Rabu, 18 November 2015

Krabi dan USS

Bismillah..
Benar, jauh perjalanan, luas pandangan..
suka kan kalau dpt berjln2...yg pntg ada ongkosnye
tak kisah la dalam negara atau luar negara..
Teringin sangat nak tengok gelagat manusia dan budaya orang lain..
Dan yang penting nak merasai nikmat melihat
alam sekeliling ciptaan Tuhan yang Esa..=)
syukur diberi kesempatan juga untuk melihat alam ini..
Walau dekat-dekat je mampu...sebab belum ada rezeki lebih..
lepas kena tinggal di Langkawi tu, aku masih gigih
berjanji dengan teman-teman ke Krabi dan uss...
Pengalaman naik gajah, mandi laut di krabi sangat istimewa..
Terima kasih Tini, Muna, Atip, Dila dan Pina... Love u all..
Pengalaman dalam universal studio Singapore juga tak dapat
digambarkan dengan kata-kata bestnya dan gembiranya aku.
Sampai sekarang masih tersenyum dan tersengih sorang. haha!
Terima kasih juga Afifah, Iqbal, Abg Ali dan Abg Adam!

di pantai krabi

menunggu giliran nak naik roller coster


Jumaat, 3 Julai 2015

Ramadhan 2015

Syukur kepada Allah kerana masih diberi nafas dan dapat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Tahun ini, aku gunakan peluang sebagai student untuk berpuasa di upm.. hehe bukan tak rindu rumah.. dalam hati ini hanya Allah je tahu..aku nak balik sangat2.. tapi aku nak jauhkan seketika diri dengan keluarga tersayang... bukan merajuk.. cuma nak didik diri berdikari supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.. kalau tak...sampai bila2 lah aku dimanjakan dengan sahur umie sedia...kali ni memang sedih sikit lah..aku sahur dengan air dan kurma.. berbuka pula aku banyak tumpang kawan pergi masjid.. alkisah, ada satu hari tu..dhila n fatin yang selalu aku tumpang tu pergi berbuka dengan kawan masing2.. tinggallah aku keseorang dalam bilik..nak join rakan serumah lain pun, kami dah tak rapat.. mujur sempat goreng ayam, telur direbus dan masak nasi kat rumah fatin.. bila sampai waktu berbuka, semua lauk dah jadi sejuk..tapi syukur..sedap jugak...ramai lagi insan yang tak dapat makanan... insafi diri..

Banyak pengalaman yang boleh aku kutip sepanjang berterawih di masjid mardi sebelah upm ni... yang paling best bila dapat solat terawih dengan imam yang membaca surah2 besar.. jika aku berpuasa di kampung memang aku dapat berterawih di masjid sebelah rumah yg mana imam masih mengekalkan bacaan surah2 kecil selepas al-fatihah.. bagus juga..cuma bila imam baca surah besar dengan berlagu dan lantang, alhamdulillah khusyuk juga bertambah kan? terasa kelainan nikmat Ramadan kareem menyelinap ke dalam hati... pukul 7 petang kami bergerak.. sambil nak tunggu waktu berbuka, ada bacaan tahlil.. lepas berdoa, masing2 boleh ambil nasi.. selesai makan, kami solat magrib berjemaah dan tunggu waktu isyak dengan membaca al-quran.. Alhamdulillah..Bulan mulia ini bulan untuk melipat gandakan pahala.. Jom audit diri! melihat diri sendiri masih banyak sangat2 kekurangan..ampuni dosa ini Ya Allah!  Selepas selasai berterawih dan solat witir, kami dijamu lagi dengan moreh..syukur.. ye walaupun makanan di masjid free, ingin menasihati diri sendiri, perbetulkan niat! hulur2kan sedekah kepada masjid jua.. Dan, masjid baru mardi serdang sangat memerlukan duit untuk bayar hutang sebelum kami para jemaah dapat guna masjid baru disebelahnya yang lebih besar dan luas..

Hari ni, hari ke 16 berpuasa.. boleh fikirkan pasal persiapan raya? ^_^

Selasa, 2 Jun 2015

Hatisakit. Sakithati.

Lama tak update blog. Ya allah.. macam2 berlaku dalam hidup aku. Ditipu kawan sehingga tercampak aku keseorang di Langkawi. Bukan perkara yang lucu. Ye aku boleh je tak nak pergi. Tapi hati aku sakit bila tengok tiket tu. Aku pergi. Sorang2 bermusafir. Mencari di mana salah aku. Dan Alhamdulillah..aku selamat pergi dan balik.. tak pelah..nak marah lama2 pun nanti sahabat fikir aku tak memahami plk.. tak kena batang hidung sendri.. hurmm..nasihat aku kpd yang terbaca blog ni.. walau kau benci sekali pun kat kawan. Jangan kau tipu dia. Mmg aku tak rugi duit pun..Ya Allah.. kuatkan iman dan kesabaran aku. Dan ini kisah kedua..lelaki yang pernah hadir memberi harapan dulu..telah selamat berkahwin dengan orang lain. Jodoh pertemuan dia dengan wanita itu. Tak per.. semoga dia bahagia. Tahniah Dr firdaus.

Selasa, 24 Februari 2015

Syukur masih diberi nyawa..

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah.. masih diberi kesihatan yang baik, akal yang cerdas dan masa yang lapang untuk beribadat kepadaMu.. Ya Allah.. kuatkan iman ini untuk menepis segala dugaan yang boleh menjatuhkan diri ini.. Dekatkan aku dengan hamba-hambaMu yang boleh membawa aku ke taman syurgaMu.. Ikhlaskan hati ini untuk terus mencintaiMu Ya Allah.. Jika ku harus mati.. Pertemukan aku dengan Mu..

Kematian adalah satu peristiwa yang wajib bakal berlaku dalam hidup norma dunia ini.. Telah diciptakan oleh Illahi, bahawa setiap yang bernyawa akan pergi.. Sedih tak terkata, baru-baru ini telah pergi seorang Murrabi, Mujahid, Pemimpin, Pendakwah, Ayahanda, dan segala yang baik boleh diberikan kepada Al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..sebagai rakyat jelata yang hampir 23 tahun dibawah kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar...(1990- 2013)..sedih, hiba, dan terasa kehilangan sangat2 membeku dalam hati ini...

aku masih ingat masa tu darjah 3...walaupun masih belum faham apa itu politik, apa itu pas, umno dan lain-lain, disebabkan Ayah dan Umie semangat sangat bawa anak-anak pergi dengar ceramah pas, aku sekeluarga pergi dengar ler...lagipun masa tu Tok Guru nak datang kg Bukit Abal..Tiba masa tok guru berucap, semua orang menjerit Takbir! Allahuakbar!. Semangat betul masa tu.. Dan masa tu jugak aku belajar untuk bersedekah...Dan disebabkan aku terdedah sejak kecil lagi dengan dunia ceramah Pas, dari situ lah aku belajar untuk bersyarah...tapi belum tentu aku menyokong Pas sepenuhnya.. Abang aku nasihat, kena sokong Pas sebab bawa Islam.. Ye, aku setuju cuma, kita kena tengok banyak sudut...tak boleh sokong juga kalau ada yang tak kena.. Kepimpinan Tok Guru memang aku sokong 100%.. cuma sekarang, nampak lemah sikit pentadbiran kelate... hurmmm ngak tahu lah di mana silap.. malas nak menuduh..

Dunia politik memang tak kan sudah sampai akhirnya.. Di mana-mana pun ada politik.. antara bersih atau kotor sahaja.. Semoga pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz dapat membuka hati dan mata para pemimpin lain bahawa bersederhana dalam penampilan, harta dan tawaduk juga menjamin seseorang pemimpin itu menjadi tokoh terkenal malah bersih daripada rasuah! Takbir! Allahuakbar!


Jumaat, 30 Januari 2015

membaca dan mengantuk

Seminggu ni aku cuba gigihkan diri untuk membaca journal2 bahasa inggeris.. Dengan harapan ada lah bercambah ilmu untuk aku faham tentang cerai berai, fathering, co-parenting dan sebagainya mengenai research aku.. Tapi masalahnya... kenapa aku cepat mengantuk????? nak kata aku kenyang makan, aku just makan biskut dan minum air.. ke Oksigen tak cukup dalam otak ni.. huhuhu tak kira kat pejabat ke, library ke.. aku memang akan tidur kalau mengantuk.. Kat bilik memang tak leh baca.. banyak gangguan (alasan).. nak tgk drama lah.. nak baca novel la.. nak layan kawan berbual lagi.. Hurm... aku dan nak set kan masa 8-1 ptg untuk aku baca dan review journal2 ni.. tapi mengantuk zzzzzzzzzzzzzzzz.... Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. aku rasa badan aku ni tak cukup vitamin c... tak der kecergasan. Itu perkara kedua.. Yang pertama, aku cuba cari doa-doa yang boleh selesaikan mengantuk aku ni.. Alhamdulillah.. rupanya baca je ayat Qursi.. mengantuk ni cuma mainan syaitan je.. nak suruh kita malas.. Bayangkan kat library boleh aku terlelap sampai mimpi pergi kahwin dgn anak raja!! haha.. AstagfiruAllah.. Semoga amalan ini dapat menghilangkan mengantuk dan menambahkan kefahaman aku pada ilmu Mu ini.. Semoga kita semua di bawah keampuananNya. . **raya cina ni hoohoho balik kg!

ayat Qursi

Rabu, 28 Januari 2015

I'm a hardworking!

Assalamualaikum.. Stress juga memikirkan bila masa aku nak habiskan master ni.. Setiap malam tidur pun sudah tak berapa lena... Tapi aku masih di bangku yang sama. Bangku kemalasan yang teramat... huhu Nak research pasal orang yang dah bercerai tapi apa tu talaq??hadhanah??Hak anak? Masih blur2..Tanpa tindakan memang kita akan rasa spt tak faham sampai ke sudah..Jadi mulai hari ini, aku kena tetapkan masa aku untuk membaca.....Ya Allah..permudahkanlah urusan aku untuk menuntut ilmu mu...Sesungguhnya ilmu yang sedikit ini pun aku tak mampu fahami jika tanpa rahmat dan kasih sayang Mu... Ya Allah..hadirkan lah insan-insan yang boleh memberi aku semangat untuk belajar bersungguh-sungguh..Sesungguhnya banyak masa kita akan menghadapi kegagalan namun orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berusaha di setiap masanya..Seandainya saat umur begini masih ditakdirkan untuk belajar, belajar dan belajar, ikhlaskan hati untuk terus tekun dan fokus..

Prof Madya Dr. Fathiah Ibrahim???? Insya'Allah..