Syukur kepada Allah kerana masih diberi nafas dan dapat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Tahun ini, aku gunakan peluang sebagai student untuk berpuasa di upm.. hehe bukan tak rindu rumah.. dalam hati ini hanya Allah je tahu..aku nak balik sangat2.. tapi aku nak jauhkan seketika diri dengan keluarga tersayang... bukan merajuk.. cuma nak didik diri berdikari supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.. kalau tak...sampai bila2 lah aku dimanjakan dengan sahur umie sedia...kali ni memang sedih sikit lah..aku sahur dengan air dan kurma.. berbuka pula aku banyak tumpang kawan pergi masjid.. alkisah, ada satu hari tu..dhila n fatin yang selalu aku tumpang tu pergi berbuka dengan kawan masing2.. tinggallah aku keseorang dalam bilik..nak join rakan serumah lain pun, kami dah tak rapat.. mujur sempat goreng ayam, telur direbus dan masak nasi kat rumah fatin.. bila sampai waktu berbuka, semua lauk dah jadi sejuk..tapi syukur..sedap jugak...ramai lagi insan yang tak dapat makanan... insafi diri..
Banyak pengalaman yang boleh aku kutip sepanjang berterawih di masjid mardi sebelah upm ni... yang paling best bila dapat solat terawih dengan imam yang membaca surah2 besar.. jika aku berpuasa di kampung memang aku dapat berterawih di masjid sebelah rumah yg mana imam masih mengekalkan bacaan surah2 kecil selepas al-fatihah.. bagus juga..cuma bila imam baca surah besar dengan berlagu dan lantang, alhamdulillah khusyuk juga bertambah kan? terasa kelainan nikmat Ramadan kareem menyelinap ke dalam hati... pukul 7 petang kami bergerak.. sambil nak tunggu waktu berbuka, ada bacaan tahlil.. lepas berdoa, masing2 boleh ambil nasi.. selesai makan, kami solat magrib berjemaah dan tunggu waktu isyak dengan membaca al-quran.. Alhamdulillah..Bulan mulia ini bulan untuk melipat gandakan pahala.. Jom audit diri! melihat diri sendiri masih banyak sangat2 kekurangan..ampuni dosa ini Ya Allah! Selepas selasai berterawih dan solat witir, kami dijamu lagi dengan moreh..syukur.. ye walaupun makanan di masjid free, ingin menasihati diri sendiri, perbetulkan niat! hulur2kan sedekah kepada masjid jua.. Dan, masjid baru mardi serdang sangat memerlukan duit untuk bayar hutang sebelum kami para jemaah dapat guna masjid baru disebelahnya yang lebih besar dan luas..
Hari ni, hari ke 16 berpuasa.. boleh fikirkan pasal persiapan raya? ^_^