Anjaana Anjaani...Sebuah kisah bollywood yang sangat menarik untuk ditonton..
aku tengok lepas kutip beberapa cerita dengan Tini.. hee alkisah, aku tengok
sampai 4-5 kali. Mempunyai pelakon yang menarik dan jalan cerita yang selamba..
Prinyanka Chopra dan Ranbir kapoor.. hero dan heroin ini sangat hensem dan
cantik,seksi. Huhu.. cerita ni ada moralnya tapi lambat sikit nak sampai ke
penonton sebab disaji dengan kemodenan di US. Kelab yang rancak sehingga aku
boleh nampak betapa duniawinya kehidupan mereka. Ok, tolak ketepi hal itu. Kisahnya
begini, Akash lakonan Ranbir kapoor ni nak bunuh diri di jambatan San francisco
selepas dia berhutang dengan bank utk beli sebuah syarikat tetapi berlakunya
pelesetan ekonomi menyebabkan dia tak sanggup nak ngadap muka kawan2nya yang
menyalahkan dia atas apa berlaku.. semasa di jambatan itu, dia ditegur oleh
Kiara lakonan Priyanka Chopra yang sedang minum arak,menceritakan masalahnya
yang kesunyian. Mereka sama-sama nak bunuh diri dirumah Kiara tapi 3-4 kali
percubaan, semua tak menjadi.. lepas tuh, mereka decide nak tunggu sampai new
year utk bunuh diri.. 20 hari mereka hidup bersama, mcm2 kisah dilalui..masa
ni, di Vegas, memang sangat sosialnya mereka digambarkan dengan tarian-tarian dan kelab2
yang sangat memberikan aku heart attack. Oh begitu kah Amerika?? Kiara sebenarnya telah ditipu oleh tunang
sendiri dengan main kayu 3 dengan minah salleh di hotel. Jadi kiara sangat
membencinya.. dia telah jatuh cinta dengan Akash tapi tidak mahu menikam belakang
si Kunal. Akash sangat menyanyangi Kiara yang gila-gila dan buat dia sedar
tentang tujuan hidup.. akhirnya, mereka bersama juga. Sangat romantik semasa
Akash meluahkan perasaan dan ingin meminang Kiara. Ketika di dalam laut, mereka
bersetuju utk kahwin.. moralnya, jangan lari dari masalah.. duduk, dan fikirkan
apa yang patut diselesaikan..