Jumaat, 30 November 2012

Movie di hujung minggu.


Anjaana Anjaani...Sebuah kisah bollywood yang sangat menarik untuk ditonton.. aku tengok lepas kutip beberapa cerita dengan Tini.. hee alkisah, aku tengok sampai 4-5 kali. Mempunyai pelakon yang menarik dan jalan cerita yang selamba.. Prinyanka Chopra dan Ranbir kapoor.. hero dan heroin ini sangat hensem dan cantik,seksi. Huhu.. cerita ni ada moralnya tapi lambat sikit nak sampai ke penonton sebab disaji dengan kemodenan di US. Kelab yang rancak sehingga aku boleh nampak betapa duniawinya kehidupan mereka. Ok, tolak ketepi hal itu. Kisahnya begini, Akash lakonan Ranbir kapoor ni nak bunuh diri di jambatan San francisco selepas dia berhutang dengan bank utk beli sebuah syarikat tetapi berlakunya pelesetan ekonomi menyebabkan dia tak sanggup nak ngadap muka kawan2nya yang menyalahkan dia atas apa berlaku.. semasa di jambatan itu, dia ditegur oleh Kiara lakonan Priyanka Chopra yang sedang minum arak,menceritakan masalahnya yang kesunyian. Mereka sama-sama nak bunuh diri dirumah Kiara tapi 3-4 kali percubaan, semua tak menjadi.. lepas tuh, mereka decide nak tunggu sampai new year utk bunuh diri.. 20 hari mereka hidup bersama, mcm2 kisah dilalui..masa ni, di Vegas, memang sangat sosialnya mereka digambarkan dengan tarian-tarian dan kelab2 yang sangat memberikan aku heart attack. Oh begitu kah Amerika??  Kiara sebenarnya telah ditipu oleh tunang sendiri dengan main kayu 3 dengan minah salleh di hotel. Jadi kiara sangat membencinya.. dia telah jatuh cinta dengan Akash tapi tidak mahu menikam belakang si Kunal. Akash sangat menyanyangi Kiara yang gila-gila dan buat dia sedar tentang tujuan hidup.. akhirnya, mereka bersama juga. Sangat romantik semasa Akash meluahkan perasaan dan ingin meminang Kiara. Ketika di dalam laut, mereka bersetuju utk kahwin.. moralnya, jangan lari dari masalah.. duduk, dan fikirkan apa yang patut diselesaikan.. 

Sabtu, 7 Julai 2012

Majlis Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi UPM 2012



video diatas adalah semasa majlis perasmian kejohanan waja diri seni silat cekak ustaz hanafi UPM 2012.. dan, dan, dan.. aku dan sahabat nama Ardianne Tukiman jadi pengerusi majlis.. majlis berlansung tadi, 7/7/12... wahhh penat tak terkata.. dari pagi sampai petang.. agak kelam kabut.. biasalah wat program last minute.. apa pun, tahniah dan syabas pada ajk2 yang terlibat dan sukarelawan2 yang terbabit.. anyway, banyak gak pengalaman yang aku dapat.. yang penting, jgn cepat panik time mempengerusikan majlis. nanti sebut ayat pun terbelit2.. ngeh3.. terima kasih zek sbb bagi peluang pada aku n dian tuk prog besar cam gini.. =)

Jumaat, 15 Jun 2012

pemikiran dan perasaan diri sendiri..


3 perasaan..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyanyang.
Hurm..Terkejut aku bila terbaca status seorang kawan di fakulti sains dulu..dia ingin mendirikan rumahtangga tak lama lagi.. wah..dah sampai seru dia.. tahniah lah saudara dan teman wanitanya.. sesungguhnya, orang alim cepat sampai jodoh..tatkala itu, aku pun berbincang sikit2 dengan teman2 bilik ni pasal nikah2 awal. Kawan aku bgtw, biarlah lelaki yang nak meminang dia seorang yang dah bekerja selain cukup solat 5 waktu.. Supaya lelaki itu tak menyusahkan ibubapanya pula untuk bagi isteri dan anak2 makan..Hehe.. cakap mudah lah.. tapi kalau dah sampai jodoh masa belajar atau masa mengganggur, nak buat macam mana.. tp manusia kan diberi akal,, jadi fikirlah, usahalah.. takkan nak bg anak2 dan isteri makan pasir.. kan?kan?

Hehe…malam ni semangat nak stdy.. tp lepas sejam tgk2 nota, mata masih segar, otak pula penat. Main game kejap, hilang bosan.. tapi, bertambah bosan. Mesej seorang kawan, tak balas lah pulak..dah tdo kot.. hurm. Jadi, Aku bayangkan, 19 hb ni, 3 paper exam.. hish.. macam mana lah aku nak hadapi.. stress tak terkata.. Cuma aku tak nampakkan, nanti cepat tua.. relax sambil rehat2 lagi. Hish… 20 hb pula ada satu kertas lagi.. usahlah aku mengeluh disini.. tiada siapa yang simpati.. hakikatnya, aku memang kena tanggung sendiri.. =( hanya memohon kekuatan daripada Allah.. semoga aku rajin membaca dan mampu mengingati.. esok, aku nak mulakan semuanya.. nota sudah ada, Cuma aku jer perlu siap siaga dengan belajar2 sebelum ke meja peperiksaan.. chaiyok2 Fathiah!!! U can do it.

Haha.. malam ini banyak pula aku berbual dengan roommate.. macam2 topik keluar.. yer lah, masing2 banyak mulut dan idea nak bercerita.. dan, ntah kenapa rasa sedih pula nak berpisah untuk semester ini.. semester ini walau banyak dugaan yang menimpa aku, sebenarnya terselit satu kebahagiaan untuk 2 semester ini.. knp?? Sbb bilik aku bawah sekali, dekat dengan surau.. Allah dah permudahkan aku untuk solat berjemaah.. terpulang atau tak jer utk buat.. walau uzur, aku masih boleh dengar dengan jelas ceramah disurau berbanding blok lain yang agak jauh jaraknya.. syukur…semoga Allah berikan lagi nikmat ini di semester depan…terfikir, kenapa selalu kita mengharap Allah berikan yang terbaik untuk kita, tetapi kita tidak pernah terfikir untuk berikan yang terbaik pada Allah.. ini lah manusia.. manusia bernama Fathiah Ibrahim. Cepat melatah, tak pernah bersyukur, pemalas dll… SubhanaLLah.. jauhkan aku daripada sifat Mazmumah.. semoga diri ini juga dihiasi sifat mahmudah dan disayangi Dia dan semua makhluk..=) 

Khamis, 10 Mei 2012

tentang wanita..

                               ini bukan contoh melayan isteri dengan baik+_+


mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ...

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...
dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...

Khamis, 29 Mac 2012

Sabtu, 24 Mac 2012

kenangan termanis.

PUTRAJAYA – Peserta dari Afghanistan, Sebghatullah Qazizada, dinobatkan sebagai juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012 (PABM 2012) menjulang Piala Perdana Menteri bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Penuntut dari Universiti Awam Kabul itu jelas meraih sorakan para hadirin yang memenuhi Dewan Plenary, PICC, dengan pidatonya yang padat diselang-seli dengan lawak jenaka yang menambat hati para juri pertandingan.

Sebghatullah ketika ditemui berkata, dia langsung tidak menduga untuk bergelar juara kerana semua peserta peringkat akhir memberikan saingan yang hebat dan bersyukur atas kemenangan tersebut.

“Alhamdulillah, saya sangat terkejut..dan saya sangat gembira, saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan kemenangan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah PABM 2012 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menariknya, Sebghtullah berazam untuk membuka sebuah institusi pengajian Bahasa Melayu di Afghanistan suatu hari nanti bagi mengembangkan lagi Bahasa Melayu di kalangan masyarakat di negaranya jika diizinkan Allah.

Manakala peserta dari Malaysia, Fathiah Ibrahim mengungguli kategori nusantara apabila diumumkan sebagai juara pada pertandingan peringkat akhir yang melibatkan lapan peserta tersebut.



Fathiah yang merupakan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bersyukur atas kemenangan tersebut dan berbangga kerana dapat membuktikan kepada ibubapa serta keluarga mengenai kemampuannya menyampaikan pidato sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT..dan saya dapat membuktikan kepada kedua ibubapa saya dan keluarga di rumah yang saya sangat mencintai bidang pengucapan umum sampai ke tahap antarabangsa begini,” kata pelajar kursus Ijazah Sains Pembangunan Manusia itu.

Kedua-dua johan pertandingan peringkat akhir itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,200, piala pusingan, piala iringan, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Naib johan kategori antarabangsa pula dimenangi oleh Polina Matveycheva dari Rusia manakala tempat ketiga menjadi milik peserta dari Latvia, Elena Vorobyeva.

Bagi kategori nusantara, peserta dari Brunei, Dayangku Mumtazah Pengiran Mohamad Jaafar berjaya memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga pula jatuh ke tangan Wahyudi, peserta dari Indonesia.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM9,120 dan RM6,080 beserta piala iringan, hadiah iringan dan sijil penghargaan untuk tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori.

PABM 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi diadakan dengan tujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu di persada dunia dan menyaksikan seramai 69 orang peserta dari 67 buah negara dunia mengambil bahagian pada edisi ke-enam kali ini.

Ahad, 18 Mac 2012

juara pidato antarabangsa bahasa melayu kategori nusantara..



Bismillahirrahmanirrahim.

Asslamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Saudara pengerusi, kombinasi kehakiman, hadirin dan hadirat yang saya muliakan.
Dalam hidup saya dan anda semua, banyak perkara yang boleh kita pilih kecuali 1 perkara iaitu asal usul kita. Kerana disinilah kita bermula, kita menumpahkan taat setia dan semuanya tentang pengorbanan kepada keluarga. Maka hari ini, saya mengajak anda semua, untuk sama-sama mula percaya betapa, ‘keluarga bahagia, masyarakat sejahtera’.

Saudara dan saudari,

Keluarga bahagia ialah apabila ibu,ayah dan adik beradik hidup dalam keadaan penuh ceria, bersulamkan rasa kasih dan sayang.

Masyarakat sejahtera pula, merujuk kepada komuniti manusia yang sihat fikirannya, erat ukhuwwahnya dan matang tindakannya.

Tuntasnya, keluarga bahagia masyarakat sejahtera berkehendakkan kita untuk mentafsir daripada hati kepada hati tentang harga yang dimiliki oleh keluarga dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Justeru, saya akan cerakinkan pidato ini, kepada tiga perspektif utama. Pertama, keluarga, asal usul kita. Kedua, dimanakah letaknya bahagia sebuah keluarga. Dan ketiga, kemanakah haluan masyarakat kita.

Saudara dan saudari,

Sudah sekian lama kita didendangkan dengan pelbagai konsep keluarga bahagia. Keluarga sakinah, baiti jannati, rumahku syurgaku, syurga ditelapak kaki ibu! Namakan apa sahaja konsep keluarga bahagia. Saya pasti, kita semua sudah mendengarnya. Namun persoalannya, berapa ramai daripada kita yang benar-benar faham dan menterjemahkannya dalam kehidupan?

Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 15 minit, stau pasangan islam bercerai di Malaysia!

Jika benar kita memahaminya, mengapa setiap 5 hari, seorang bayi kecil dibuang tanpa rasa berdosa!

Dan, jika benar kita memahaminya, mengapa setiap hari, 2 orang remaja kita lari dari rumah?
Semua perkara ini berlaku kerana kita tidak pernah faham tentang apa yang kita dengar, tentang apa yang kita ungkapkan.

Sesungguhnya, falsafah disebalik nama dan ungkapan keluarga, bukan hanya tentang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita. Bukan juga soal menambah zuriat semata-mata. Tetapi, lebih daripada itu.
Keluarga bahagia adalah soal kebergantungan setiap entitinya.

Saudara dan saudari,

Agama mengajar kita betapa baik buruknya seseorang manusia dan bangsa adalah bergantung kepada warna hatinya. Dan warna hati ini, ditentukan menerusi didikan ibu bapa dan keluarganya. Maka, lakarkanlah dengan nilai murni, corakkan dengan budi pekerti, dan warnakan dengan sahsiah terpuji. Kemuliaan hati ini, mungkin tidak boleh kita baca, tetapi boleh kita rasa dengan jiwa.

Waktu kita dilahirkan, ibu berdepan kesakitan tiada tandingan. Namun, semua rasa sakit, perit dan derita itu bukan apa-apa. Kerana saat menatap wajah kita, di situ ibu jumpa makna bahagia. Saat melihat kita membesar dengan sempurna, hasil penat lelahnya berkerja. Itulah erti bahagia untuk ayah. Dan bagi adik beradik, hidup tidak akan lengkap kalau tidak bertengkar dan bertikam lidah. Kerana di situlah kita belajar beralah, kita mengenal sucinya sebuah hubungan darah.

Dunia juga telah membuktikan, Hellen Keller yang dilahirkan pekak, buta dan bisu, atau Michael Oher yang berketurunan Afrika, atau Riced Brenson, seorang kanak-kanak disleksia. Mereka semua takkan membesar menjadi sumber inspirasi dan tokoh dunia, tanpa pengorbanan keluarga yang berhati suci, yang menerima mereka seadanya. Di sebalik warna kulit yang berbeza, di sebalik jasad yang tidak sempurna, dan disebalik sejarah hidup yang hina, rasa syukur dan ikhlas sebuah keluarga, membawa mereka semua merasa erti bahagia.

Kisah ini kisah mereka. Bagaimana dengan kita?

Ramai yang menikmati hidup di rumah besar tapi yang mereka rasa hanya kosong, dan ramai yang hidup di rumah kecil, tapi mereka temui syurga di dalamnya..

Ingatlah, menikmati sebuah kebahagiaan tidaklah begitu mahal,
Kerana harganya cumalah kasih sayang, masa bersama dan kesudian berkongsi rasa. Kita semua mampu membayarnya..

Saudara dan saudari,
Tuhan merakamkan kisah keluarga Imran dalam kitab suci Al-Quran. Kenapa?
Kerana..keluarga Imran adalah keluarga contoh yang merasa risau akan zuriat mereka. Bukan risau soal makan, minum dan tempat berteduh. Bukan juga soal pakaian dan hiburan. Tapi keluarga Imran risaukan nasib zuriatnya, andai mereka gagal dibentuk menjadi sebenar-benar insan.

Dalam kitab sejarah Ennels, karya Tesites, kisah masyarakat Rom Purba telah dinukilkan. Pada tahun ke seratus, hidup atau mati seorang anak kecil, bergantung pada belas ihsan seorang ayah. Bagi wanita berada, yang mereka dahulukan adalah kemewahan, dan anak-anak diserahkan pada hamba yang paling hina. Lebih dahsyat, seks rambang dan arak adalah kelaziman buat seorang anak lelaki. Waktu itu rasa hormat pada orang tua, juga telah mati. Tidak hairanlah, anak muda berpaling tadah saat Juliyes Sizer menyeberangi Rubikon untuk menjajah. Sebuah kerajaan akhirnya rebah.

Lalu yang runtuh, yang rosak itu apa? Istitusi keluarga,
Yang lebur, yang hancur yang terkubur itu apa? Sahsiah rakyatnya,
Dan yang goyah, yang parah, yang rebah dan musnah itu apa? Sebuah empayar dan negara.
Betapa keluarga bukan hanya soal pengorbanan kita sesama saudara, tetapi soal tanggungjawab kita, untuk membina sebuah masyarakat, dan negara yang sejahtera. Maka sama-samalah kita cari makna bahagia kerana jelaslah, hanya keluarga sakinah menjadi penentu kesejahteraan ummah.

Sebelum mengakhiri pidato ini,

Buat umi, ayah dan keluarga.
Rumah kita tidak besar, tapi itulah syurga saya. Wang kita tidak banyak, tapi saya temui makna cinta. Dan harta kita tak seberapa, tapi saya rasa nikmat kasih dan mesra. Hari ini, saya menjadi diri saya dan saya merasa nikmat bahagia. Terima kasih umi, terima kasih ayah dan terima kasih keluarga.

Sekian.

Isnin, 27 Februari 2012

semoga dipermudahkan urusan.


tak tahu nak ckp apa laah.. banyak kerja yg belum settle.
sekrg pun aku ada kat bumi kuantan.. utk debat integriti di ump.. aku tak terlibat pun dgn debat.. turun utk meberi sokongan yg padu.. dan ada satu kerja yg aku kena buat..
iaitu buat teks pidato.. Ya Allah! permudahkan segala urusanku.. lembutkan hati ini utk menhafal,menghayati teks pidato dan lancarkan lidahku utk berpidato..amin..
dgr cerita, seorg lagi wakil malaysia,dari ukm, saudara Amirul sudah membuat persediaan rapi.. hurm sakit jantung nih debar tak sudaaaah.. dup,dup,dup. adakah aku terlalu busy dgn debat diraja?tp nak wat ganer... demi upm.. atau aku terlalu manja mengharap Tok Guru aku yg sediakan teks segalanya???atau aku bodoh tak boleh pk sendiri apa isi teks.. Arghhhhh boleh jd stress.. semua org nak ada atas stage final.. dan aku mmg nak jd setanding Abg Syam dan Abg amir yg dah smpai ke stage pidato antarabangsa.. but what I Do now?? i tgh taip isi utk blog plek.. hisshhh sedih btol..ok daaah2 meroyan. aku janji for the last min, aku nak buat btol2.. Insya'Allah.. akan ku tebus segalanya.. demi Kelab Debat Bahasa Melayu UPM. dan Kerana ilmu Ya Allah!!