Untuk menjadi positif, kita kena selalu sebut perkataan yang positif. Sebab? Bila kita keluarkan kata-kata yang baik, positif, hebat, minda kita akan proses perkara yang positif dan digambarkan melalui tingkahlaku kita dengan bertindak menjadi seorang insan yang berakhlak baik, bagus dan hebat.. siapa yang meletakkan garis panduan akan sesuatu hal itu baik atau bagus?Ada pendapat kata, norma masyarakat.. Tapi kena ingat... Kita sebagai umat Islam ada Alquran dan Sunnah.. Percaya dan peganglah dengan apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah dan Nabi Muhammad.. pagi ni aku bukan nak bagi tazkirah..Tazkirah maksudnya peringatan... ini cerita semalam dan sebelumnya pun masih juga diri ini pernah disindir, aku sedikit sedih dengan kata-kata begini..seringkali ada je manusia yang mahu mengingatkan aku dengan kisah silam dulu.. "cheyah, dulu mung suko pakai tudung bawal kecik kacing sebelah, sibai sebelah.. hahaha" katanya seseorang.... huhu bukan aku sensitif.. sedih weh... kita punya lah jauhkan dari mengingat memori daun hitam zaman dulu kala.. Manusia suka berubah.. Jangan doakan aku kembali menjadi muslimah yang tak reti jaga aurat! Nauzubillah!
Jadi, mulai hari ini, aku mahu, aku dan orang sekeliling aku sebut perkataan yang positif je ok! Mari kita semua mengeluarkan aura positif agar kita lebih jadi rajin, lebih baik dari semalam, dan lebih kuat iman dan taqwa! Mari la mari..
Isnin, 24 November 2014
Ahad, 21 September 2014
semangat!!
Imam asy-Syafi'i pernah berkata, "sesiapa yang ingin Allah membuka dan menerangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang tidak berguna, tinggalkan dosa dan maksiat, dan hendaklah dia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan Allah SWT."
Jika kita ingin menjadi pelajar yang berjaya, lakukanlah nasihat Imam asy-Syafi'i ini. Jagalah mata, lidah, telinga dan seluruh badan kita daripada maksiat. Jagalah hati kita daripada hasad dengki, buruk sangka, bakhil, dan sifat-sifat mazmumah lainnya. Perbanyaklah ibadah wajib dan sunnah.
Dengan begitu, semoga cahaya Allah SWT akan terus menyala di dalam dada. Manakala cahayanya semakin berkobar. Amin...
Ya, aku baca peringatan tersebut di dalam buku ikon Syabab (pemuda). Ketenangan timbul apabila kita membuka dan membaca buku-buku tazkirah. Selain meningkatkan ilmu agama, aku baca untuk memberi kesedaran kepada diri dan hati ini.. Peringkat master bukan boleh nak main-main macam degree dulu. Sekarang, jika fail/ tidak memuaskan means kena repeat satu semester lagi. Nauzubillah.. Selain penyakit aku yang suka menangguh kerja, pemalas, tak berfikir jauh, aku juga ada satu perangai buruk suka sakit hati walau hal-hal kecik... Macam mana ye nak ubatkan semua penyakit mazmumah ini.. Huhu . Any cadangan boleh komentar?? =)
Jika kita ingin menjadi pelajar yang berjaya, lakukanlah nasihat Imam asy-Syafi'i ini. Jagalah mata, lidah, telinga dan seluruh badan kita daripada maksiat. Jagalah hati kita daripada hasad dengki, buruk sangka, bakhil, dan sifat-sifat mazmumah lainnya. Perbanyaklah ibadah wajib dan sunnah.
Dengan begitu, semoga cahaya Allah SWT akan terus menyala di dalam dada. Manakala cahayanya semakin berkobar. Amin...
(zaman degree) *semoga dipermudahkan urusan untuk konvo bulan 11 niii
Sabtu, 7 Jun 2014
cinta pada tuhan
Tuhan,
saat aku menyukai seorang teman
ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir
sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir
Tuhan,
ketika aku merindui seorang kekasih
rindukanlah aku kepada yang rindu cinta sejati-mu
agar kerinduanku terhadap-mu semakin menjadi
Tuhan,
jika aku hendak mencintai seseorang
temankanlah aku dengan orang yang mencintai-mu
agar bertambah kuat cintaku pada-mu
Tuhan,
ketika aku sedang jatuh cinta
jagalah cinta itu
agar tidak melebihi cintaku pada-mu
Tuhan,
ketika aku ucap aku cinta padamu
biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-mu
agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-mu
sebagaimana orang bijak berucap
mencintai seseorang bukanlah apa-apa
dicintai seseorang adalah sesuatu
dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti
tapi dicintai oleh sang pencinta adalah segalanya
Ahmad Ammar- Tarbiyah sesudah kematian
Ahad, 2 Mac 2014
impian
Semua orang ada impian..
ada harapan..
Semoga impian dan harapan setiap
orang akan tercapai..
Yang penting kuatkan semangat..
Tambahkan usaha..
Positifkan diri..
Gunakan saluran yang betul..
Bila dah berjaya, hati pun tenang..=)
ada harapan..
Semoga impian dan harapan setiap
orang akan tercapai..
Yang penting kuatkan semangat..
Tambahkan usaha..
Positifkan diri..
Gunakan saluran yang betul..
Bila dah berjaya, hati pun tenang..=)
Isnin, 24 Februari 2014
Buku bertemu Ruas dan Apa cita-cita aku?
2 Hari satu malam ke Teganu kita... Nannanana. Best jugak bercuti di Sekayu, Masjid kristal dll.. malas nak cer.. biar lah jadi pengalaman manis dan motivasi untuk aku semangat belajar sem ni lepas hirup udara segar di Kuala Berang. Nak share sikit.. Semalam aku join program sehari: buku bertemu ruas anjuran alumni kolej2 Islam Klang, UPM dan Raudhatus Sakinah.. Program yang sangat manthop.. ini kali ketiga aku join tapi semuanya berbeza corak.. Yer aku sedar, dakwah tu banyak cara, banyak kaedah.. program kali ni lebih santai, dan mendedahkan aku How to handle dan tegur (amar makruf, nahi munkar) manusia-manusia yang telah melakukan kesalahan.. Bisik aku dlm hati, diri sendiri pun tak betul lagi, nak tegur orang pula (Memang tak ler). Tiba-tba, penceramah tu, "Umie dan Ibu" terus bagitau, sampai bila kita nak kata kita belum sempurna??? kalau dah terdetik dalam hati, aku tak suka lakukan perkara2 dosa, maka sudah sempurna kita untuk menegur dan membawa orang lain ke arah kebenaran.. Ya Allah.. mcm boleh baca hati orang pula..Umie dan Ibu ni merupakan CEO dan Pengurus dari Radhatus sakinah..Aku senyum dan dengar sehingga habis 2 sesi ceramah..Mereka yang berada di Radhatus Sakinah bukan pesalah.. kita kena layan mereka mcm biasa.. Jgn cepat menghukum orang! Dan aku paling suka, sesi ke tiga sbb semua orang di bahagi dalam kumpulan dan di suruh melakonkan watak mengikut situasi yang diberi.. Mesti lah aku yang beria je nak berlakon.. Hehe situasi, budak sekolah rendah yang sedang baca komik lucah.. Jadi kita sebagai dewasa, kena tegur.. So, aku, Siha, Kak Iwa (baru kenal) kena berlakon jadi akak-akak yang sedang joging dan ternampak budak2 lakonan Along, Siti, Nurina (baru kenal) & Nas (baru kenal) sdg bergelak-gelak tengok komik lucah tu.. So po pang po pang kami akak-akak bagi nasihat.. heheh komentar dari penceramah, sebab kita nak tegur ni budak2 sekolah rendah, so kena lah guna ayat yang mudah difahami.. Kumpulan-kumpulan lain pon hebat jugak,.. ada satu kumpulan tu berlakon dah mcm cerita tanah kubur pulak..Kesimpulannya, melalui program ni, aku rasa mcm baru ditegur oleh Tuhan.. Tugas aku sebagai khalifah masih besar peranannya.. Sedih bila mengenang ilmu masih kurang didada.. Bukan tidak mahu mencegah kemungkaran, kadang kala perkara ini la yang selalu dilema menjadi takut untuk dibuat.. Paling lemah cara mencegah ialah membenci dalam hati.. tapi sampai bila? Ubah diri, ubah keluarga, ubah jiran, ubah masyrakat! Insya'Allah!
Kenapa aku join program ni?? Pertama, sebab dah pernah join sebelum ni, program Radhatus sakinah buat jugak, No couple & katakan tidak kepada zina! dua-dua program ni mmg menyentap hati aku.
Kedua, Semoga diri ini masih berpeluang untuk mempelajari seni berdakwah.. Saya budak baru belajar, tolong guide kan! Dan Ketiga, aku pernah silap jugak... pernah tak sedar diri bila remaja.. apa yang aku nak pada masa remaja dulu, ialah ada orang menegur, membimbing dengan cara baik. Jadi, why not aku yang praktiskan dulu.. Hurm (walaupun dok pikir 100x cam ner nak tegur orang buat silap).
Hujung minggu pertama di semester 8..Jom muhasabah diri sendiri.. Adakah aku masih jauh terkebelakang?? saat orang sudah menggapai apa yang di cita, aku masih dok pikir gapo cita-cita aku sebenarnya..Akhir semester ni kena pikir dohhh ke mana halatuju aku lepas ni.. Nak sambung belajar tapi mcm tak mampu je.. Nak kerja kerajaan sekarang bukan senang.. Nak buat bisnes?? Bukan minat.. huhu Susah jugak hidup bila suka memilih sangat. Apa yang hati aku rancang, semoga dipermudah dapat kerja.. serius aku nak kerja!! Perbetulkan niat dulu. Niat kerana Allah.. Kerja sebab nak balas jasa umie ayah walau aku tahu aku takkan mampu membalas semuanya. Allahu Rabbi.
Penat jugak semalaman dok muhasabah diri.. Masih buntu apa rancangan aku lepas ni.. Mmg lah kita hanya merancang.. Tapi Perancangan Allah tidak pernah aku ketahui. Semoga di diberikan yang terbaik bagi ku dalam hidup ni. Masih belum terlambat untuk perbetulkan segala kesilapan dulu. Walau diri ini tidak pernah menjejak kaki di Radhatus sakinah, belum pasti, diri ini layak ke syurga MU. semoga dilindungi diri ini. Amin..

at masjid kristal
Langgan:
Catatan (Atom)