Selasa, 29 November 2011

latihan essei...

utk jimatkan kertas...heheh dan,dan,dan....malasnya nak test besok!!!!!!

globalisasi membawa maksud fenomena yg menjdkan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. globalisasi juga merupakan proses pertukaran antara dunia global yang melibatkan sesuatu objek secara fizikal atau bukan fizikal seperti informasi, idea, nilai, sistem di dlm aktiviti manusia. ia menjelaskan konsep bahawa satu proses meletakkan dunia di bawah 1 unit yg sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.

apakah faktor yg stimulate globalisasi???
1- teknologi komunikasi spt radio,TV,e-mail dan Facebook..
2-media spt media cetak,CNN,MTV dan media eletronik yg lain.
3-rasa ingin tahu seseorg individu..
4-international travel/perjalanan antarabgsa spt bilangan pelancong,boleh tempah tiket melalui internet sekarang dan pertukaran maklumat antara pelancong..

kelebihan globalisasi:
1) negara boleh mengamalkan liberalisasi ekonomi iaitu mengamalkan dasar ekonomi terbuka.
2)manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yg tidak pernah dilihat dlm sejarah.
3)membuka peluang kpd pelabur2 dtg membuka perniagaan atau cawangan mereka dlm negara dan pengaliran wang masuk berlaku..
4) firma tempatan pula boleh menjdkan globalisasi sbg peluang mereka utk mengembangkan sayap perniagaan di peringkat antarabangsa.
5) dari aspek perhubungan&komunikasi, masyarakat menggunakan teknologi spt internet,komunikasi satelit dan telefon. sbg contoh: malaysia boleh melancarkan satelit RazakSat dan PM kita boleh berbual dengan angkasawan pertama Malaysia krn globalisasi.
6)penyerapan pelbagai jenis makanan segera tempatan seperti mknn italian, Barat, China, India ke negara lain.
7)perhubungan antara negara dengan negara lain berlaku dlm tempoh yang singkat..merapatkan jurang antara negara dgn negara walau scr fizikalnya jauh..

keburukan globalisais:
1)pertubuhan dunia digunakan oleh kuasa2 besar spt AS utk menguasai politik dan ekonomi dunia.misalnya, GATT yang bertukar nama kpd WTO menjdkan AS negara yg kukuh utk menjaga kepentingan negara perindustrian maju.
2)kapitalis barat menggunakan IT utk memonopoli aktiviti ekonomi sehingga menindas negara2 miskin..misalnya, krisis kewangan&ekonomi yg menimpa sebahagian negara Asia pd 1997.
3) sesebuah negara akan kehilangan modal insan yg keluar meluaskan perniagaan di negara luar.
4)kerana terlalu mengejar kemewahan dlm pembangunan, kualiti alam sekitar semakin menurun menjejaskan kesihatan.
5)ketebalan fahaman sekular pihak barat menghalang minat terhadap agama ISlam.
6)anak-anak muda yg mudah terpengaruh dgn teknologi canggih spt internet menyebabkan masalah sosial meningkat.
7) pola kehidupan budaya baru menjadi amalan kini spt gayisme dan lesbianisme.

Sabtu, 26 November 2011

Far East Menanti Di Barzakh

opsss aritu sempat mengepost youtube nasyid menanti di barzakh??tak smpat nak cer-cer knp aku beria-ria letak bende ni...**utk insafkan hati kecil.. selain itu, ini sbb aku terexcited dapat ker konsert nasyid "mlm seribu bintang" di upm... anjuran dak2 kpz n nahwan nur... walaubagaimanapun, ini bkn kali pertama aku peg tgk konsert nasyid... tp kali ini lain sikit...setelah sekian lama,jiwa nasyid aku diam... **sekadar dgr sewaktu stdy hard.. tak der nak beli cd or download lagu2 nasyid..tidak spt di zaman remaja sewaktu sekolah dan matrik duluzz.. dulu gigih...siap beli cd kump rabbani,kaset unic dan download lagu inteam,mestica dan nowseeheart...antara yg menjd faveret halwa telinga aku ler... dan ari khamis aritu,aku dpt lepak2 bkn dgn calang2 orang,dgn ahli kump nahwannur generasi ke belas-belas... hahah dgn best2 frenz,bk n effa... effa pun nmpak excited menghayati lirik2 lagu nasyid..dan,sgt terharu pilu bila dgr lagu menanti di alam barzakh..menginsafkan diri yg penuh dgn dosa2...di mlm itu juga, kump nasyid baru pun ada..mcm excess...dan solonya adalah fasilitator bakti siswa effa... per lg,tergamam la we alzz mendgr suaranya... 'excess,excess,excess,excess'' lebih kurg lah lirik lagu 1st dia.. hehehe yg kedua, aku tergamam dapat tgk kump saff-one.. dah lama kump nasyid ni... solonya pun dlm lingkungan 40 thn..tp still nmpak bergaya dan muda... suara pun sdp.. yg penting lirik lagu nasyid sbnarnya bgus tuk dijdkan pedoman dan dpt membimbing jiwa remaja dari hanyut dgn virus cinta+derhaka kpd ibu bapa...akhir kata, aku sbnarnya tgh tintong stdy prt..tak phm.!!!

Isnin, 21 November 2011

ALAM SEKITAR:AMANAT KEPADA KHALIFAH TUHAN

Bismillah..........asslamualaikum dan salam sejahtera, salam mulia, salam 1 malaysia.
Kagum saya dengan satu cerita tentang seorang Ibu di negara Rusia, HAZEL HANDERSON yang sanggup menghantar memorendum kepada jabatan alam sekitar di negaranya dan menceritakan kepada jiran tetangga betapa pencemaran alam sekitar semakin berleluasa. Selepas terkejut melihat anaknya yang berkulit putih bertukar kepada hitam setelah pulang berjalan kaki dari sekolah. Inilah akibat daripada penipisan ozon yang melanda alam kita. Sebagai wanita yang juga bakal ibu kepada anak- anak tercinta, ingin saya mengajak anda semua meneroka mauduk bicara “alam sekitar amanat kepada khalifah Tuhan.”
Terima kasih kepada peneraju acara, kombinasi kehakiman yang berwibawa dan warga dewan yang berintelektual.
Menurut kamus dewan alam sekitar ialah apa sahaja yang melingkungi manusia. Secara konseptual, united nation environment program mentakrifkan alam sekitar sebagai segala yang ada di langit dan dibumi meliputi udara,air dan tanah.
Amanat pula di ertikan sebagai kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
Manakala, apabila kita menyebut khalifah tuhan, pasti ia menggambarkan kita semua selaku manusia yang hidup di dunia.
Justeru, secara tuntasnya, alam sekitar amanat kepada khalifah tuhan berkehendakkan kita untuk merenung semula tentang keindahan alam sekitar yang dinikmati bersama, kedua, sama-sama kita menginsafi nazaknya dunia akibat dari tangan-tangan yang memperkosa alam sekitar kita. Ketiga, kita mengingatkan diri kita semula dengan peranan yang sewajarnya kita laksana terhadap apa yang diamanatkan Tuhan kepada kita,hambanya.
Saudara dan saudariku,
Ayuh kita mengimbau kembali dengan kenikmatan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu. Comelnya burung penguin meluncur gembira di atas bongkah ais bersama teman-teman mereka, tenangnya harimau dan singa di dalam hutan rimba, ikan-ikan berani meneroka sungai yang bersih airnya, manusia bisa menghirup udara yang segar dengan gembira,nenek moyang kita menggunakan air sungai tanpa resah gelora dan menikmati keindahan hutan belantara bersama orang tercinta. Inilah keindahan alam kurniaan Tuhan.
kata MAHATMA GHANDI, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita tetapi dipinjam dari anak cucu kita. Jadi, kenapa kita tidak menjaga amanah yang diberikan ini sedangkan kita wajib memulangkan hak yang sepatutnya kepada generasi akan datang.
WaRga dewan sekalian,
Namun kini, alam sekitar seolah-olah berada dihujung nyawa,nazak menderita menanti tiupan sangkakala,redha menerima nasib diakhirnya. Apakah ini yang kita banggakan? Pembangunan rancak yang kita laksanakan menyeksa batin bumi tercinta. Keghairahan negara amerikat syarikat,China dan India dalam pembangunannya menjadikan peningkatan pelepasan karbondioksida menyumbang kepada perubahan iklim dunia. Akhirnya, mencetuskan fenomena pencairan ais di kutub selatan dan utara, ribut taufan di serata dunia dan banjir besar mencetuskan huru hara.
Sikap manusia yang alpa kian bermaharajalela. Pembuangan sampah di merata-rata sehingga 2000 hingga 2500 tan sampah dikutip di Kuala Lumpur di tepi-tepi jalan raya. Bukan itu sahaja, sungai yang sepatutnya dijaga, dijadikan tong sampah kepada mereka yang buta matanya. Akibatnya, banjir kilat di tengah kota menjadi perkara biasa. Dengan bangga, kita senaraikan sungai kelang dan sungai julu antara sungai terkotor di negara kita.
Wang dan harta menggelapkan hati manusia. Demi kekayaan, rasuah menjadi prinsip hidup mereka. Kesannya, aktiviti pembalakan haram di Pahang dan sarawak menimbulkan kesengsaraan kepada flora dan fauna negara kita. Tidak sedarkah mereka akibatnya, kerutuhan tanah boleh berlaku, kawasan tadahan air terjejas, flora dan fauna hilang habitatnya. Hasilnya, suhu bumi kian meningkat dan kualiti tanah kian merosot.
Sedarlah saudara saudariku sekalian, ini bukan gosip liar atau cerita dongeng yang saya reka. Sebaliknya, hakikat yang perlu kita insafi bersama.
Sahabat-sahabatku,
Mari kita semak semula peranan atau amalan yang boleh untuk kita menyelamatkan alam sekitar. Pertama, negara-negara di dunia perlu lebih komitmen dalam menjalankan polisi negara mereka. Galakan dari pihak atasan kepada rakyat jelata wajib berterusan bukan berhenti di tengah jalan. Di Malaysia, kita perlu menyokong penuh usaha kerajaan iaitu, kempen cintai sungai kita, hari tanpa plastik dan juga teknologi hijau yang tidak kurang hebatnya.
Kedua, peranan pihak berkuasa tempatan dalam menguatkuasakan undang-undang wajar di perhebatkan. Kebijaksanaan mereka dalam menyelesaikan isu yang berkaitan pelupusan sampah dengan kerjasama ahli masyarakat boleh menyelamatkan alam kita.
Ketiga, gaya hidup mesra alam perlu menjadi prinsip hidup kita semua. Misalnya, penggunaan elektrik secara berhemah, kitar semula haruslah dijadikan pilihan dan pembaziran air wajar dielakkan.
Kesimpulannya, hadirin sekalian,
Pertama, Keindahan alam suatu masa dahulu telah saya gambarkan. Kedua, penderitaan alam kini telah saya sampaikan. Ketiga, peranan tiap lapis masyarakat telah saya gariskan. Sebagai khalifah tuhan yang mendiami bumi ini, menjadi suatu amanat kepada kita untuk menjaga alam ini sebaiknya bukan membuang tanggungjawab ini didalam hidup kita sedangkan kita dengan alam adalah satu. Jangan jadi seperti seorang ibu yang tidak berhati manusia tegar membunuh darah daging sendiri tanpa sedar ia amanah dari tuhan yang Esa.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Rabu, 2 November 2011

saya ada family baru di sarawak!!hehe















nama uncle ni, uncle Hossein.. di sebelah kirinya,isteri uncle Hossein... ni masa kami diberi peluang ke rumah uncle Hossein.. masa ni dah hbis pertandingan debat.. happy n bersyukur sgt dapat jumpa uncle Hossein.. tqvm uncle!!