Jumaat, 17 Februari 2017

belajar bersyukur atas segala nikmat

alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan Tuhan pada diri ini.. bersyukur dapat seorang teman yang menceriakan setiap hari..ada family yang gembirakan hati ini. sebulan cuti di rumah. Tak tahu nak mula cerita yang mana. Haaha banyak sangat nasihat, teguran dan cerita yang banyak bagi otak aku ni berfikir. Umi la paling banyak bagi pesanan ringkas tapi padat. Aku kot yang tak matang. selalu sakitkan hati mie...maafkan kakya mie.. =( i love u mie.. sedar diri...aku ni tak reti sabar & selalu bergurau kasar. emmm mana nak cari kesabaran dan kelembutan ni ^_^ semoga sang suami tabah mendidik aku ^_^..

kesimpulannya, aku rasa ..hidup ni tak semudah kita rancang dan jangka.. Silap besar la bila aku fikir orang yang akan hidup dengan aku akan sama pemikirannya dengan aku..suami isteri walau bersatu jasad.. fikirannya masih tetap tidak sama..aku kena belajar lagi untuk ambil hatinya.. kena kuatkan semangat bila berjauhan. Kena belajar sabar bila berbeza pendapat. Huhu bukan senang rupanya nk bahagiakan rumahtangga.. semoga Allah berikan aku kekuatan. Semoga Allah pelihara rumahtangga ini.. tak sabar nak balik! tak sabar nak habis master! tak sabar nak kerja! tak sabar nak ada baby!

Ya Allah...permudahkan urusanku, suamiku, kedua ibu bapa ku, ahli keluarga, sahabat2 dan semua muslim di dunia ni..amin..