Jumaat, 30 Januari 2015

membaca dan mengantuk

Seminggu ni aku cuba gigihkan diri untuk membaca journal2 bahasa inggeris.. Dengan harapan ada lah bercambah ilmu untuk aku faham tentang cerai berai, fathering, co-parenting dan sebagainya mengenai research aku.. Tapi masalahnya... kenapa aku cepat mengantuk????? nak kata aku kenyang makan, aku just makan biskut dan minum air.. ke Oksigen tak cukup dalam otak ni.. huhuhu tak kira kat pejabat ke, library ke.. aku memang akan tidur kalau mengantuk.. Kat bilik memang tak leh baca.. banyak gangguan (alasan).. nak tgk drama lah.. nak baca novel la.. nak layan kawan berbual lagi.. Hurm... aku dan nak set kan masa 8-1 ptg untuk aku baca dan review journal2 ni.. tapi mengantuk zzzzzzzzzzzzzzzz.... Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. aku rasa badan aku ni tak cukup vitamin c... tak der kecergasan. Itu perkara kedua.. Yang pertama, aku cuba cari doa-doa yang boleh selesaikan mengantuk aku ni.. Alhamdulillah.. rupanya baca je ayat Qursi.. mengantuk ni cuma mainan syaitan je.. nak suruh kita malas.. Bayangkan kat library boleh aku terlelap sampai mimpi pergi kahwin dgn anak raja!! haha.. AstagfiruAllah.. Semoga amalan ini dapat menghilangkan mengantuk dan menambahkan kefahaman aku pada ilmu Mu ini.. Semoga kita semua di bawah keampuananNya. . **raya cina ni hoohoho balik kg!

ayat Qursi

Rabu, 28 Januari 2015

I'm a hardworking!

Assalamualaikum.. Stress juga memikirkan bila masa aku nak habiskan master ni.. Setiap malam tidur pun sudah tak berapa lena... Tapi aku masih di bangku yang sama. Bangku kemalasan yang teramat... huhu Nak research pasal orang yang dah bercerai tapi apa tu talaq??hadhanah??Hak anak? Masih blur2..Tanpa tindakan memang kita akan rasa spt tak faham sampai ke sudah..Jadi mulai hari ini, aku kena tetapkan masa aku untuk membaca.....Ya Allah..permudahkanlah urusan aku untuk menuntut ilmu mu...Sesungguhnya ilmu yang sedikit ini pun aku tak mampu fahami jika tanpa rahmat dan kasih sayang Mu... Ya Allah..hadirkan lah insan-insan yang boleh memberi aku semangat untuk belajar bersungguh-sungguh..Sesungguhnya banyak masa kita akan menghadapi kegagalan namun orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berusaha di setiap masanya..Seandainya saat umur begini masih ditakdirkan untuk belajar, belajar dan belajar, ikhlaskan hati untuk terus tekun dan fokus..

Prof Madya Dr. Fathiah Ibrahim???? Insya'Allah..