Alhamdulillah..syukur kepada Allah dapat juga merasa nikmat berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni... rasa terkilan sebenarnya...kenapa bila masuk bulan ramadhan, semangat utk solat, baca quran tu ada (alhamdulillah).. tp bakpo aku tak mampu nak praktis di bulan2 lain..malas dan lesu jah di bulan2 lain..(astagfirullah) Ampuni dosa2 ku..Semoga Ramadhan kali ni terus memberi inspirasi untuk kita semua sama2 beribadat bersungguh2 sehinngga ke dan di bulan2 yang lain..atas diri sendiri sbnrnyooo..kalau diri sendiri yg biarkan syaitan mengunci diri mmg tdo bgn makan je lah kerjanya..Sekali lagi ramadhan kali ini berpuasa dengan status bujang anak daro di uPm..sedihnya...kali ni aku sahur berseorangan...Insyallah buka puasa dlm separuh bulan ni dengan kwn, bile kwn balik cuti sem nanti sedih sorang2 semula.. haha.. mcm tak biasa plk sorang2.. sabar je lah..
Tazkirah utk diri sendiri di ramadhan pertama tahun ni... empati... apa tu empati?? ikutkan aku belajar kelas2 psiko sebelum ni..empati ialah meletakkan perasaan kita pada tempat orang lain.. susah woo nak praktis 'empati' ni...sebab apa? Firstly, kita, manusia yang seringkali akan fikirkan kepentingan diri sendiri sebelum untuk orang lain.. kita akan make sure, diri kita tak disakiti biarlah orang lain yg terluka.. itu la masalah yg utama bila diri penuh dgn ego dan sifat pentingkan diri sendiri.. nampak salah orang, tapi salah diri sendiri terus dinafikan.. bukan salah sygi diri sendiri..lagi pun siapalah yg akan faham diri kita selain kita sendiri dop?? tapi ada kalanya, kita kena pantas berfikir apa perasaan orang lain kalau kita marah2 dia? apa perasaan dia kalau kita benci2 dia... atau apa perasaan org lain kalau kita umpat2 dia...Allah menciptakan hati kita sama jer dengan hati manusia2 yang lain..kalau kita rasa sakit bila org tuduh kita mcm2, benci kita, umpat kita, tak dikasihi, tak dihargai...mcm tu jua lah perasaan dan hati orang lain sekeliling kita... Letakkan empati kita pada orang yg susah dr kita, miskin dr kita, kurang pandai dr kita, lebih sibuk dr kita...insyallah dunia akan aman kerana semua orang akan bantu membantu, sayang menyanyangi, hormat menghormati.. =)
Mengambil kisah khalifah Umar al Khattab... Baginda Nabi Muhammad bertanya, " apakah kecintaan Umar terhadap Rasulullah SAW melebihi keluarganya?" Ya benar jawab Umar..Baginda bertanya lagi, " Apakah kecintaan Umar terhadap Rasulullah SAW melebihi hartanya? Ya benar jawab Umar....soal baginda, apakah kecintaan Umar terhadap Rasulullah SAW melebihi dirinya sendiri?? jawapan Umar.." tidak, wahai Rasulullah!".. Baginda berkata, "Tidak wahai Umar! Sesungguhnya keimananmu tidak akan sempurna sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri yang berada di sisimu.."
Senario tersebut menerangkan bahawa Umar al-Khattab sudah dpt melihat siapakah yg lbh beliau perlukan jika dibandingkan dirinya dengan Rasullah SAW. Ternyata jelas disini yang amat diperlukan bukanlah dirinya iaitu Umar al-Khataab tetapi Rasullah.. Kita bagaimana? adakah kita juga mampu mencintai dan menyangungi Nabi Muhammad seperti Khalifah Umar alKhattab? Kalau ya, maknanya kita juga akan mampu meletakkan empati kepada masyarakat sekeliling. =) Salam ramadhan... Buat ehem di kg selising...selamat berpuasa..rindu =)
Isnin, 6 Jun 2016
Jumaat, 3 Jun 2016
Terapi mengawal kemarahan
Manusia tak bleh lari dari sifat amarah. Ada individu tu mudah marah...Ada juga yg susah nak marah orang lain tapi boleh dibilang dengan jari manusia begini. Aku? termasuk dalam yang mudah marah. Heheeh bekeng ore kelate kata. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "orang yang kuat bukanlah orang yang hebat dalm bergusti tetapi orang yang kuat adalah orang yg mampu mengawal dirinya ketika marah." _HR Bukhari & Muslim... (petikan dalam buku DIA KHALIFAH HIDUPKU)
kenapa seseorang mudah marah? knp tak dibendung dari awal? tak de ke sistem dalam diri ini yang dicipta Tuhan untuk mengawal perasaan marah bila meluap-luap nak keluar dari mulut, tangan, hati? Ada...iaitu SABAR... Sabar adalah sifat mahmudah yang pun susah nak ada dlm diri kita..
Sebagai manusia ciptaan Allah SWT, kita tidak sedar yang kita dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan hawa nafsu. Rasa marah mungkin dibentuk oleh rasa tidak puas hati hanyalah 9%, tekanan emosi 5% dan yakinnya selebihnya ia sebab hasutan syaitan. Nauzubillah... Apabila marah, akal pun tak mampu nk berfikir secara rasional.. Sebab tu la,,,, kdg2 bila aku lepas kemarahan, aku menyesalllll seumur hidup lepas tu. Ya Allah..kuatkan diri ini menahan kemarahan.. kuatkan aku dengan sikap sabar yang tinggi..byk lagi cabaran2 mendepan..
Nasihat utk diri sendiri....andai cpt naik angin atau mudah marah...insan sekeliling akan hilang rasa hormat padaku.. amarah adalah virus yg berbahaya..yg perlu dinyahhhhhhh dr hidup segera!
Firman Tuhan dalam surah Ali Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan org yg menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Allah mengasihi org yg berbuat kebajikan (muhsinin).
Semoga aku tergolong dalam org yang dikasihiNya.. Amin..
p/s: oooooooo tesis...cepat la siap!!!
Langgan:
Catatan (Atom)