Wang kita tidak banyak, tapi saya temui makna cinta. Dan harta kita tak seberapa, tapi saya rasa nikmat kasih dan mesra. Hari ini, saya menjadi diri saya dan saya merasa nikmat bahagia. Terima kasih umi, terima kasih ayah dan terima kasih keluarga.

Sekian.

38 ulasan:

  1. hi dear..

    kak t suka pengakhiran u berpidato.
    menangis ok? terus update status kat fb dan tweeter. u r so sweet.

    congrats again!

    BalasPadam
  2. akak dapat link ini dari blog T... tahniah... akak suka orang pandai berpidato...

    BalasPadam
  3. terima kasih semua.. cubaan pertama cikya tp syukur lah ada rezeki dari Allah..=p

    BalasPadam
  4. Tahniah buat anakanda Fathiah,Makcik tumpang gembira.Makcik rasa sungguh bersemangat ..berkobar kobar terkenang masa muda dulu semasa mendengar pidato Fathiah tempohari..teruskan perjuangan mu..semoga berjaya mencapai cita cita yang di impikan.insyallah.

    BalasPadam
  5. assalam saudari, izinkan saya menggunakan teks saudari untuk saya olah semula dan gunakan sebagai teks pidato saya.

    BalasPadam
  6. Salam saudari, boleh saya gunakan teks pidato saudari untuk teks pidato saya? Saya tidak akan ikut semuanya, saya akn ubah ayatnya :)

    BalasPadam
  7. assalam kak, sy nak mnta izin guna teks sbgai teks pidato sy.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum. Saya ingin minta izin untuk menggunakan teks pidato anda untuk pertandingan di sekolah saya sempena minggu akedemik.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum
    izinkan saya menggunakan teks pidato anda untuk pertandingan di zon saya

    BalasPadam
  10. Salam sejahtera buat si cantik manis Fathiah..cikgu teruja melihat gaya bersahaja Fathiah berpidato...sedang mencari ilham utk mengajar anak murid berpidato....

    BalasPadam
  11. walaikumslm cikgu.. Terima kasih, selamat maju jaya buat anak murid cikgu.. saya di sekolah dulu tak pernah menang pidato atau syarahan...sekadar tempat ke 3 atau saguhati.. tapi pengalaman di zaman sekolah yang banyak buat saya jadi berani untuk bercakap di PABM..

    BalasPadam
  12. aslm akak....mcm mna nk buat intonasi mcm akak tu?

    BalasPadam
  13. waalaikumslm.. pidato bagi akak perlukan penghayatan setiap perkataan yang bakal kita ucapkan. bila kita faham apa yang kita ingin sampaikan, automatik nada, intonasi kita akan kena dengan teks kita.. Yang penting masukkan tenaga dalam penyampaian kita tu.. =) mcm akak memang dah lama minat isu/ topik keluarga... akak sendiri pun belajar tentang family di upm... heheh mungkin sbb dekat di hati jadi mudah untuk menghayati.. =) Good luck ye!

    BalasPadam
  14. aslm akak.....mcm mna nk dpt feel nk persmbhkan pidato...tenaga tu sekali..mcm mna nk msukkan tenaga

    BalasPadam
  15. asalamualaikum .....izinkan sya utk gunakan teks pidato diatas utk mmbuat rujukn

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum. izinkan saya menggunakan teks pidato ini sbgai rujukan anak murid saya.

    BalasPadam
  17. assalamualaikum saya mau tanya ..... kakak pidatonya sangat bagus .... maaf kaka kalo mau tanya apa nama fb kaka ... makasih

    BalasPadam
  18. walaikumslm...https://www.facebook.com/

    BalasPadam
  19. salam kak....mnta izin share ye..

    BalasPadam
  20. Minta izin gunakan teks ini sebagai rujukan untuk tugasan video saya ye :)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum.. Izinkan saya untuk jadikan teks ini sebagai bahan rujukan saya.. Harap diizinkan.. Terjma kasih.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum..izinkan saya untuk jadikan teks ini sebagai bahan tugasan pengucapan awam saya..mohon kebenaran. terima kasih

    BalasPadam
  23. salam... maaf izinkan saya untuk jadikan teks saudari sebagai rujukan teks pidato anak comel di tabika saya :)

    BalasPadam
  24. Salam...izinkan sy mngunakan teks ini untuk membuat rujukan mengajar ank murid sy yg masuk bertanding pidato..tq

    BalasPadam
  25. salam n tahnah....hasil karya yang hebat...izinkan sy rujuk teks
    sebgai panduan

    BalasPadam
  26. assalamualaikum idola,izinkn saya pinjam teks pidato..terima kasihh

    BalasPadam
  27. Izinkan saya pinjam teks pidato.Terima kasih.

    BalasPadam
  28. Kak sy pakai kakak punya teks pidato ni untuk ujian lisan sy ya kak minta izin ni

    BalasPadam
  29. Kak, izinkan saya guna teks pidato akk ni untuk ujian lisan saya yerrr..pidato akak sangat padat dan menyentuh hati ^^

    BalasPadam
  30. Izinkan saya guna untuk ujian lisan nanti. terima kasih

    BalasPadam