Isnin, 24 Februari 2014

Buku bertemu Ruas dan Apa cita-cita aku?

2 Hari satu malam ke Teganu kita... Nannanana.  Best jugak bercuti di Sekayu, Masjid kristal dll.. malas nak cer.. biar lah jadi pengalaman manis dan motivasi untuk aku semangat belajar sem ni lepas hirup udara segar di Kuala Berang. Nak share sikit.. Semalam aku join program sehari: buku bertemu ruas anjuran alumni kolej2 Islam Klang, UPM dan Raudhatus Sakinah.. Program yang sangat manthop.. ini kali ketiga aku join tapi semuanya berbeza corak.. Yer aku sedar, dakwah tu banyak cara, banyak kaedah.. program kali ni lebih santai, dan mendedahkan aku How to handle dan tegur (amar makruf, nahi munkar) manusia-manusia yang telah melakukan kesalahan.. Bisik aku dlm hati, diri sendiri pun tak betul lagi, nak tegur orang pula (Memang tak ler). Tiba-tba, penceramah tu, "Umie dan Ibu" terus bagitau, sampai bila kita nak kata kita belum sempurna??? kalau dah terdetik dalam hati, aku tak suka lakukan perkara2 dosa, maka sudah sempurna kita untuk menegur dan membawa orang lain ke arah kebenaran.. Ya Allah.. mcm boleh baca hati orang pula..Umie dan Ibu ni merupakan CEO dan Pengurus dari Radhatus sakinah..Aku senyum dan dengar sehingga habis 2 sesi ceramah..Mereka yang berada di Radhatus Sakinah bukan pesalah.. kita kena layan mereka mcm biasa.. Jgn cepat menghukum orang! Dan aku paling suka, sesi ke tiga sbb semua orang di bahagi dalam kumpulan dan di suruh melakonkan watak mengikut situasi yang diberi.. Mesti lah aku yang beria je nak berlakon.. Hehe situasi, budak sekolah rendah yang sedang baca komik lucah.. Jadi kita sebagai dewasa, kena tegur.. So, aku, Siha, Kak Iwa (baru kenal) kena berlakon jadi akak-akak yang sedang joging dan ternampak budak2 lakonan Along, Siti,  Nurina (baru kenal) & Nas (baru kenal) sdg bergelak-gelak tengok komik lucah tu.. So po pang po pang kami akak-akak bagi nasihat.. heheh komentar dari penceramah, sebab kita nak tegur ni budak2 sekolah rendah, so kena lah guna ayat yang mudah difahami..  Kumpulan-kumpulan lain pon hebat jugak,.. ada satu kumpulan tu berlakon dah mcm cerita tanah kubur pulak..Kesimpulannya, melalui program ni, aku rasa mcm baru ditegur oleh Tuhan.. Tugas aku sebagai khalifah masih besar peranannya.. Sedih bila mengenang ilmu masih kurang didada.. Bukan tidak mahu mencegah kemungkaran, kadang kala perkara ini la yang selalu dilema menjadi takut untuk dibuat.. Paling lemah cara mencegah ialah membenci dalam hati.. tapi sampai bila? Ubah diri, ubah keluarga, ubah jiran, ubah masyrakat! Insya'Allah!

Kenapa aku join program ni?? Pertama, sebab dah pernah join sebelum ni, program Radhatus sakinah buat jugak, No couple & katakan tidak kepada zina! dua-dua program ni mmg menyentap hati aku.
Kedua, Semoga diri ini masih berpeluang untuk mempelajari seni berdakwah.. Saya budak baru belajar, tolong guide kan! Dan Ketiga, aku pernah silap jugak... pernah tak sedar diri bila remaja.. apa yang aku nak pada masa remaja dulu, ialah ada orang menegur, membimbing dengan cara baik. Jadi, why not aku yang praktiskan dulu.. Hurm (walaupun dok pikir 100x cam ner nak tegur orang buat silap).

Hujung minggu pertama di semester 8..Jom muhasabah diri sendiri..  Adakah aku masih jauh terkebelakang?? saat orang sudah menggapai apa yang di cita, aku masih dok pikir gapo cita-cita aku sebenarnya..Akhir semester ni kena pikir dohhh ke mana halatuju aku lepas ni.. Nak sambung belajar tapi mcm tak mampu je.. Nak kerja kerajaan sekarang bukan senang.. Nak buat bisnes?? Bukan minat.. huhu Susah jugak hidup bila suka memilih sangat. Apa yang hati aku rancang, semoga dipermudah dapat kerja.. serius aku nak kerja!! Perbetulkan niat dulu. Niat kerana Allah.. Kerja sebab nak balas jasa umie ayah walau aku tahu aku takkan mampu membalas semuanya. Allahu Rabbi.

Penat jugak semalaman dok muhasabah diri.. Masih buntu apa rancangan aku lepas ni.. Mmg lah kita hanya merancang.. Tapi Perancangan Allah tidak pernah aku ketahui. Semoga di diberikan yang terbaik bagi ku dalam hidup ni. Masih belum terlambat untuk perbetulkan segala kesilapan dulu. Walau diri ini tidak pernah menjejak kaki di Radhatus sakinah, belum pasti, diri ini layak ke syurga MU. semoga dilindungi diri ini.  Amin..


at masjid kristal